Saturday, March 14, 2020

15 KEGUNAAN POWERPOINT KEPADA GURU

POWERPOINT  memang power. Saya kumpulkan 15 penggunaan powerpoint dalam bidang perguruan. Jika tidak biasa, mungkin kita hanya sedar dua atau tiga penggunaan sahaja.

Suatu masa dahulu, saya hanya tahu buat slaid untuk taklimat dan menyediakan bahan bantu mengajar sahaja. Tak sempat nak explore. Tapi sekarang bolehlah buat pelbagai benda dengan POWERPOINT.

Nak tahu bagaimana saya tahu buat pelbagai bahan dengan powerpoint? kerana saya baru dapat tahu cara tukar slide size. Kesian kesian. Sebelum ini tak tahu.. hehehehe.. Apabila kita berjaya ubahsuai saiz slaid, kita boleh buat poster dan juga banner. Tidak dilupakan lembaran kerja, modul dan sebagainya.

Jom baca apa yang kita boleh buat dengan POWERPOINT. Lepas baca ni, cuba tau!

Nombor 1: Semua kita biasa buat.


Nombor 2: Buat muka depan buku atau apa sahaja. Jika pandai bermain dengan shapes dan font, bertambah cantiklah kulit buku anda.


Nombor 3- Lembaran kerja. Senang betul guna powerpoint.


Nombor 4: Lepas tahu kemahiran ini, mesti cikgu-cikgu akan buat modul sendiri. Sesuaikan dengan aras pelajar cikgu.


Nombor 5- Tahu buat ini lagi seronok. Lepas ini, anak murid cikgu terpegun tengok animasi cikgu buat.


contoh hasil animasi 


Boleh juga upload dalam online converter tukar video ke gif.

Nombor 6- Jom buat video karaoke. Lepas tu upload di Youtube ataupun blog sendiri. Kena rajin sikit.


contoh: saya hasilkan video dan lirik lagu sekolah.



 Nombor 7 - Boleh sambung buat video gambar kahwin dulu. Cuma tidaklah segempak kesan menggunakan filmora. Biasa-biasa aja. 

Nombor 8- Kemahiran mengedit gambar. Cubalah.






 Nombor 9- Ini lah yang paling saya suka. Projek Inovasi dapat gold. Poster dihasilkan hanya menggunakan Powerpoint. Cuma kena tau saiz poster. Tukar saiz di slide size.



Nombor 10-  Nak buat kepala sijil, kepala surat pun boleh. Saya buat untuk sijil Tahap Penguasaan PBD keseluruhan.


Nombor 11- Kemahiran melukis gambar. Saya hanya mampu lukis yang mudah sahaja. Bakat melukis sama ada dengan tangan atau dengan komputer tidak muncul-muncul dulu kini dan selamanya.


Nombor 12- Kuiz interaktif. Kena tayangkan guna LCD. Letak sound effect mesti murid suka.


contoh simple dari saya. Kosong, tak ada bunyi.



Nombor 13- BBM. Pasti murid akan tertarik dengan pelajaran yang disertai video dan gambar.



Nombor 14- Buat animated gifs. Kali ini, cikgu nak letak gambar sendiri pun boleh. 

contoh gif:




Nombor 15- Interaktif grafik untuk menarik minat pelajar




dalam gif, grafik itu akan bergerak. Ikut animasi yang kita pilih.

Ada tak penggunaan powerpoint yang belum tersenarai?Saya upload nota-nota di blog ini pun melalui fungsi save as PNG pada powerpoint.. Senang muatnaik. Kalau ada lagi yang tak dinyatakan, boleh tambah di komen.

Sudah jatuh hati pada powerpoint ke? hehehehehe..




No comments:

Post a Comment