Wednesday, May 6, 2020

GIVING LIVE TO YOUR WORKSHEET- LIVE WORKSHEETS

Worksheet atau lembaran kerja adalah medium latihan pelajar yang biasa digunakan di dalam kelas. Oleh itu, guru akan mencetak dan memperbanyak lembaran kerja untuk diberikan kepada pelajar.

Pada ketika sesi persekolahan,  membuat persiapan dan menanda latihan di lembaran kerja seperti alah bisa tegal biasa. Namun, ketika negara masih berjuang menangani Covid19, agak sukar mengendalikan pembelajaran tanpa lembaran kerja. Itu yang saya rasa.

Di sini, saya ingin berkongsi satu laman web yang membolehkan lembaran kerja yang anda buat, digunakan secara atas talian. Lembaran kerja yang sama yang anda buat, tetapi sistem telah mengambil alih lembaran itu sebagai sebahagian sistemnya.

Kita hanya memberikan arahan kepada sistem, sama ada mahukan ia dalam bentuk Wordsearch, Drag and drop, Matching atau listening.

Di sini saya tunjukkan latihan yang saya hasilkan di Powerpoint, dan telah kembali 'hidup' dengan live worksheet. Di bawah adalah latihan yang telah dijawab oleh murid. Sistem siap menanda dengan pen merah lagi. Kerlasss.. hehehee.. tu yang nombor 10 tu.



Live worksheet tidaklah seperti quizizz atau Kahoot yang ada sistem setting masa dan animasi. Namun, kebolehan ia mengubah lembaran kerja kepada latihan atas talian amat mengagumkan.

Setelah pelajar menjawab soalan, mereka boleh pilih untuk melihat markah atau menghantar kepada guru. Jika mereka menghantar kepada guru, mereka perlukan alamat email guru mereka. Saya guna kaedah kedua, iaitu, murid menghantar di email.

Sebenarnya keputusan murid yang diemelkan itu, akan sampai ke akaun live worksheet anda. Kan langkah awal sebelum masuk live worksheet, kita perlu daftar email? Ini paparan pada notification.


Live worksheet juga boleh terus dikongsikan di whatsapp, atau google classroom.

Cara untuk menghidupkan lembaran kerja anda, seeloknya anda tonton video di bawah. Sebab setiap jenis latihan, ada caranya.

 Langkah pertama ialah, kena buka akaun dulu. 

Kedua, pastikan lembaran kerja dalam bentuk pdf atau image supaya mudah dimuatnaik. 

Langkah ketiga, muatnaik lembaran kerja. 

Langkah keempat, tengok video.


Langkah kelima, kongsikan lembaran kerja online anda sama ada salin pautan, hantar terus di whatsapp, embed dalam blog atau Google Classroom.

Siap!

Bonus, hari ini saya kongsikan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan live worksheet iaitu latihan di atas. (latihan ini saya tidak public kan) Jika cikgu  berminat, nanti minta anak murid emailkan di akaun live worksheet cikgu ya.

Latihan bertajuk Friends 
Sesuai untuk Tahun 1 dan Tahun 2
Bahasa Inggeris.

1. Murid menonton video. https://youtu.be/tZBnj7zazOk

2. Murid menjawab di live worksheet    https://www.liveworksheets.com/bz403950xo





No comments:

Post a Comment