Assalammualaikum semua.
Berkesempatan membuat analisis PBD bagi tahap 1 hari ini.
Buat templat mudah. Cuma kena isikan bilangan murid bagi setiap kelas. Baru akan muncul jumlah murid dalam satu tahun itu.
sila ambil di link di bawah:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1XPC-WG50YyBAZauWOy9p1YG8cEMJSoHk0O3W191ahAs/copy
Klik copy dan paste dalam chrome tab. Pilih make a copy.
Memandangkan sekolah saya ada tiga kelas, jadi saya buatkan untuk tiga kelas.
Formula mudah SUM dah dimasukkan dalam column.
Ini saja yang termampu saya buat. Data bilangan murid untuk setiap kelas itu, cikgu boleh tengok di template pelaporan BPK, di bahagian graf pelaporan.
Bahagian nama murid TP1 dan TP2 itu cikgu boleh isikan nama ringkas mereka.
Bahagian Intervensi, boleh isikan secara ringkas intervensi yang digunakan untuk membantu murid yang TP1 dan TP2.
Selesai semua, boleh cetak atau save ja dalam drive folder PBD.
Sekian,
Special Blog from a teacher to the teachers. Posts are written in English and Bahasa Melayu depending on the contents.All shared documents are not allowed for financial purposes. Respect the inventor/creator/writer of a blog. Simply acknowledge other's materials by giving credits when sharing. Search the link at the right side of my blog to get the materials regarding PBS/PBD/E lesson plan and E transit Form.
Showing posts with label PBS MANAGEMENT. Show all posts

Friday, July 12, 2019
Tuesday, July 2, 2019
SLAID TAKLIMAT PBS/PBD
Assalammualaikum.
Di sini saya kongsikan slaid yang saya hasilkan untuk taklimat PBS dan PBD bagi waris tahun 2,3,4,5.
Juga brochure bagi taklimat waris tahun 6. Jika berkenan, klik link dan muatturun.
taklimat pentaksiran bilik darjah kepada waris tahun 2,3,4,5
brochure taklimat 6
brochure taklimat tahun 1
UPDATE 27/12/2019- contoh brosur PBS bagi waris tahun 1. diedarkan semasa taklimat tahun 1. Boleh nyatakan cara pelaporan PBD dilaksanakan di sekolah masing-masing. di sini saya mengambil peluang mengedarkan pautan sistem semakan PBD sekolah dan tatacara semakan.
link di bawah untuk muatturun dalam microsoft publisher. gunakan laptop ya.
brochure taklimat tahun 1 versi 2020
jika nak guna,
jangan lupa edit pada bahagian tarikh, nama sekolah dan nama penyelaras ya.
Sekian,
Tuesday, May 28, 2019
Minit Mesyuarat dan Maklum Balas PBS 2019
Assalammualaikum semua setiausaha PBS yang menjenguk blog
ini.
Salam sejahtera.
Hari ini saya terpanggil berkongsi berkenaan Mesyuarat PBS,
agenda dan minit mesyuarat.
Mesyuarat PBS perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali
setahun. Setiap kali mesyuarat ini diadakan agenda tertentu telah ditetapkan
berdasarkan buku Panduan Pengurusan PBS 2012. Buku panduan PBS ini masih
relevan digunakan, kerana BPK tidak mengeluarkan buku panduan terbaru berkenaan
tajuk tersebut. Seingat saya buku panduan yang terbaru hanyalah buku panduan
penjaminan kualiti 2014, dan buku panduan Pentaksiran Bilik Darjah 2018.
Ada empat perkara yang berubah dalam buku Panduan Pengurusan 2012 ini, seiring dengan penambahbaikan PBS, iaitu:
1. Istilah
Pentaksiran Sekolah- Pentaksiran Sekolah tidak lagi digunakan. Ia ditukarkan
kepada pentaksiran bilik darjah. (PBD)
2. Sistem
SPPBS telah dimansuhkan. Ini kerana sistem online tersebut tidak dapat
menampung ribuan data yang dimuatnaik oleh para guru. Malah guru tidak dapat
akses laman web tersebut pada waktu puncak.
