Thursday, May 16, 2019

Skpmg2- 7 langkah memiliki E - Borang pencerapan STANDARD 4

Assalammualaikum semua.

Saya selesai menyiapkan borang pencerapan Standard 4 SKPMG2 baru- baru ini. GB saya bercadang menggunakan e borang semasa pencerapan guru-guru. contoh seperti dalam gambar. Maka, saya pun klik-klik taip apa yang patut untuk merealisasikannya. Google Form sangat mudah difahami. Sesiapa saja boleh bina borang dengan Google Form.




Pemantau hanya masukkan laporan ke dalam e borang, google sheets akan menjanakan borang dalam bentuk data.

Pemantau tidak perlu lagi membawa kertas berkeping- keping. Cuma perlu ada telefon pintar dan akses internet. Kalau data habis, maaflah, buat stress saja tak boleh isi. hehehe..

cikgu boleh tengok borang di link di bawah. cuba lah jawab, sebab semua soalan tu required. tak jawab tak boleh klik next.




Berminat? Bagaimana caranya untuk mendapatkan borang ini?

LANGKAH A- CARA MENDAPATKAN E BORANG PENCERAPAN STANDARD 4.


1. copy link di bawah. Paste dalam chrome tab. Klik Enter.

http://bit.ly/EborangPencerapanStandard4

2. Paparan make a copy akan keluar, pilih make a copy.



3. Anda akan di bawa ke paparan Google Sheets. Tukar tajuk fail supaya mudah diingati dan jangan lupa nama emel yang telah menyimpan dokumen ini.

4. Di dalam Google Sheets itu, pilih form, edit form.



5. Anda dibawa ke paparan Google Form. Di sinilah borang anda. Jika mahu nama guru semua lengkap, sila edit di bahagian nama guru. Pilih drop down menu, supaya mudah tahu siapa yang belum dicerap lagi.



6. Form yang diedit akan disimpan secara automatik. Klik send untuk hantar link pada pemantau atau diri sendiri. Ambil ikon link. Copy link.



7. Paste link dalam  private group Telegram atau beri link kepada pemantau yang berkenaan. Gambar di bawah contoh Telegram Private Group blog Madam Syuhada. Saya send borang di situ untuk memudahkan saya akses.



Siap!

Hanya 7 langkah diperlukan dan borang anda sudah selesai dijanakan secara elektronik. Gunakan telefon bimbit untuk mengisi borang. Cepat, mudah tak tidak perlu mengusung pen dan kertas.

Bagaimana pula cara untuk melihat data yang dimasukkan?

Ikuti langkah B pula.

LANGKAH B- MENGANALISIS DATA DI GOOGLE FORM DAN GOOGLE SHEETS.

1.  Pada google form tadi, klik bahagian responses.
Paparan berikut akan kelihatan. Tekan ke bawah lagi untuk melihat data dalam bentuk carta pai dan carta palang. Semakin ramai guru yang dipantau semakin banyak data yang diperolehi.

Contoh di bawah, data bagi seorang guru saja.


Data dalam google form responses memaparkan data secara keseluruhan. Untuk melihat data seorang guru, klik responses, ambil individual.

2. Jom kita tengok analisis di Google Sheets pula. Caranya, dari google form tadi, klik responses. klik ikon sheets berwarna hijau. Contoh dalam gambar di bawah.



Paparan sheets seperti  di bawah.



Ini hanya pemantauan rekaan untuk seorang guru. Cara membacanya adalah dari kiri ke kanan. Sebaris itu mewakili seorang guru. Borang dalam google sheets ini boleh dicetak. Tekan saja butang printer tu, cetaklah ia.

Jika cikgu tidak mahu mencetak pun tidak mengapa, hanya buat QR Code untuk google sheets ini, cikgu print saja QR Code. Apabila mahu akses data, scan saja menggunakan QR Code scanner.

SELESAI pemantauan dan pencerapan Standard 4.

alhamdulillah, jika berguna, ambil la, ikuti langkah A dan langkah B.

Saya mengundur diri dahulu.

Sekian.


5 comments: