Sunday, May 10, 2020

Bagaimanakah cara mudah mengurus kuiz Google Form supaya kesemua kuiz berada dalam satu fail?


Tahniah kepada guru-guru. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, kita telah menyahut cabaran pengajaran atas talian secara jarak jauh. Tabik spring toing toing kepada semua.


Ramai dah tahu cara membina kuiz di Google Form bukan? Seronok membina kuiz sehinggakan jumlahnya semakin bertambah. Sebulan PKP, 30 kuiz duk ada. 

Apabila perlu diakses, terpaksa buka fail satu-satu. Sambil buka sambil pening. Sebab terlupa nama fail kuiz tersebut.

Apabila dah bertemu fail tersebut, membaca responses dalam bentuk grafik mencabar juga. Jenuh tenung nak melihat data. Kecil benar. 


Adakah cikgu-cikgu alami perkara di atas?


Di post kali ini, saya tunjukkan cara kita mengumpulkan kuiz google form tersebut dalam satu fail yang sama supaya mudah dirujuk semasa perekodan PBD.

1. cikgu perlu membuka fail kuiz Google Form  di drive. (jangan lupa password email ya)

2. Kalau terlupa nama fail google form , terpaksalah cari di Search Drive.

3. Buka fail Kuiz Google Form. Buka responses.



4. Create a new spreadsheet (jika belum dibuat sebelum ini. Jika dah buat, terus klik saja)

5. Tukar nama spreadsheet ini supaya senang diakses. Sebagai contoh, Tugasan PKP. Ingat nama folder yang simpan spreadsheet ini. 


6. Cari Kuiz Google Form yang lain dan ulang langkah 2 dan 3.

7. Pilih responses, tekan spreadsheet (simbol berwarna hijau)


8. Jangan pilih create new spreadsheet, sebaliknya pilih existing spreadsheet.


9. Pilih spreadsheet yang dinamakan sebentar tadi. Saya letak namanya MCO quizzes. Saya cikgu BI. hehehehehe


10. Apabila paparan spreadsheet dah keluar, cepat-cepat rename di tab bawah supaya kita tidak lupa nama google formnya.


11. Jika ada lagi Google Form kuiz yang kita perlu satukan dalam satu spreadsheet, kita boleh ulang langkah 2-10.

Sekarang semua responses google form kuiz cikgu dah berada dalam satu spreadsheet.  Kini, cikgu boleh buka google form tersebut daripada file ini sahaja, sekiranya cikgu perlu membuat editan dan lain-lain.


Caranya:

Klik form. Di situ letaknya form cikgu dalam spreadsheet. Kita jarang perlu edit form sebab murid sudah pun menjawab. Kemungkinan yang kita akan guna ialah unlink form. Ini mungkin berlaku jika cikgu tiba-tiba dapat idea untuk satukan form ini dengan spreadsheet yang lain. 

Bagi guru yang telah membuat spreadsheet berasingan sebelum ini, cikgu boleh gunakan fungsi unlink form ini untuk menyekat akses spreadsheet yang dah dibuat sebelum ini. Tekan saja unlink form. Setelah itu, buka Google Form dan ulang langkah 2--10.

Setelah siap, cikgu bolehlah buka spreadsheet ini dalam drive menerusi laptop atau pun telefon pintar. 

Jika ingin akses dari telefon pintar, sila muatturun apps Google Sheets. Mudah diakses. Boleh buka saja dari apps.


apabila cikgu sudah mengakses spreadsheet, dengan ini, spreadsheet tersebut boleh diakses terus dari Google Sheets apps. Mudah sungguh.




Bolehlah cikgu-cikgu cuba ya. 

Di bawah video tanpa suara.


Silakan urus kuiz Google Form dengan cekap. Barulah hati senang. Kalau pentadbir nak tengok, kita share saja link spreadsheet ini. Selesai.

Sekian.

EXPLORE TO BE EXPERT

No comments:

Post a Comment