3. Sistem
SPPBS telah digantikan dengan sistem offline yang dinamakan template pelaporan
dalam bentuk Microsoft Excel yang dikeluarkan oleh BPK.
4. Penjaminan
Kualiti bahagian latihan/penataran telah dikeluarkan daripada penjaminan
kualiti pada tahun 2014. Kini, penjaminan kualiti terdiri daripada Pengesanan,
Pementoran, Penyelarasan dan Pemantauan.
Sebelum kita melihat lebih jauh berkenaan mesyuarat dan
agenda, di bawah adalah contoh jawatankuasa induk PBS di sekolah berdasarkan
buku panduan tersebut.
Senarai Jawatankuasa Induk PBS
i.
Sekolah Rendah
ii.
Pengerusi
: Guru Besar
iii.
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PBD
dan PP)
iv.
Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)
v.
Penolong
Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)
vi.
Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan
Pendidikan Khas (jika berkenaan)
vii.
Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan/ Setiausaha
PBS
viii.
Ahli :
Ketua Panitia yang dilantik
(Penyelarasan)
Ketua Panitia yang dilantik
(Pementoran)
Ketua Panitia yang dilantik
(Pemantauan)
Ketua Panitia yang dilantik
(Pengesanan)
Ketua Panitia yang dilantik (PS dan PP)
Guru Cemerlang
Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)
Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)
Jurulatih
Utama (Setiap mata pelajaran)
Saya telah berkongsi cadangan carta organisasi PBS dalam
post saya sebelum ini. Klik link untuk baca.
Berikut adalah senarai tugas dan agenda mesyuarat PBS
berdasarkan buku panduan Pengurusan PBS 2012.
b. Senarai Tugas
i. Memastikan
pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
ii. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali
setahun.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
• Agenda
Mesyuarat Pertama (Awal Tahun):
- Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.
- Menyediakan agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi
JK PBS.
- Melantik Pentaksir
Sekolah.
- Menetapkan sistem
fail PBS.
- Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan
PBS.
- Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.
- Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt) PBD / PP
/ PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan
dan Jaringan)
Penjaminan kualiti- Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pengesanan
Pelaporan Prestasi Murid dalam template pelaporan (PBD)
- Pengurusan
pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.
- Hal-hal lain.
• Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama):
- Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.
- Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.
- Laporan
Jawatankuasa PBS: PBD / PP / PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan
dan Jaringan)
Penjaminan Kualiti Pengesanan, Penyelarasan Pementoran
Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam template pelaporan offline
(PBD)
- Hal-hal lain.
• Agenda
Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua):
- Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua.
- Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS.
- Laporan
Jawatankuasa PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan
PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)
Penjaminan Kualiti
Pengesanan, Penyelarasan Pementoran Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam template pelaporan offline
(PBD)
• Agenda
Mesyuarat Keempat (Post Mortem)
- Pengesahan Minit
Mesyuarat Ketiga.
- Post Mortem
Pelaksanaan PBS
- Tindakan Susulan
dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS.
- Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan.
- Hal-hal lain.
iii. Semua keputusan
mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di
sekolah.
iv. Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat
pelantikan pentaksir sekolah.*
*Pada tahun 2012 semasa buku panduan ini dikeluarkan, guru
yang mengajar tahun 1 dan 2 sahaja terlibat. (PBS bermula pada 2011) Justeru,
guru ini perlu menerima surat lantikan sebagai pentaksir sekolah. Setelah PBS bertapak selama 8 tahun, semua guru adalah pentaksir sekolah. Setahu saya,
tidak perlu lagi surat lantikan sebagai pentaksir. Tetapi saya masih
menyediakan surat lantikan buat semua guru sekolah saya menyatakan tugasan
mereka sebagai AJK dan kelas yang diajar.
