Saturday, October 5, 2019

Webinar Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHAP 1





Saya berkesempatan mengikuti webinar pentaksiran bilik darjah tahap 1 baru-baru ini. Sebenarnya video ini telah lama ada, pada 24 April 2019, diadakan secara langsung dan boleh didaftarkan pada SPLKPM. Siaran langsung pada hari Rabu, hari kokurikulum diadakan, maka video ini diabaikan saja. Tak sempat tengok live, habis kokurikulum jam 4 petang.

Setelah berbulan lamanya baru sempat tengok menerusi youtube.

https://youtu.be/fgFIqUaC30U

Banyak maklumat berguna ada dalam video ini. Selain boleh dikreditkan dalam SPLKPM, bicara ini boleh menjadi punca kuasa kepada persoalan-persoalan tentang PBD.

Video selama hampir 50 minit ini menerangkan bebrapa perkara seperti berikut:



Penyampai wacana       :              

DR MOHAMED ABU BAKAR, PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM.
TUAN HAJI NAZA IDRIS SAADON, KETUA SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN, BPK

ULASAN VIDEO

PENERANGAN OLEH DR MOHAMED ABU BAKAR:

1.       Pemansuhan amalan peperiksaan setara, membolehkan PBD dilaksanakan. Pembelajaran secara bilik darjah ini telah lama dipraktikkan di negara maju. Contoh terdekat Singapura.

2.       Kelebihan PBD:
2.1   PBD merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai berterusan. Guru menilai semua aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. Ia fleksibel (mengikut kesesuaian bagi murid).
2.2   Kita berharap murid akan datang menjadi insan yang berkeyakinan.
2.3   Pelaporan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Jun dan November, ini membolehkan ibubapa memahami tahap penguasaan anak dan membantu mereka.

3.       Aktiviti-aktiviti semasa proses pdp dan bentuk pengajarannya.
3.1   semua aktiviti yang dijalankan oleh guru boleh asalkan murid gembira dan seronok belajar.
3.2   BPK ada menyediakan 5 contoh yang boleh dikuti:
3.3   Projek Mudah
3.4   Kuiz- tidak boleh setara. Tidak dibenarkan kerana keputusan kuiz ini, murid diasingkan kelas.
3.5   Main Peranan
3.6   Bercerita
3.7   permainan
3.8   Apabila murid tamat darjah tiga, murid boleh menguasai literasi dalam BM, Bi dan Matematik.

4.       Langkah-langkah oleh KPM bagi memantapkan PBD:
4.1   KPM menerbitkan Buku Panduan PBD, cetakan kedua.
4.2   Tahap 1 melaksanakan PBD secara full time, penting bagi merujuk buku panduan PBD.
4.3   Panduan juga mengandungi pertimbangan profesional.
4.4   Buku panduan ini akan membantu guru dalam melaksanakan PBD.
5.       Guru perlu yakin dengan PBD. Ini bukan perkara baru.
6.       Impak positif perlu bagi murid. Supaya murid berkeyakinan. Semua bermula dari asas di tahun 1,2,3.

PENERANGAN OLEH TUAN HAJI NAZA IDRIS SAADON

1.       Persediaan KPM untuk membantu guru melaksanakan PBD:
1.1-            Surat siaran pemansuhan amalan peperiksaan.
1.2-            Kursus orientasi menerusi KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
1.3-            BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PBD, boleh muatturun dari laman web BPK.
1.4-            Konsep autonomi diberikan kepada pihak sekolah
1.5-            Template pelaporan yang holistik telah disediakan oleh BPK.

2.       Bentuk / proses PDP yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah:
2.1-            Penilaian berterusan.
2.2-            Guru perlu ada rekod tentang murid.
2.3-            Setelah selesai proses pengajaran dan pentaksiran, guru perlu menentukan tahap penguasaan berdasarkan DSKP.
2.4-            Merekod ke dalam template pelaporan yang disediakan BPK. Template disediakan secara offline.
2.5-            Boleh menggunakan template pelaporan sebagai rekod transit sebelum meletakkan dalam templat pelaporan sebenar.
2.6-            Guru kelas boleh membuat ulasan tentang murid dari aspek nilai. Tidak kisah dari segi aspek positif atau negatif.
2.7-            Guru kelas perlu isi nama ringkas dalam senarai nama murid supaya nama ini akan muncul di slip pelaporan.
2.8-            Guru matapelajaran hanya isi di ruangan matapelajaran. Ulasan matapelajaran adalah optional.
2.9-            Guru boleh cetak, atau tunjuk secara digital(whatsapp contohnya)

3.       Pertimbangan profesional/ professional judgement
3.1-            Kita biasa menggunakan pertimbangan profesional ketika membuat keputusan.
3.2-            Dalam PBD, kita mempertimbangkan Tahap Penguasaan murid berdasarkan aktiviti,  pentaksiran dan rekod yang ada.
3.3-            Pertimbangan haruslah adil, telus dan berintegriti.
3.4-            Kita ada akauntabliti adil, bertanggungjawab dan integriti
3.5-            Guru yang mengajar ada pengetahuan tentang pedagogi subjek tersebut.
3.6-            Guru ada rekod mengenai prestasi murid.
3.7-            Guru perlu ada tanggungjawab.
3.8-            Pengalaman dan pengetahuan dalam subjek itu amat perlu dalam mengajar dan menilai murid secara professional.
3.9-            Perbincangan bersama guru lain yang mengajar subjek lain dalam kelas tersebut juga boleh dijadikan sebahagian pertimbangan profesional.

4.       Template pelaporan BPK
4.1-            Template boleh muatturun dari BPK
4.2-            Template dalam bentuk EXCEL
4.3-            Template ada beberapa lembaran untuk matapelajaran.
4.4-            Template ada tafsiran tahap penguasaan. Boleh diedit oleh guru subjek jika subjek pada pertengahan tahun tidak sama seperti dalam template pelaporan.

Soalan Online di SPLKPM

1.       Perlukah menyenaraikan semua instrumen yang pelbagai ini dalam borang?

Jawapan:

Dr Mohamed Abu Bakar.

Tidak perlu senarai semua instrumen pentaksiran. Hanya merancang dan tulis dalam rancangan rekod pengajaran. Guru cuma buat instrumen mengikut keperluan murid dan objektif matapelajaran pada hari tersebut. Pentaksiran boleh disimpan dalam rekod murid, atau senarai semak. Guru boleh tadbir kuiz dan buat ujian. Atau pemerhatian. Murid boleh membuat pembentangan dan itu dinilai sebagai sebahagian pentaksiran.

2.       Bagaimana dengan borang rekod transit? Adakah masih mengekalkan borang transit atau KPM ada sediakan borang transit khas?

Jawapan: Tuan Haji Naza Idris Saadon

-rekod boleh tulis dalam buku rekod
-rekod boleh tulis dalam buku latihan murid
-Sukar menentukan tahap penguasaan murid jika tiada rekod
-KPM tidak menyediakan borang transit, bergantung kepada guru sendiri


3.       Berapa banyak bukti yang perlu dikemukakan oleh guru bagi ibubapa mengetahui prestasi anak mereka?

Jawapan: Dr Mohamed Abu Bakar

Semua aktiviti yang dilakukan oleh murid.
Buku latihan.
Projek mudah.
Ujian.
Lukisan dan sebagainya.

Ibubapa perlu menyokong usaha sekolah dan guru dan membantu anak di rumah.
Ibubapa perlu mengikuti perkembangan anak di rumah.



Moga membantu kita sebagai golongan pelaksana PBD. 

Sekian,