Friday, May 24, 2019

Menjelang Hari Pelaporan PBD- Templat Pelaporan dalam Google Site

Assalammualaikum.

Salam sejahtera.

Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah bakal diumumkan Jun ini. Semua sekolah telah mulai menyiapkan template pelaporan masing-masing. Tahniah kepada SU PBD yang bertungkus lumus memandu guru-guru di sekolah bagi melengkapkan pelaporan PBD ini.

Bagi sekolah yang berminat untuk melaksanakan pelaporan PBD secara atas talian (online), saya ada berkongsi templat pelaporan yang mesra no IC. Saya kongsikan sekali lagi di link di bawah ya.

Sekolah rendah

Sekolah menengah rendah

Ibu bapa/ waris hanya perlu menaip ni mykid/no IC anak mereka sahaja, dan pelaporan keseluruhan akan dipaparkan. Bagi pelaporan setiap subjek, ibubapa perlu lah hadir ke sekolah, berbincang dengan guru berkenaan setiap subjek tersebut.

Oleh itu, bagi perkongsian kali ini, saya telah sediakan satu templat menggunakan Google Site. SU PBD hanya perlu menukar nama sekolah, dan nama kelas. Jika hanya ada satu kelas, sila padam kelas yang ada dalam templat itu.



Cikgu boleh jenguk di site ini --> https://sites.google.com/view/templatesitesemakanibubapa/utama

Jika berkenan, cikgu boleh ikuti langkah di bawah:

1.Klik templat pelaporan site di link di bawah:

http://bit.ly/templatesite

2. Paparan google site akan kelihatan. Ini master site. Cikgu perlu buat pendua untuk jadikan hak milik sekolah cikgu. Cara copy, tekan titik tiga di atas, seperti dalam gambar. Ambil duplicate site.


Simpan dalam drive. Seeloknya cipta satu folder khas.


3. Cikgu akan menerima emel seperti di bawah:



4. Buka drive emel. Cari template yang duplicate tadi. Nama template tadi akan ada perkataan Copy of.

5. Klik pada site itu, sekarang site tersebut telah menjadi milik cikgu.

6. Edit tajuk site, gambar sekolah,nama kelas dan bahagian pertanyaan. Mana lah tahu, ada waris yang cuba tetapi ada kesalahan. Nama tak keluar atau sebagainya.

7. Jika semua guru telah selesai pengisian TP di templat, ikuti langkah muatnaik templat sebagai Excel Online dan embed ke dalam site. Link caranya ada saya letakkan di site bahagian Tahun 1.

8. Share site kepada ibu bapa dengan cara, tekan PUBLISH, ambil publish on the web. Copy link.

9. Paste link dalam group Telegram/Whatsapp/ Facebook atau laman web sekolah. Jika ada papan kenyataan sekolah, cikgu boleh buat link comel dengan bitly atau buat QR Code menggunakan QR Code Monkey.

Siap sudah.

Bahagian no 7 saja yang banyak nak kena buat. Setiap kelas perlu embed excel online.

Rajin-rajinkan diri ye.. hehehehe..

Sekian, harap bermanfaat.




No comments:

Post a Comment