Monday, June 3, 2019

E TRANSIT FORM MUZIK TAHUN 1 VERSI GAMBAR DAN VIDEO

Assalammualaikum dan selamat pagi.



Saya tertarik dengan subjek muzik. Dengan masa yang agak terhad, cikgu masih boleh melaksanakan PBD dengan baik.

Jom kita gunakan teknologi yang ada pada hp kita.

Google sheets boleh meletakkan gambar dan juga link.

Menggunakan kelebihan ini, maka, cikgu muzik boleh terus merakam aktiviti murid dengan cara foto atau pun video. Selepas rakaman video diadakan, video perlu dimuatnaik ke dalam drive email.

Tak perlu susah payah, buka laptop. Buat saja di hp (perlu ada aplikasi google sheets di hp)

Upload video tadi di drive dengan cara:

1. Buka drive, tekan +. Cari upload. Pilih video.

2. Klik video tu, tunggu ja dia upload.

3. Lepas dah upload, klik sekali sampai keluar butang sharing. On kan sharing.

4. Copy link tersebut.

5. Apa lagi, silalah paste link sharing tadi ke dalam column di e transit form cikgu.
Ni adalah bukti PBD cikgu berlangsung dengan jayanya.

Rakam lah aktiviti murid yang layak dapat band 6, 5,4,3,2,1. Selesai satu perkara. Mudah. memandangkan Muzik hanya jumpa murid ni seminggu sekali sahaja.

Nak tengok video tak?



Jom ambil link di bawah.

Cara nak muatturun google sheets ini ialah,

1. Copy link di bawah.

2. Paste dalam chrome tab

3. Tekan enter

4. pilih make a copy.

5. Rename nama fail ini dan pastikan tahu lokasinya di drive.

http://bit.ly/etransitformMUZIKTAHUN1versigambarDANvideo

dah tak sabar nak muaturun ya? Ini untuk tahun 1, jika cikgu tahun lain nak guna boleh edit di tajuk dan standard pembelajaran.


boleh join saya di group telegram @borangtransitsecaraonline

EXPLORE TO BE EXPERT


1 comment: