Monday, May 13, 2019

Tapak Gabungan Sekolah Menengah Tingkatan 1,2,3-Semakan PBD oleh Ibu Bapa dilakukan secara online.

Assalammualaikum semua.

Kali ini post berkaitan sekolah menengah pula. Saya berkongsi template pelaporan gabungan editan oleh DR SAGA (dengan izin beliau), admin group ERPH Free (Telegram). Cikgu-cikgu bolehlah menyertai group tersebut jika belum.

Baik, kita teruskan dengan cara-cara bagaimana menjadikan template pelaporan ini mesra no IC. Tapak yang disediakan oleh BPK bertujuan untuk akses guru. Oleh itu, ia tidak sesuai digunakan untuk ibu bapa melihat keputusan PBD anak mereka. Ini kerana, sekali klik nama pelajar, semua nama pelajar yang lain pun muncul.

Oleh itu, template dari BPK ini diedit untuk kegunaan ibu bapa dengan cara menaip no IC anak mereka sahaja. Cikgu boleh cuba di site yang saya sediakan. Site ini dicipta menggunakan template pelaporan sekolah rendah.
klik link suka2 di bawah tu.

suka2

Marilah kita cuba langkah seterusnya.

Langkah A: Berkongsi template pelaporan gabungan dengan guru subjek


1. Copy link dan paste ke dalam mana-mana chrome tab.

Link Template Gabungan Tingkatan 1

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1QeBXwNIH_siT5na6vdmLgW6dvyzyvoNEER0FVuAtwcw/copy

Link Template Gabungan Tingkatan 2

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1P9Yb-biW6wFOyupGc-9o8ooWNwer4MrJnrGiHXuXtdY/copy

Link Template Gabungan Tingkatan 3

https://docs.google.com/spreadsheets/d/17AjgsHkKRIY-JxOQujrUuKksUDQMLrcpeOypH_8c5J8/copy


apabila copy paste dalam tab, keluar paparan seperti ini, pilih make a copy

2. Pilih make a copy. Anda akan dibawa ke paparan Google Sheets.

3. Jika cikgu belum berkongsi tapak pelaporan dengan guru subjek, boleh kongsikan dengan cara klik butang Share (warna hijau, di atas sudut kanan), masukkan alamat email guru subjek.



4. sekarang, tunggu cikgu-cikgu mengisi subjek masing-masing.

Jika cikgu sudah berkongsi template lain dengan guru lain, tidak mengapa. Copy paste saja dari template tersebut ke dalam templat DR SAGA ni. Siap.

Langkah B- Memuatturun Template Gabungan  ke Excel dan memuatnaik ke One Drive.


1.Wujudkan akaun onedrive jika belum ada. Taip di google search, dan ikuti langkah-langkah mengaktifkannya. Kenapa kita perlu one drive? sebab one drive adik beradik dengan Excel. Mereka diperanakkan oleh Microsoft.. hehehehe..

2. Buka template pelaporan gabungan yang dah siap diisi itu. Jika dalam bentuk Excel, cikgu perlu copy paste ke dalam templat Dr Saga ini. Jika cikgu dah kongsikan templat DR Saga ini dengan cikgu-cikgu lain, boleh gunakan terus.

3. Hide tab yang tidak diperlukan kecuali tab Laporan Murid. Kalau tak hide sekarang, boleh hide semasa format Excel nanti.


4. Klik file, ambil download as, Excel. Sekarang, enable editing. Jika cikgu belum hide tab, boleh hide sekarang. Tinggalkan tab Laporan murid saja.



5. buka https://onedrive.live.com yang di langkah no 1 tadi. Upload file.


6. Klik file excel online yang di muat naik tadi, sehingga keluar paparan. Padam nombor di ruangan IC no tu. kalau tak padam, no tu kekal la ada di situ apabila dah embed nanti.

biar kotak pink itu kosong


7. Buka file, ambil share. Klik Embed. Klik Generate.


8.  Salin sebagaimana gambar di bawah.


9. Copy embed code itu dengan cara  highlight dan menekan Ctrl C.

Baik, selesai langkah B.

Kita teruskan dengan langkah C.

Langkah C-Membina laman web menggunakan Google Site atau Frog Site.


1. taip site.new di chrome tab.

2. Paparan google site akan kelihatan.


3.  Dipersilakan taip tajuk laman web cikgu-cikgu, dan mekap la background yang diperlukan. Boleh letak logo sekolah jika mahu.

4. Cara embed. Klik dua kali di bahagian putih site itu. akan keluar paparan peta bulatan itu. Pilih embed. Ikuti arahan yang keluar itu. Paste kan embed code yang kita copy di one drive tadi.


5. Siap!!

Cikgu boleh cuba dengan memasukkan no IC murid cikgu untuk lihat jadi ke tak, menarik ke tak sebelum launch untuk semakan ibu bapa.

jika cikgu berminat untuk embed di Frog VLE, cikgu boleh baca di link berikut:


https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/05/templat-pbd-tahap-1-dan-2-untuk-semakan.html


Baca bawah sikit, langkah C.

Baiklah cikgu, selamat mencuba!

Sekian,















2 comments:

  1. Salam..Cikgu, part last tu bila cuba masukkan no ic pelajar, nama pelajar dengan pelaporan dia tak keluar. kat mana yg salah agaknya ya? keluar N/A saja pada ruangan nama dan keputusan tu

    ReplyDelete
  2. semak ic tu adakah dalam format number atau text. pastikan tiada sempang.

    ReplyDelete