Friday, June 21, 2019

12 FAQ tentang PENGURUSAN TEMPLATE PELAPORAN PBD V3.0i TAHAP 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.


Tajuk post hari ini jelas kan? Saya mengumpulkan beberapa persoalan yang berlegar-legar di pemikiran SU PBD dan amat meresahkan  semua SU dalam mengendalikan template pelaporan pertengahan tahun baru-baru ini.

Bagi saya, kesilapan membuat kita belajar. Kekurangan membuat kita bangkit. Oleh itu jangan stress, senyum!

SOALAN 1

1. Bagaimana muatturun template pelaporan BPK? 

Jawapan:

Ada dua cara,

 pertama- tanya pakcik google. Tapi cara ni mungkin membawa cikgu kepada laman web lain yang akhirnya cikgu pening. Biasalah laman web lain pun ada share juga. Kalau cikgu biasa dengan google tiada masalah.

Cara kedua: klik link di bawah tu terus. Terus pergi ke laman BPK.

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/350-template-pelaporan-pbd-tahap-1

Pendidikan khas:

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pendidikan-khas/category/69-kssr-semakan


kalau takut lupa link ni, sila jangan hafal...hehehe.. jenuh pening lagi kalu hafal. Cikgu klik Ctrl dan D serentak pada link dalam chrome tab, akan popup satu window kecil tentang bookmarks this page. Yes aja. Terus save dalam chrome.

Nak cari nanti, klik titik tiga pada chrome, cari bookmarks.


Selepas jumpa laman web BPK bolehlah klik saja pada tajuk template dan muatturun.  Biasanya fail ini akan masuk dalam folder download.

SOALAN 2

2. Bagaimana caranya guru-guru lain boleh mengisi template pelaporan ini?

jawapan:

Ada 5 cara setakat ini. Saya pernah berkongsi sebelum ini. Boleh baca di link di bawah.

https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/04/empat-kaedah-kutipan-data-tahap.html?m=0

Cara kelima saya belum update di blog ini. Iaitu menggunakan onedrive. Excel Online.

SOALAN 3

"Saya berminat dengan Google Sheets, jadi saya pun buka template PBD ini dalam format google sheets. Setelah semua guru isi baru saya perasan tiada dropdown menu nama murid pada Laporan murid. Apa yang harus saya lakukan?"

Jawapan:

Jika dah masukkan semua data TP, cikgu boleh cetak semua nama murid dengan cara tertentu. Perlu unhide tab untuk melihat formula.

Panjang ceritanya, cikgu bacalah kat blog saya ini. Pun saya dah tulis.

https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/06/mencari-hidden-dropdown-menu-dalam.html?m=1


SOALAN 4

"Saya dah perasan jika upload secara google sheets, dropdown menu tab itu tiada, tapi saya tetap mahu menggunakan format ini. Ada tak sumber mana-mana yang saya boleh ambil?"

Ya, ada insan berhati mulia di luar sana telah membantu kita. Pun saya dah cerita panjang lebar dalam post terbaru.

sila klik link post tu dan boleh ambil template BPK v3.0i format google sheets di situ.

https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/06/template-pelaporan-pbd-keluaran-bpk.html?m=0

SOALAN 5

"Saya menggunakan template Excel. Saya cuba taip di Laporan matapelajaran tetapi tidak boleh."

Sesungguhnya, cikgu tidak boleh edit di tulisan yang berwarna biru. Tulisan warna biru akan automatik masuk di column tersebut. Jika hendak edit matapelajaran, pergi ke tab matapelajaran itu, dan edit yang berwarna hitam saja. Nama murid yang berwarna biru itu pun automatik naik.



Nama yang perlu ditaip hanya di ruangan REKOD PRESTASI MURID.

SOALAN 6


6. Bagaimana jika ada subjek yang tidak belajar di sekolah, bagaimana mahu menghilangkan subjek itu daripada template?


Jawapan:

Subjek yang kita tidak mahu itu tidak boleh hilang begitu saja ala-ala petik jari macam Thanos dalam cerita Avengers hihihi... Kita perlu unhide tab itu. Klik kanan pada tab, pilih unhide. Jangan delete ya, nanti lari habis semua formula.



SOALAN 7

7. Bagaimana untuk memastikan subjek yang tiada itu tidak dicetak bersama slip laporan murid?

Jawapan. Hide column subjek tersebut. Klik dan drag pada column subjek yang tidak berkenaan. Klik kanan, pilih hide column.