Di sini saya kongsikan juga contoh minit mesyuarat mengikut
format baru 2019. Saya sempat mengendalikan mesyuarat PBS sebanyak dua kali
pada tahun ini. Contoh ini saya telah edit dan padam bahagian yang dibincangkan dalam mesyuarat sebenar. Untuk menjaga kerahsiaan sekolah.
Contoh minit Mesyuarat Kali Kedua 2019
Borang Maklum Balas Minit
Maklum balas minit adalah bahagian tindakan yang perlu dibuat oleh individu tertentu seperti dalam minit mesyuarat. Mudah ketika mesyuarat berikutnya dibuat, dengan melihat kepada maklum balas minit sahaja.
SU PBS perlu mendapatkan maklum balas daripada individu yang perlu bertindak sebelum mesyuarat berikutnya dijalankan.
Bahagian perkara berbangkit akan membincangkan tindakan yang belum selesai oleh individu yang dipertanggungjawabkan dalam mesyuarat seterusnya.
Saya berharap dengan perkongsian ini, SU PBS yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Bagi yang telah biasa, minit mesyuarat ini menjadi aktiviti rutin sepanjang tahun.
Sekian,
Saturday, May 18, 2019
Persediaan Hari Pelaporan PBD 2019- e Kehadiran Waris
Assalammualaikum, selamat sejahtera semua.
Bulan Jun, berakhirlah penggal pertama persekolahan, menandakan kedatangan penggal kedua persekolahan. Sekejap saja masa berlalu. Sekejap saja, murid-murid tahap 1 buat julung kalinya belajar tanpa peperiksaan.
Sebagai ibu, saya juga tertanya-tanya perkembangan anak sendiri. Tentunya ibu bapa dan waris yang prihatin juga begitu. Hari mereka bersama guru akan tiba. Nama hari tersebut berbeza-beza mengikut sekolah. Ada yang panggil, Hari Pelaporan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu bapa dan pelbagai nama lagi.
Ikutlah nak panggil nama apa sekalipun, asalkan matlamatnya sama. Pada hari istimewa ini, guru akan membentangkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Biasalah sebagai SU PBS/PBD pelaporan ini sebahagian daripada aktiviti tahunan dan wajib diadakan. Penyerahan keputusan PBD perlu dilaksanakan dua kali setahun.
oh ya, saya selalu menggunakan SU pbs/pbd ini kerana saya memimpin tugas kedua-duanya. Saya harap cikgu tidak tersilap tentang dua peranan yang berbeza bagi SU PBS dan SU PBD ya.
Baiklah berceloteh panjang. Sebenarnya saya ingin berkongsi cara moden mendapatkan kehadiran waris/ibu bapa semasa Hari Pelaporan. Sekolah lain di bandar mungkin telah biasa. Kehadiran melalui QR Code. Prinsip sama juga, menggunakan Google Form.
Saya bagi contoh di bawah ya.
Comel tak? hehehe. Qr Code ni dijana dari laman web QR Code monkey. Laman web ini boleh edit cantik-cantik lagi jika nak.
Fungsinya, ibu bapa scan saja di papan putih kelas, Guru tidak perlu mencatat lagi kehadiran mereka. Maklumlah guru pun dah sibuk masa tu, asyik bercakap tentang perkembangan murid sehingga kering tekak.
Selesai pertemuan bersama ibu bapa, tugas menyemak rekod kehadiran ini, diambil alih pula oleh SU PBS/ SU PBD. Sesiapa pun boleh, SU PBS ke, SU PBD ke, tak perlu bergaduh hehehehe..
