Wednesday, May 1, 2019

TEMPLAT PELAPORAN PBD 2019 DALAM FORMAT GOOGLE SHEETS.

Assalammualaikum dan selamat malam.


Dah malam dah pun, sempat lagi buka laptop sekejap bagi berkongsi template pelaporan PBD seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ini.



Kenapa saya memilih Google Sheets sebagai medium pengisian data ini, saya dah terangkan dalam post sebelum ini. Antara sebabnya ialah, ia medium online. Sebarang perubahan terus disimpan secara automatik.

Sebenarnya template pelaporan ini kelihatan sama sahaja seperti template di BPK kecuali bahagian ulasan guru kelas. BPK menyediakan template dalam bentuk excel. excel sukar dikongsi, kerana perlu disimpan dalam satu komputer saja. Sedangkan templat terbaru, terdapat banyak subjek dalam satu fail. Ramai guru perlu berkongsi dalam satu fail. jadi solusinya, biarkan guru mengisi secara online dulu. selesai pengisian, cikgu boleh muatturun sebagai excel atau copy paste saja ke dalam templat BPK.

Namun, Excel dan google sheets ada perbezaan sedikit. Pertukaran Excel ke Sheets, ada drop down menu yang tidak boleh dijanakan dalam Sheets. Di sini, memerlukan sedikit editan. Saya terkial-kial membuat editan sebelum saya bertemu dengan Cikgu Hasya Yusof di alam maya.


Saya beroleh template pelaporan dalam bentuk Sheets ini daripada beliau. Terima kasih cikgu di atas perkongsian. Beliau juga bersetuju untuk saya paparkan template pelaporan dalam Google Sheets di blog ini bagi membolehkan guru lain juga berkongsi templat. Alhamdulillah.

Cuma bagi Pendidikan Muzik, template pelaporan diasingkan daripada template gabungan, oleh kerana datanya agak sukar dikepilkan sekali. Buat masa ini, Tahap 2 masih menggunakan template yang sama seperti tahun lepas.

Ok, jadi cadangan saya, jika cikgu ingin mudah kumpul data secara online boleh gunakan google sheets. Selepas itu, jika cikgu ingin menyimpan dalam excel, cikgu download as excel, atau pun copy paste semula data ke dalam template EXCEL BPK.

Link adalah seperti di bawah. SU PBS yang berminat boleh muatturun dengan cara

1.       1. copy link di mana-mana chrome tab.
2.      tekan enter.
3.       Pilih Make a copy.


Siap. Sheet tadi sudah milik anda. Pastikan ingat disimpan dalam Drive email yang mana. Kalau banyak email, memang seksa nak mencari fail ini. Jangan lupa, tukar nama file ini mengikut kelas supaya mudah dicari.

Bagi berkongsi pautan dengan guru lain, cikgu perlu ikuti langkah di bawah:


1. Share(butang berwarna hijau)



2. ambil shareable link, 


3. On-anyone with the link can edit. (link boleh dikongsikan  dalam group Telegram, tetapi kurang privasi)

4. Inginkan privasi, boleh kongsi template ini menggunakan email YES.



 Pautan adalah seperti di bawah. Muatturun dengan mudah.

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4



Tahun 5



 Tahun 6




Jika ada pautan yang silap atau tidak dapat diakses, mohon cikgu respon di comment ya.

Harap bermanfaat untuk semua. Jika berminat untuk berkongsi pengalaman sebagai SU PBS, boleh sertai saya di Telegram.

Sekian,





25 comments:

  1. Madam.. Sy cuba make a copy yg tahun 1.senarai nama murid yg sy isi tidak auto generate untk sbjek2 yg lain. Knp ye?

    ReplyDelete
  2. formula terpadam ke?saya punya elok ja guna.mungkin masa copy paste nama terpadam kot. try make a copy lagi sekali.kalau tak boleh juga, join group telegram tu, pm saya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, cmne nk join grup telegram?

      Delete
    2. group telegram search Rekod perkembangan murid

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. puan, sy nk tnya, ni versi 3.0i ke?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Klik saja send email tu, nanti saya akan approve.

      Delete
  6. Salam puan kenapa tiada Bahasa Tamil?

    ReplyDelete
  7. terima kasih mdm syuhada. Mmg sgt2 membantu. Saya ambil utk tapak gabungan thn 5 & 6 di sini. dlm waktu2 ber pkp ni sgt2 menolong memudahkan pengisian data secara online. Cume utk subjek bahasa Tamil shj yg tiada. Kalau dilihat di laman web bpk sendiri dah mengeluarkan tapak sama mcm mdm syuhada buat ni utk memudahkan proses pengumpulan data..

    ReplyDelete
  8. Salam, puan ade templat gabungan utk ting 4 kssm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di blog ni tak ada tingkatan 4. Cikgu rujuk laman web BPK ya.

      Delete
  9. templat pelaporan bagi sekolah menengah tak ada ke

    ReplyDelete
  10. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI. BYK MEMBANTU TERUTAMA MUSIM PKPB NI

    ReplyDelete
  11. Assalam.. Saya gunakan template V3.1 translation. Tapi untuk subjek Math (DLP) dan Science (DLP) tak keluar pada pelaporan murid. Hanya murid no 1 yang ok. Ada sesiapa hadapi masalah yg sama atau tahu password duntuk unprotect template tersebut? Tq

    ReplyDelete
  12. Assalam.. Saya gunakan template V3.1 translation. Tapi untuk subjek Math (DLP) dan Science (DLP) tak keluar pada pelaporan murid. Hanya murid no 1 yang ok. Ada sesiapa hadapi masalah yg sama atau tahu password duntuk unprotect template tersebut? Tq

    ReplyDelete
  13. salam madam template untuk sek men ada tak
    tq

    ReplyDelete
  14. salam madam saya nak pakat template gabungan tahun 6 tak dapat buka..macam mana nak aksess

    ReplyDelete
  15. bagi mendapatkan templat pelaporan sila berkunjung ke laman web bahagian pendidikan kurikulum, bpk. Di sana lebih tepat. Version terbaru.

    ReplyDelete
  16. Post ini pada tahun 2019,bpk ada keluarkan versi baru, jadi saya sarankan semua pergi ke laman web bpk. https://madamsyuhada.blogspot.com/2020/12/muatturun-templat-pelaporan-pbd-di.html?m=1

    ReplyDelete
  17. Aslmkm mdm syuhada...kalau seperti template pelaporan gabungan sekolah menengah untuk tingkatan 4..tiada pilihan subjek tassawur islam..bagaimana cara untuk mendapatkan subjek tassawur islam dalam pilihan subjek?

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah..Terima kasih puan atas perkongsian. Semoga puan dan seisi keluarga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT aamiin ya Rab..

    ReplyDelete