Saturday, April 20, 2019

QR CODE dokumen penting PBS

Assalammualaikum dan selamat datang ke blog Madam Syuhada.



Blog ini mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Post kali ini saya ingin berkongsi QR Code dokumen penting yang menjadi rujukan para SU PBS.

Saya sudah mencetak semua dokumen ini, tetapi malas bebenar nak membelek di fail. Akhirnya, saya google semula dokumen ini di internet. Alahai, dah guna data pula untuk muat turun semula. sejenis kerugian di situ. hehehe...

Justeru, saya mengambil inisiatif membuat salinan di Drive dan berkongsi link dengan menggunakan QR Code.

Cikgu boleh klik link di bawah ya. Doc QR Code ini pada asalnya dalam bentuk Words. Apabila dimuat naik ke Drive, ia berada dalam format Google Doc.

Saya letakkan satu salinan di fail SU PBS, fail PBD dan fail induk PBS. Tidak dilupakan satu salinan untuk rujukan saya sebelum bermesyuarat PBS dan sebelum memberikan taklimat kepada guru dan waris.

cikgu boleh klik link di bawah, dan cetaklah berapa salinan pun yang cikgu perlukan. Ia nya percuma.

QR code dokumen penting PBS

Antara dokumen yang ada ialah:

1. Buku Panduan penjaminan kualiti 2014
2. Buku panduan Pengurusan PBS
3. Buku Panduan PBD
4. PAJSK

dan ada 5 lagi dokumen penting.  Sila klik link ya.

Sekian.

-MadamSyuhada-



No comments:

Post a Comment