Saturday, July 18, 2020

Menghasilkan Video Mesej di Whatsapp sebagai video pengenalan diri/pdp

Assalammualaikum  dan salam sejahtera.

Saya berkesempatan menghasilkan satu lagi video tutorial bertajuk Buat video Mesej Perbualan di Whatsapp sebagai video pengenalan diri/pdp.


Ha panjang tajuknya. Video pengenalan diri ini saya hasilkan dengan menggunakan aplikasi di google playstore. 

Video tutorial dikongsikan di youtube channel MadamSyuhada. Channel yang wujud dan aktif asbab PKP/MCO.



Sudilah subscribe channel MadamSyuhada sebagai tanda sokongan. 

Silakan menonton. Explore to be Expert. Buat tanpa nanti, Buat sampai jadi.


Saturday, July 4, 2020

TEMPLAT ANALISIS DATA PBD VERSI 2020-2022 (SEKOLAH RENDAH)

Selamat datang ke blog MadamSyuhada.

Hari ini bersiaran tentang templat analisis PBD yang terbaru. 



Tahun lepas saya dah kongsikan, setahun saya guna templat tersebut saya dapati tiada graf dijanakan, (tak terfikir pula pasal graf) Oleh itu, nekad, tahun ini saya masukkan graf sebiji seperti templat BPK. Bukan apa, tahun lepas saya perlu pula hantar graf keseluruhan mengikut tahun. Kita sedia maklum kan templat PBD dari BPK mengikut kelas. Maka, gigih lah saya edit graf keseluruhan supaya muat untuk semua murid mengikut tahun.

Justeru, tahun ini, saya buat 2 in 1. Analisis dan graf.

Perhatian:

Dalam templat ini, maksimum 10 kelas. Jika kelas cikgu kurang daripada itu, boleh hide row tersebut. Klik kanan pada row dan pilih hide.



Templat ini dibuat untuk sekolah rendah, (SK). Jika cikgu dari SJKC atau SJKT, cikgu perlu edit nama subjek kepada subjek di sekolah. Formula tidak perlu kacau. Contoh, ganti Bahasa Arab kepada Bahasa Cina. 

Jika cikgu dari sekolah menengah dan ingin guna juga, perlu edit nama subjek, dan tajuk pada graf. Formula tidak perlu diubah.

Templat ini mengandungi ruangan isu dan intervensi bagi murid yang tidak melepasi tahap minimum. Saya buat begini di sekolah saya, sebagai salah satu amalan terbaik PBD sekolah saya. Ia bukanlah bermakna kita wajib berbuat begini ya. Jangan salah faham di sini. Bimbang nanti dianggap wajib sehingga ada yang rasa membebankan. Jika mahu boleh teruskan. Jika tidak mahu, boleh padam bahagian tersebut.

Templat ini dalam Google Sheets. Ini kerana Setiausaha akan berkongsi link bersama guru kelas. Jadi lebih mudah ia berada dalam Google Sheets. Malah data ini selamat tersimpan dalam Drive. 

Bagi KSSR tahun 5 dan 6, saya tidak buat analisis. Ini kerana saya menggunakan templat PST6 yang dikeluarkan oleh BPK. Sudah sedia ada analisis.

 Dalam templat analisis ini, saya sediakan terus tahun 5 2021 dan tahun 6 2022. Jika ada perubahan subjek saya akan kemaskini.

Cara isi data:

1. Taip nama sekolah di ruangan nama sekolah.
2. Isi data nama guru yang mengajar dan data TP ruangan TP mengikut subjek. Lihat gambar. Cara isi boleh ja Setiausaha buat semua, jika rajin. hehehe.. Nak kongsikan dengan guru kelas pun boleh. Tekan butang share, taip email mereka, jadikan mereka editor.


3. Jumlah murid dan bahagian analisis data akan keluar secara automatik. Cuma pastikan formula tidak terpadam.



4. Graf juga akan dijana secara automatik. Pastikan jumlah murid sama dengan analisis. Lihat graf keseluruhan mengikut subjek pada tab graf tahun.




Bagaimana cara memuatturun?

Copy link di bawah, tampal pada chrome omnibox. Pilih make a copy.


https://docs.google.com/spreadsheets/d/1lWBvkEy_cGGwDPPNl8epgSfqwInODJPh6Wv0MC11lQ0/copy


Jika ada data yang tidak keluar/formula bermasalah, mohon beritahu supaya saya boleh tukar di fail utama. 

Boleh beritahu kawan-kawan setiausaha PBD jika memerlukan templat analisis ini.

Sekian,

Moga bermanfaat.

Update 25/12/22- template ni dah berubah dah dari asal yg saya buat, ada yang dah teredit dari mastercopy. Mohon maaf sekiranya lain daripada yang saya tulis sebelum ini. Cikgu yang edit ni, saya mohon halalkan kpd rakan guru untuk guna sementara.  Saya akan cuba cari kot ada salinan lain. 

 Terima kasih