Saturday, May 30, 2020

Tutorial Animoji Menggunakan Zepeto

Assalammualaikum dan hai semua.

Bagi pengguna android, Zepeto adalah apps yang boleh kita gunakan untuk membuat animoji. animoji ni seperti watak kartun 3D la.

Tutorial dalam video youtube di bawah:


Bagaimana? Cuba ya.

Ni sebab kenapa saya teruja sangat berkongsi, tentu sebab saya suka kan? 

Apa yang menarik tu? Jom baca:

1. Boleh rakam video atau gif terus dan save di hp, xperlu share dalam zepeto.

2. Comel, cute, cantik.

3. Boleh letak tudung pada character. Tudung labuh pula tu😁 Payah nak jumpa kartun yang pakai tudung.

4. Baju pun ada yang sopan. Baju jepun, jubah moden. Ada belaka.

5. AR camera boleh rakam video dengan mulut dan mata bergerak seperi orang betul. Yang ni membuatkan saya teruja lebih, rasa kalau boleh lompat ke bintang, saya dah lompat dah✌️

6. Lucu, rasa stress buka zepeto, pasang ja kpop dance. Terus gelak keluaq ayaq mata. Anak2 pun datang tengok dan kami gelak bersama-sama😆

7. Berhajat nak buat video pembelajaran. Tapi segan tunjuk muka🤭 maka, inilah penyelesaiannya. Tempek animoji sudah. Kan comel?

8. Video atau gambar kita boleh tukar background malah boleh letak image dari gallery. So agak2 perlu ke tak green screen?

9. Boleh tukar2 character dan ubah wajah di awal penciptaan character. Nak mata besar ke, rambut cacak ke, semua boleh. App juga boleh rakam gambar kita, dan cipta character. Ha, gitu! 


itu lah antara yang menarik daripada kaca mata seorang ibu anak 4, guru bahasa inggeris tahun 1 dan seorang muslimah yang pakai handsock.. hehehe.. 

Pandangan dari kaca mata anda mungkin berbeza kerana setiap orang minatnya berbeza-beza.

Sekian.



No comments:

Post a Comment