Jika cikgu berminat perlukan google form ini, cikgu boleh saja ikuti langkah di bawah;
1. Copy dan paste link di bawah dalam chrome tab. Dilarang klik link, sebab link itu master form untuk rujukan semua.
https://docs.google.com/forms/d/1Wz9KwIY8yWElCYcxweZFKGRQVrsC3UrXkf83cAaStcU/copy
2. Pilih make a copy.
3. Dah dapat paparan google form? Edit tajuk fail. dan nama kelas.
4. Klik titik tiga di kanan atas, ambil prefilled link, get link, copy link.
5. Buka laman web QR Code monkey. Paste url link tadi di situ. mekap lah QR code lawa-lawa.
6. Muatturun QR Code, cetak dan tampal di dalam kelas semasa Hari Pelaporan.
Selesai Hari pelaporan, SU boleh menjana data di Google Sheets. Caranya,
7. Buka form tadi, ambil bahagian response, klik ikon spreadsheet.
8. Klik new spreadsheets.
9. Paparan google sheets akan kelihatan. Ha, di sini lah data dijana secara automatik.
10. Tekan gambar printer, cetaklah ia sebagai bukti aktiviti PBD pertengahan tahun.
Senang saja bukan?
Jimat kertas, jimat pen. Cuma, pastikan sekolah cikgu ada akses internet. Jika semput-semput gitu, sukar melaksanakan kaedah ini.
Cabaran yang lain ialah, kerjasama daripada ibu bapa. Mungkin ada yang tiada aplikasi QR Code ini. Tapi biasanya mereka akan saling membantu. Ibu bapa yang ada kemudahan akan tolong mendaftar untuk rakan mereka. Sebagai mendidik ibu bapa celik IT juga, selalulah buat kedatangan secara QR Code ini. Lama-lama mereka dah biasa.
Selamat mencuba!

Friday, May 3, 2019
E-Borang Serahan Templat Pelaporan PBD
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Moga semua pembaca blog ini sihat walafiat hendaknya.
Kali ini, saya berkongsi templat e-borang dalam bentuk Google Form beserta salinan spreadsheet berkenaan kutipan PBD 2019.
E borang ini perlu bagi memastikan SU PBS/ SU PBD tahu, guru yang sudah selesai pengisian data Tahap Penguasaan, subjek dan kelasnya. Tidak perlu lah SU PBS/SU PBD buka fail satu-satu untuk melihat siapa yang dah selesai dan siapa yang belum.
Bayangkan SU PBS/SU PBD perlu meneliti semua kelas dan semua guru? Sebagai contoh, satu sekolah mempunyai 50 orang guru. Tahun satu ada 9 subjek. semua aliran ada 3 kelas. Setiap guru ada yang mengajar 4 subjek, ada yang mengajar 10 subjek, ada yang lagi kesian, 20 subjek. Berapa jumlah semua yang perlu disemak status penghantarannya? Kalau tidak disemak, sampai saja tempoh penghantaran, eh? cikgu sekian sekian tidak hantar lagi. Errrr... saya memikirkannya pun dan membuat saya stresss hehehehe..
Maka, bagi mengelak stress melampau, marilah gunakan Google Form. Selepas cikgu sekolah mengisi template pelaporan PBD yang dikongsikan (saya menggunakan templat dalam format Google Sheets), guru akan mengisi form ini. Subjek yang ada dari aliran perdana sehingga pendidikan khas. Subjek Pendidikan Khas akan diisi oleh guru sendiri, kerana saya tidak membuat drop down menu bagi subjek Pendidikan Khas.
Setelah SU PBS/PBD selesai edit nama guru dan nama kelas, jangan lupa kongsikan link form ini kepada semua cikgu. Jika SU PBS/SU PBD ada group telegram sendiri, pinned kan link ini sebagai pinned message.
Jom kita baca langkah-langkahnya. Ok saya bagi besar sikit tulisan ini.
