Friday, July 26, 2019

TEMPLAT PELAPORAN PBD GABUNG KELAS- Cara tambah row dan edit formula

Assalammualaikum semua.

Selamat pagi.

Ingatkan dah masuk bulan Julai, selesai dah bab templat pelaporan. Rupanya ada lagi. Di daerah saya bertugas, kami su PBD dikehendaki menyediakan graf pelaporan yang menggabungkan semua kelas.  Saya pula menyediakan templat mengikut kelas.

Baiklah saya yang menurut perintah. Dengan yakinnya buka templat, bila isi, maksimum nama murid yg masuk hanya 54 orang saja. Ternyata BPK buat templat mengikut kelas, tetapi pihak lain perlu data keseluruhan. Maka, cikgu yg menjalankan tugas ni la juga kena selesaikan masalah ini.

Try and error sana sini. Buka excel, sikit2 nak password. letak password 123 salah katanya.

Buka semula google sheets(templat pelaporan sekolah saya dalam google sheets), lebih mudah edit sebab tiada password.

baik, di sini saya kongsikan bagaimana edit row dan graf supaya masuk semua nama murid. Murid sekolah saya, tahun 3 contohnya, ada 68 orang. Memang kena tambah row. saya edit menggunakan google sheets. Jadi, cikgu perlu buka templat ni dalam google sheets.( caranya, upload template dlm drive, double klik, view in google sheets)



Langkah 1:

Select row yang perlu ditambah di rekod prestasi murid. buatkan line siap.

maka jadilah garisan dalam bentuk jadual bagi row yang hendak ditambah tadi.

Langkah 2 (boleh skip jika hanya nak graf saja)
Klik di row 64 pada subjek Bm. ada formula keluar. copy. Paste formula atau taip baru formula pada row yg ditambah. kalau paste, kena guna paste special. Ulang langkah copy paste formula untuk subjek lain juga. Ini perlu supaya bila kita isi TP di bahagian subjek, TP ni keluar di rekod prestasi murid.




Langkah 3

Pergi ke tab graf pelaporan murid. Klik pada TP 1 BM. edit formula yg ada nombor 64. tukar kepada row maksimum yg cikgu mahu. Saya letak 104. Murid kami tidak sampai 100.


ulang langkah di atas untuk TP2,3,4,5,6 bagi subjek lain juga.

Langkah 5.
isi data pada rekod prestasi murid(bukan pada tab subjek jika langkah 2 tidak dibuat) dan lihat hasilnya.

kalau cikgu nak cepat, abaikan Langkah 2. Isikan TP di rekod prestasi murid, walaupun formula tiada. Data graf akan keluar juga. Lagipun kita dah pun buat templat mengikut kelas. Kalau nak tengok satu-satu nama dan TP kemahiran setiap subjek, tengok saja di Templat Kelas masing-masing. Yang penting dahulukan data yang diperlukan, iaitu graf pelaporan gabungan kelas.

Harap bermanfaat, dan moga-moga mudah difahami.

Sekian,


1 comment:

  1. Assalamualaikum cikgu..saya nak share template ubahsuai (bilangan murid hingga 200 orang) yang cikgu upload di youtube tapi tiada..boleh cikgu berikan link template tersebut? Terima kasih cikgu..

    ReplyDelete