Tuesday, March 24, 2020

BINA KUIZ DENGAN GOOGLE FORM





Sambil melayari facebook dapatlah tengok perkembangan Covid 19 di negara kita. Risau, bimbang juga. Rindu nak pergi sekolah pun ada juga. Apa kata kita bina kuiz dengan google form dan serahkan link kepada pelajar kita melalui medium Whatsapps, Telegram, Google Classroom atau pun Google Site. Sekurang-kurangnya pelajar kita belajar juga.

Saya dah pun menyiapkan google Site kepada waris/ibubapa murid-murid. Murid tahun 1, mengharapkan bantuan mak ayah untuk buka. Telefon pun kena pinjam dari mereka.

boleh tengok Google Site yang saya bina di link ini. Jika ingin kongsikan kepada murid anda juga, digalakkan.



Di sini saya letakkan link youtube tutorial cara bina kuiz Google Form. Youtube ni tak boleh search sebab saya buat khas untuk yang tekan link sahaja. 

VIDEO TUTORIAL CARA BINA KUIZ DI GOOGLE FORM- BAHAGIAN PERTAMA

SAMBUNGAN VIDEO BAHAGIAN PERTAMA.

isi bahagian pertama: cara bina google form dari www.google.com, set kuiz, masukkan video, masukkan audio, dan setting.

Seterusnya video bahagian kedua, cara semak jawapan keseluruhan pelajar dan tambahan, cara file upload, di mana murid/pelajar boleh hantar jawapan dalam bentuk gambar, audio, video, pdf kepada guru.


Dan akhir sekali, video bahagian ketiga melihat google form di paparan telefon pintar.


Semoga bermanfaat untuk semua guru di Malaysia.

No comments:

Post a Comment