1. Copy link di bawah dan paste dalam mana-mana chrome tab
http://bit.ly/eborangserahanPBD2019
2. Pilih make a copy.
3. Sekarang, paparan Spreadsheet akan kelihatan seperti di bawah. Pilih nama guru, copy paste nama guru di situ.
4. Pilih tab status penghantaran PBD. Klik form, edit form. Paparan Google form akan muncul.
5. Edit nama guru dengan cara copy nama guru di langkah no 3, dan paste di ruangan nama guru dalam Google Form.
6. Edit nama kelas mengikuti sekolah masing-masing. (setiap soalan itu telah dibuat section mengikut jawapan, jadi, bahagian itu tidak perlu editan. hanya tukar nama kelas sahaja.)
7. untuk berkongsi pautan Google Form, klik SEND di bahagian atas berdekatan dengan setting. Ambil bahagian link, copy link. Paste link ini ke dalam Group Telegram Sekolah.
Jom kita baca pula cara untuk menjadikan e borang ini mudah diakses dan dipantau oleh diri sendiri, GB, PPD atau Nazir.
Ada dua cara yang boleh saya fikirkan buat masa ini, iaitu,
QR Code itu dicetak dan disimpan dalam fail PBD sekolah. Label QR Code tersebut bagi comel,dah selesai satu kerja.
Google sheets boleh dicetak. Cuma tekan gambar printer, cetak seperti biasa. Masukkan helaian ke dalam fail PBD Sekolah.
Baiklah, dah sampai bahagian akhir dah ni, cikgu dah cuba belum?
Bagi melihat keputusan pengisian data oleh guru, cikgu boleh lihat di Google Form, bahagian responses. Di sana, cikgu boleh mengesan guru- guru yang belum mengisi dan menyerahkan template pelaporan subjek masing-masing.
Sekian, semoga bermanfaat untuk semua.

Langkah-langkah mengaktifkan e borang serahan PBD:
1. Copy link di bawah dan paste dalam mana-mana chrome tab
http://bit.ly/eborangserahanPBD2019
2. Pilih make a copy.
3. Sekarang, paparan Spreadsheet akan kelihatan seperti di bawah. Pilih nama guru, copy paste nama guru di situ.
4. Pilih tab status penghantaran PBD. Klik form, edit form. Paparan Google form akan muncul.
5. Edit nama guru dengan cara copy nama guru di langkah no 3, dan paste di ruangan nama guru dalam Google Form.
6. Edit nama kelas mengikuti sekolah masing-masing. (setiap soalan itu telah dibuat section mengikut jawapan, jadi, bahagian itu tidak perlu editan. hanya tukar nama kelas sahaja.)
7. untuk berkongsi pautan Google Form, klik SEND di bahagian atas berdekatan dengan setting. Ambil bahagian link, copy link. Paste link ini ke dalam Group Telegram Sekolah.
Jom kita baca pula cara untuk menjadikan e borang ini mudah diakses dan dipantau oleh diri sendiri, GB, PPD atau Nazir.
Ada dua cara yang boleh saya fikirkan buat masa ini, iaitu,
Cara 1-Qr Code Generator
SU PBS boleh hasilkan satu QR Code bagi sheets ini dengan cara copy paste link sheets ke dalam QR Code Generator. Link boleh diambil dalam butang Share berwarna hijau.QR Code itu dicetak dan disimpan dalam fail PBD sekolah. Label QR Code tersebut bagi comel,dah selesai satu kerja.
Cara 2- Cetak terus dari Google Sheets
Google sheets boleh dicetak. Cuma tekan gambar printer, cetak seperti biasa. Masukkan helaian ke dalam fail PBD Sekolah.
Baiklah, dah sampai bahagian akhir dah ni, cikgu dah cuba belum?
Bagi melihat keputusan pengisian data oleh guru, cikgu boleh lihat di Google Form, bahagian responses. Di sana, cikgu boleh mengesan guru- guru yang belum mengisi dan menyerahkan template pelaporan subjek masing-masing.
Sekian, semoga bermanfaat untuk semua.