SOALAN 8


8. Alamak! Subjek Bahasa Arab, Pendidikan Moral tiada lah pada slip pelaporan. Macammana ni?


Jawapan:

Jangan risau, subjek tu ada tu cuma dia terlindung dengan subjek lain yang badannya sado sado hehehe.. unhide ja.

kuncinya ada pada column di sebelah kiri. tengok nombor-nombor pada sebelah kiri tu. kena kira, 11,12,13, 14,15 kalau tetiba lepas 15 dia lompat pergi 20, bermakna ada lah yang sembunyi kat situ.
 Saya dapati Bahasa Arab tersembunyi di no 28,29,30,31. Bukan bahasa arab ja duk situ, Pendidikan moral pun ada di situ.

Hasilnya, dah jumpa dah. Baik punya sembunyi. Nak nangis dah cikgu cari hang tau..hehehehehe


Data pernyataan Bahasa Arab agak panjang, cikgu boleh select tab data tu dan tukar saiz font. Ataupun drag pada column tepi sebelah kiri.


Kalau nak mudah lagikan, lambat pula nak unhide tab tu, cikgu boleh guna langkah berikut, hanya bagi cikgu yang kumpul data di Excel saja ya:

1. Klik simpan semua laporan PDF.
2. Buka semula laporan PDF tu di dalam folder yang sama dengan template BPK ini. Kalau cikgu punya folder download yang banyak fail memang seksa nak cari pdf ini. Boleh search dengan cara taip nama murid- kelas. Sebab contoh pdf yang saya hasilkan bernama Adli-1 Anggerik.  Excel akan print satu-satu lembaran PDF bagi setiap murid.


Dalam PDF ini akan keluar juga subjek Bahasa Arab. jadi tidak perlu unhide column pada slip dah. bentuk PDF akan keluar semua subjek yg ada TP.

SOALAN 9

"Banyak sangat lembaran PDF nama murid ni. Bagaimana caranya untuk satukan pdf ini dalam satu file yang sama?"

Jawapan:

Fail pdf ini boleh disatukan di laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang free tetapi banyak yang berbayar lah. yang free cikgu boleh pergi di

https://combinepdf.com/


Langkah 1:  Klik combine pdf

Langkah 2: Upload files. Ulang langkah 2 sampai semua file pdf diupload.

Langkah 3: Combine.

senang saja guna web ni. Cuma terhad kepada 20 files saja. Bagi kelas yang ramai murid, sama ada perlu buat dua kali folder ataupun boleh search di laman web yang lain yang menyediakan perkhidmatan ini.

SOALAN 10

" Bagaimana caranya membuat template pelaporan PBD ini versi semakan no IC, supaya ibubapa/waris boleh semak keputusan PBD seperti SAPS, secara atas talian?"

Jawapan:

Saya dah berkongsi template semakan no IC dalam post di sini. Klik

https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/05/templat-pbd-tahap-1-dan-2-untuk-semakan.html?m=1

SOALAN 11

"Bagaimana mencetak graf pelaporan?"

Jawapan:

Tekan tab graf pelaporan. Select cells yang ada subjek di sekolah. Jika subjek tiada, sebagai contoh Bahasa Iban, boleh select column di sebelah kiri dan klik kanan, hide column.

SOALAN 12

"Perlu ke mencetak kesemua slip matapelajaran setiap murid?"

Jawapan:

Serius ke cikgu nak cetak semua? berapa kertas perlu guna? Sebenarnya, tidak perlu cetak semua, namun bergantung kepada pihak sekolah. Kalau kewangan lebih, kertas banyak sangat, ink printer pun melimpah-limpah, boleh lah cetak.

Ada surat kpm tau memaklumkan perkara ini. Fahami surat di bawah:

SURAT KPM MEMAKLUMKAN TEMPLATE TIDAK PERLU DICETAK

Cetak surat ini, dan masukkan dalam fail PBD sekolah.


Rasanya cukup tak soalan di atas? Setakat ini, banyak ini saja soalan yang berlegar-legar. Harap bermanfaat untuk semua.

Cubalah aplikasikan jawapan bagi soalan tersebut. Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu. Kalau saya tidak tahu, saya jawab je, saya tidak tahu.

 Jika ada soalan boleh tinggalkan komen ya.

Terima kasih.

Sekian,





3 comments:

  1. selamat pagi cikgu, bagaimana untuk mengembalikan semua formula yang telah hilang dalam template PBD google sheet? hal ini berlaku semasa melakukan hide dan unhide proses...tq

    ReplyDelete
  2. Bagaimana nak buat nama murid ada dalam setiap pernyataan subjek? Cth Ali boleh memahami...Ali is on the right track...utk semua subjek.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana nak tambah subjek yang tiada dalam PBD?

    ReplyDelete