EASY E TRANSIT FORM

Assalammualaikum semua pembaca.

Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Saya cuba membahagi masa supaya dapat berkongsi perkara bermanfaat di sini.

Saya sempat kumpulkan semua borang transit dalam satu post, supaya senang cikgu-cikgu copy, edit dan share kepada rakan guru yang lain. Jika bermanfaat  share lah. Jika tidak, cikgu boleh gunakan borang biasa menggunakan  pen saja. Setiap manusia ini, ada minat yang berbeza. Kita raikan minat dan pandangan masing-masing.



Langkahnya sangat mudah.

1. Copy link dan paste dalam mana-mana chrome tab.

2. Pilih make a copy

3. Paparan Sheets akan kelihatan, tukar tajuk file, taip nama murid di ruangan nama murid. Jika tiada ruangan tersebut, cikgu tekan butang + di tab sheets.

4. Ambil satu tab, tekan Form, Edit Form. Paparan Google Form akan kelihatan. Edit standard pembelajaran jika perlu. Copy dan Paste nama murid di ruangan TP/PL.

5. Ambil titik 3, get prefilled link, Get link, Copy link. Paste dalam Private Group di Telegram.

6. Buat QR Code bagi link tersebut. Cetak dan tampal dalam buku rekd mengajar.

7. Ulang langkah 4-6 dengan tab yang lain pula. 

8. Ambil Butang share berwarna hijau di google Sheets tad, ambil shareable link. On- Anyone with the link can view. Copy link. Buat QR code juga untuk link tersebut. Cetak dan tampal dalam buku rekod mengajar.


Silakan pilih link subjek anda.
Link berbeza sikit dari dalam post sebab link ini saya dah buat bagi comel menggunakan Bitly. Bila copy dalam chrome link ini sebenarnya link yang sama saja.

Pilih lah.


Bahasa Inggeris tahun 1

Bahasa Melayu Tahun 1

Matematik Tahun 1

Sains Tahun 1

Pendidikan Islam Tahun 1        

Selamat bermain-main dengan Google Form.


OPPPSSTTT.. sebelum terlupa, silakan isi borang maklumbalas penggunaan e transit form supaya saya dapat tambahbaik borang ini untuk kegunaan semua.


Sekian,





No comments:

Post a Comment