Monday, April 29, 2019
KUIZ PBS menggunakan kahoot. silakan kongsi.
assalammualaikum dan hai semua.
Saya ada menghasilkan kuiz pbs menggunakan kahoot. kuiz ini saya sediakan semasa taklimat pbd yang saya sampaikan kepada semua guru di sekolah saya.
Di sini saya berikan link nya..
https://create.kahoot.it/share/kuiz-pbs/f1ae05ce-0e53-444b-be6b-bd3403bd19f8
Cikgu boleh copy paste link ini dalam chrome tab, dan cubalah menjawabnya.
Pilih challenge.
kahoot boleh dimainkan menggunakan nombor pin. skrin hp tiada soalan, soalan akan dipaparkan pada skrin orang yang copy soalan itu. Oleh itu, adalah lebih baik su pbs memaparkan soalan di skrin LCD. guru lain akan menjawab di telefon bimbit masing- masing. guru lain perlu masuk ke kahoot.it dan masukkan nombor pin tersebut. permainan bermula apabila SU PBS klik butang start.
Su PBS juga boleh klik link di bawah.
KUIZ PBS KAHOOT
selamat menjawab kuiz ya..seronok jawab beramai-ramai.
sekian,

Saturday, April 20, 2019
QR CODE dokumen penting PBS
Assalammualaikum dan selamat datang ke blog Madam Syuhada.
Blog ini mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Post kali ini saya ingin berkongsi QR Code dokumen penting yang menjadi rujukan para SU PBS.
Saya sudah mencetak semua dokumen ini, tetapi malas bebenar nak membelek di fail. Akhirnya, saya google semula dokumen ini di internet. Alahai, dah guna data pula untuk muat turun semula. sejenis kerugian di situ. hehehe...
Justeru, saya mengambil inisiatif membuat salinan di Drive dan berkongsi link dengan menggunakan QR Code.
Cikgu boleh klik link di bawah ya. Doc QR Code ini pada asalnya dalam bentuk Words. Apabila dimuat naik ke Drive, ia berada dalam format Google Doc.
Saya letakkan satu salinan di fail SU PBS, fail PBD dan fail induk PBS. Tidak dilupakan satu salinan untuk rujukan saya sebelum bermesyuarat PBS dan sebelum memberikan taklimat kepada guru dan waris.
cikgu boleh klik link di bawah, dan cetaklah berapa salinan pun yang cikgu perlukan. Ia nya percuma.
QR code dokumen penting PBS
Antara dokumen yang ada ialah:
1. Buku Panduan penjaminan kualiti 2014
2. Buku panduan Pengurusan PBS
3. Buku Panduan PBD
4. PAJSK
dan ada 5 lagi dokumen penting. Sila klik link ya.
Sekian.
-MadamSyuhada-

Wednesday, April 10, 2019
6 tugas penting SU PBS
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih sudi menjejaki blog ini.
Jika cikgu sedang mencari info tentang tugas SU PBS, cikgu memilih blog yang betul.
TAHNIAH CIKGU.
Jawatan yang cikgu pegang ini, amanah yang mulia. Cikgu terpilih menjadi orang penting di sekolah. Jom jalankan amanah ini dengan baik.
Ya, ini 6 tugas yang amat penting sebagai SU PBS. Perjalanan komponen PBS terletak pada bahu cikgu. Bantulah penyelaras komponen untuk menjalankan tugas dengan baik.
Saling bekerjasama saling membantu, asas sebuah pengurusan yang baik.
sekian.
yang benar,
Madam Syuhada

Thursday, April 4, 2019
Bahan taklimat Pembugaran PBD
Assalammualaikum semua.
Salam Jumaat Penghulu segala hari.
Bagi post kali ini, saya ingin berkongsi bahan taklimat yang saya buat untuk guru-guru di sekolah saya.
Saya menyampaikan taklimat yang bertajuk: Pembugaran PBD dan Standard Prestasi.
