Friday, June 28, 2019

E BORANG PILL (PLAN INTERVENSI LIMA LANGKAH) PBD TAHAP 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya berkongsi borang Google Form yang saya hasilkan untuk mengumpulkan PILL PBD tahap 1. (Plan Intervensi Lima Langkah)

Sebelum bermula,

copy dan paste dalam chrome tab.---->

  https://docs.google.com/forms/d/1e9nXpu1jN-jNhKM8iZgDmeJ55WFA_wokfIaI9Icxs_Q/copy

Pilih make a copy. Bila keluar restore atau cancel. Pilih cancel. 

bila dah terpapar Google form, cikgu boleh edit nama guru, nama kelas dan nama sekolah.

klik titik tiga di penjuru kanan form, ambil add-ons. Cari form publisher. Dah jumpa  klik add.

Install add on ini. Sebab add on form publisher ini boleh convert form kita dalam google docs and pdf.

Bila dan install, ikut ja langkah-langkah yang diminta. 
Selepas selesai ikut langkah-langkahnya, akan keluar satu template yang menunjukkan contoh borang yang terhasil. Cikgu edit templat tu siap-siap supaya bila cikgu lain isi, dia akan ikut template asal yang diedit tadi.


Selesai install dan edit, cuba jawab satu form dan lihat hasilnya.

Bolehlah tekan Send, copy link dan berikan kepada guru-guru lain di sekolah cikgu.

Jadi, semua pelan intervensi guru lain akan berada dalam drive cikgu. Mudah untuk dirujuk. Bagi sesi perkongsian, cikgu cuma klik pada Google Docs, cetak dengan tekan printer atau on sharing link dengan tekan butang share. Bolehlah letakkan alamat email guru tersebut sebagai link sharing. Maka cikgu itu pun boleh melihat pelan intervensi yang dirancang beliau.

Pesanan: gunakan email moe sebab fail ini makan ruang. Nanti asyik keluar amaran kata drive tak muat. 

Sekian,

Semoga bermanfaat.



2 comments:

  1. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU YANG BERNILAI INI.

    ReplyDelete
  2. TQ.PERKONGSIAN BERMAKNA.MASIH BERLAJAR DAN MENEROKA GF.

    ReplyDelete