Saturday, May 18, 2019

Persediaan Hari Pelaporan PBD 2019- e Kehadiran Waris

Assalammualaikum, selamat sejahtera semua.

Bulan Jun, berakhirlah penggal pertama persekolahan, menandakan kedatangan penggal kedua persekolahan. Sekejap saja masa berlalu. Sekejap saja, murid-murid tahap 1 buat julung kalinya belajar tanpa peperiksaan.

Sebagai ibu, saya juga tertanya-tanya perkembangan anak sendiri. Tentunya ibu bapa dan waris yang prihatin juga begitu. Hari mereka bersama guru akan tiba. Nama hari tersebut berbeza-beza mengikut sekolah. Ada yang panggil, Hari Pelaporan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu bapa dan pelbagai nama lagi.

Ikutlah nak panggil nama apa sekalipun, asalkan matlamatnya sama. Pada hari istimewa ini, guru akan membentangkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Biasalah sebagai SU PBS/PBD pelaporan ini sebahagian daripada aktiviti tahunan dan wajib diadakan. Penyerahan keputusan PBD perlu dilaksanakan dua kali setahun.

oh ya, saya selalu menggunakan SU pbs/pbd ini kerana saya memimpin tugas kedua-duanya. Saya harap cikgu tidak tersilap tentang dua peranan yang berbeza bagi SU PBS dan SU PBD ya.

Baiklah berceloteh panjang. Sebenarnya saya ingin berkongsi cara moden mendapatkan kehadiran waris/ibu bapa semasa Hari Pelaporan. Sekolah lain di bandar mungkin telah biasa. Kehadiran melalui QR Code. Prinsip sama juga, menggunakan Google Form.

Saya bagi contoh di bawah ya.

Comel tak? hehehe. Qr Code ni dijana dari laman web QR Code monkey. Laman web ini boleh edit cantik-cantik lagi jika nak.

Fungsinya, ibu bapa scan saja di papan putih kelas, Guru tidak perlu mencatat lagi kehadiran mereka. Maklumlah guru pun dah sibuk masa tu, asyik bercakap tentang perkembangan murid sehingga kering tekak.

Selesai pertemuan bersama ibu bapa, tugas menyemak rekod kehadiran ini, diambil alih pula oleh SU PBS/ SU PBD. Sesiapa pun boleh, SU PBS ke, SU PBD ke, tak perlu bergaduh hehehehe..

Jika cikgu berminat perlukan google form ini, cikgu boleh saja ikuti langkah di bawah;

1. Copy dan paste link di bawah dalam chrome tab. Dilarang klik link, sebab link itu master form untuk rujukan semua.

https://docs.google.com/forms/d/1Wz9KwIY8yWElCYcxweZFKGRQVrsC3UrXkf83cAaStcU/copy

2. Pilih make a copy.



3. Dah dapat paparan google form? Edit tajuk fail. dan nama kelas.

4. Klik titik tiga di kanan atas, ambil prefilled link, get link, copy link.



5. Buka laman web QR Code monkey. Paste url link tadi di situ. mekap lah QR code lawa-lawa.


6. Muatturun QR Code, cetak dan tampal di dalam kelas semasa Hari Pelaporan.

Selesai Hari pelaporan, SU boleh menjana data di Google Sheets. Caranya,

7. Buka form tadi, ambil bahagian response, klik ikon spreadsheet.


8. Klik new spreadsheets.

9. Paparan google sheets akan kelihatan. Ha, di sini lah data dijana secara automatik.



10. Tekan gambar printer, cetaklah ia sebagai bukti aktiviti PBD pertengahan tahun.


Senang saja bukan?

Jimat kertas, jimat pen. Cuma, pastikan sekolah cikgu ada akses internet. Jika semput-semput gitu, sukar melaksanakan kaedah ini.

Cabaran yang lain ialah, kerjasama daripada ibu bapa. Mungkin ada yang tiada aplikasi QR Code ini. Tapi biasanya mereka akan saling membantu. Ibu bapa yang ada kemudahan akan tolong mendaftar untuk rakan mereka. Sebagai mendidik ibu bapa celik IT juga, selalulah buat kedatangan secara QR Code ini. Lama-lama mereka dah biasa.

Selamat mencuba!

Sekian,



No comments:

Post a Comment