Tajuk memang celik biji mata. hehehe..
Sebelum saya menyampaikan taklimat ini, saya dan semua setiausaha PBS daerah Kulim Bandar Bharu telah mengikuti Taklimat tentang PBD pada tahun 2018. Maka slaid ini terhasil berdasarkan pengetahuan dan taklimat yang saya terima.
Tambahan lagi, pengumuman daripada KPM tentang pemansuhan amalan peperiksaan bagi murid tahap 1, tahun 1,2,3. Justeru, membuatkan PBD menjadi satu-satunya platform penilaian murid.
Taklimat kepada guru amat penting bagi memastikan guru faham dan teliti soal PBD. Sebelum sesi taklimat diadakan, saya memberikan setiap guru sekeping kertas kecil. Guru menulis semua persoalan tentang PBD/PBS yang mereka hadapi. Soalan- soalan inilah yang saya masukkan dalam slaid untuk menjawab kembali persoalan mereka.
Tugasan sebagai SU PBS memang mencabar. PBS bukan benda baru di negara kita. Sejak tahun 2011 lagi. Cuma pelbagai isu mulai timbul apabila golongan pelaksana iaitu cikgu sendiri tidak memahami pentaksiran itu sendiri. Tugas memahamkan guru-guru adalah tugas SU PBS. Oleh itu, SU PBS sepatutnya lebih memahami. Betul tak?
SU PBS, silakan guna PDF ini jika ia dapat membantu kalian. Jika ada kesalahan dan pemahaman saya yang salah, email saya segera ya. Saya juga insan biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Saya sekadar berkongsi. Sharing is caring.
Scan QR code untuk lihat:
Klik link di bawah jika berkenan di hati:
Taklimat dalam bentuk E book
link dalam format PDF
Sekian ya.

CARTA GANTT PBS
Assalammualaikum semua.
Tahukah kalian, sebagai setiausaha PBS, kita perlu membuat perancangan aktiviti PBS sepanjang tahun?
Lebih mudah jika perancangan ini diletakkan dalam satu muka surat. Dan lebih mudah lagi jika perancangan ini ringkas dan tepat.
Mukadimah bukan main. hehe.. Sebenarnya, saya ingin berkongsi Carta Gantt yang ringkas tentang aktiviti PBS.
Memang ringkas sungguh. Jika cikgu perlu menambahkan ruangan silakan.
Ini Carta Gantt yang saya edit dari tahun 2018. Ada beberapa perkara yang mungkin berubah pada tahun 2019. Pastikan cikgu semak tarikh perlaksanaan aktiviti dengan tahun semasa ya. Terutama untuk aktiviti SEGAK dan Pentaksiran Psikometrik.
klik link di bawah:
CARTA GANTT AKTIVITI PBS 2018
Terima kasih pada cikgu yang komen di bawah. Saya dah semak, memang ada kesalahan. Jadi saya dah edit link untuk carta gantt ini. Klik di atas.
Di bawah juga ada carta gantt. Tapi di bawah lebih menyeluruh dah lebih lengkap. Bagi tahun 2019. Dalam format Excel.
Sila muat turun jika berkenan.
Carta mingguan PBS sepanjang tahun 2019

CARTA ORGANISASI PBS SEKOLAH
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Setiausaha PBS mesti mula sibuk awal tahun untuk menyiapkan carta organisasi PBS sekolah bukan?
Sini saya kongsikan carta organisasi yang saya dapat daripada PPD Kulim Bandar Bharu. Harap membantu semua yang memerlukannya.
https://drive.google.com/file/d/1lDa-r07S1_ZzxbueErK6t4WlVRmXumY6/view?usp=sharing
Klik link tersebut.
Muat turun, simpan dalam PC anda. Kemudian, edit, masukkan nama guru yang memegang jawatan tersebut.
Mudah!

Subscribe to:
Posts (Atom)