Friday, June 21, 2019

MENCARI HIDDEN DROPDOWN MENU DALAM TEMPLATE PBD BPK FORMAT GOOGLE SHEETS




ASSALAMMUALAIKUM, salam sejahtera.

Ada yang pm saya bertanya bagaimana ingin mencetak nama murid yang lain dalam template pelaporan PBD yang dibuka secara google sheets?

Panjang betul soalan itu.

Saya faham, apabila EXCEL dibuka dalam format google sheets, dropdown menu murid tidak kelihatan. Hal ini amat mengusarkan para SU PBD. Penat key in data, tapi nak print masalah besar lain pula menanti. SLIP LAPORAN MURID ITU LAH yang sangat penting tu!

saya tidak menggunakan template BPK ini, jadi,  tidak alami masalah macam di atas. Saya menggunakan template semakan no IC bagi membuat pelaporan secara online.

OK, jom ikuti langkah ini, bagi mencetak Slip Laporan Murid Individu.


1. Unhide column selepas column E. Klik kanan pada E, pilih unhide columns.


2. Dah nampak nombor-nombor yang disembunyikan tu?

Cari column G dan row 11 (G11) di situ lah letaknya nama murid dalam bilangan nombor.
Tukar G11 kepada nombor 2, akan keluar laporan murid bernombor 2.

G11 no 1 , nama murid no 1 akan keluar

G11 no 2 akan keluar nama murid no 2.


3. Select cells yang nak dicetak itu dengan cara select dan drag.

4. Tekan butang gambar printer. Pilih A4, potrait, dan klik next.

5. Klik bilangan helaian yang diinginkan, tekan PRINT.

tengok video di bawah:



Langkah di bawah pula bagi mencetak pelaporan murid bagi setiap matapelajaran. Kalau tak mahu cetak pun tidak mengapa. Boleh tunjukkan kepada waris/ibu bapa semasa Hari Perjumpaan IBUBAPA.

caranya:

1. Buka tab LAPORAN MATAPELAJARAN.

2. Cari hidden column. G. Klik kanan pada G, pilih unhide column.



3. Akan keluar data tersembunyi berupa nombor. Cari column J. J7 dan J8 adalah kuncinya.



J7- Subjek (dalam bentuk nombor juga)
J8- nama murid dalam bentuk nombor bilangan

4. Tukar-tukar nombor di J7 dan J8 untuk melihat pelaporan matapelajaran.

Selesai!

Pening kepala fikir, rupanya senang sangat. hehehe.. video pun ada. tengok  di bawah ya.



SEMOGA BERMANFAAAT.

EXPLORE TO BE EXPERT

sekian,




8 comments:

  1. Assalamualaikum madam.. Macam mana kalau nak print semua sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalm. setakat pengetahuan saya dah ubah ke google sheets ni kena print satu satu.

      Delete
  2. Assalamualaikum cikgu. ada ke cara untuk convert ke pdf.T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna doc studio. Tapi terhad 1 emel hanya 25 nama kalau tak salah. Sebab doc studio free version.

      Delete
  3. Terima kasih cikgu, sangat membantu
    👍👍👍

    ReplyDelete