Monday, September 9, 2019

REKOD PERKEMBANGAN MURID BAGI PBD SUBJEK SAINS (TAHUN 1,2,3,4 KSSR SEMAKAN, TAHUN 5,6 KSSR)

ASSALAMMUALAIKUM dan salam sejahtera semua.

Selamat datang ke blog Madam Syuhada.


Rekod Perkembangan Murid (RPM) atau dahulunya lebih dikenali sebagai borang transit, adalah rekod PBD murid sepanjang tahun. Terpulang kepada guru, bagaimana merekod  perkembangan murid masing-masing. Jika cikgu punya minat seperti saya, menggunakan telefon bimbit dalam segala aktiviti, mungkin rekod perkembangan murid ini sesuai untuk cikgu Di sini, saya kongsikan RPM dalam Google Sheets.

 Mengapa Google Sheets?

Google Sheets:

1. Boleh dikongsikan dalam erph. (mudah bagi guru meletakkan link dalam erph mereka bagi tujuan pemantauan)

2. Link boleh diserahkan kepada guru lain jika bertukar

3. Mudah diakses dalam telefon pintar

4. Data boleh menjanakan graf bagi memudahkan guru menganalisa perkembangan Tahap Penguasaan Murid. (butang EXPLORE)

5. Mudah dpindahkan ke dalam template pelaporan BPK.

Kali ini Rekod mengandungi conditional formatting di mana, jika murid mendapat TP 1,2 sel akan berwarna merah, 3,4 sel berwarna kuning, manakala 5,6 sel berwarna hijau.

Rekod ini juga mengandungi sel gambar murid. Bagi guru meletakkan gambar murid di setiap kolum masing-masing. Mudah dibuat, jika guru menggunakan aplikasi google sheets. (muatturun di Google Playstore)

Baiklah, tutorial ada disediakan dalam sheet ini. Bagi mengambil link ini, copy link dan paste dalam chrome search (omnibox) Tekan Enter. Pilih make a copy.


SAINS


1. http://bit.ly/RPMsainstahun6

2. http://bit.ly/RPMsainstahun5

3. http://bit.ly/RPMsainstahun4

4. http://bit.ly/RPMsainstahun3

5. http://bit.ly/RPMsainstahun2

6. http://bit.ly/RPMsainstahun1


Jika ada ralat, mohon maklumkan pada saya ya. KSSR Semakan Tahun 4, belum ada templat pelaporan BPK. Maka rekod yang saya buat ini tidak berdasarkan templat BPK.

Boleh isikan borang maklum balas penggunaan rekod transit di link di bawah.

http://bit.ly/FeedbackFormForEasyEtransitForm

Sekian,



4 comments:

  1. salam..boleh share senarai semak kandungan fail su pbs dan senarai semak kandungan fail pbd..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum buat post tentang itu. Setahu saya apa yang penting perlu ada adalah carta gantt, AJK, QR code templat pelaporan (terlalu byk jika nak cetak) analisis pbd, surat rasmi tentang pbd. SU PBS pula perlu memastikan minit mesyuarat minimum 4x setahun siap dengan surat jemputan, minit dan maklum balas.

      Delete
  2. tak boleh make a copy la sis..mcmmnye

    ReplyDelete