Assalammualaikum.
Salam Sejahtera. Salam kemerdekaan. (Bulan Ogos๐๐๐๐๐)
Selesai sudah edit templat pelaporan terkini dari laman web BPK. Tahun ni semua saya muatturun baru.
Harapan agar akhir tahun nanti ada sistem untuk SU PBD kendalikan. Bukan apa, analisis data tu la yang jenuh sikit. Sat orang tu minta, sat orang ni minta. sat kajian minta. uih... berapa kali bagi daaa. hihihi..
Baiklah,
Di sini laman web BPK, sekiranya cikgu mahu muatturun templat excel.
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/9-kssr-semakan-2017
Templat BPK ini saya edit kepada Google Sheet bagi memudahkan pengumpulan data di Google Classroom. Ada perbezaan sedikit dari templat BPK.
1. Templat ini dalam format Google Sheet. (online)
2. Templat ini membaca data dengan cara memasukkan no IC di ruangan no IC. Ini bertujuan untuk membuat pelaporan online di Google Sites Sistem Semakan PBD. Tidak seperti templat asal BPK yang boleh pilih nama murid dan keluar keputusan.
3. Templat ini juga boleh memaparkan semakan laporan matapelajaran dengan cara membaca no IC murid yang ditaipkan pada laporan murid. Hanya masukkan nombor subjek sahaja. Juga bertujuan untuk pelaporan online.
4. Pada laporan marapelajaran, ruangan TP keseluruhan dan penerangannya saya hide, kerana ada kesalahan untuk subjek Bahasa Arab, Sejarah dan Bahasa Cina.
Selain 1234 di atas, saya tidak usik apa-apa bahagian pun dari templat ini. Original seperti templat BPK yang saya muat turun pada 6 Ogos 2022.
Sekiranya cikgu ingin muatturun, copy link tersebut, kemudian paste pada chrome omnibox (bahagian taip link di chrome), Satu pop up make a copy akan muncul. Kemudian tekan make a copy. Ia akan berada dalam google akaun yang tengah aktif. Pastikan tahu emel mana yang digunakan.
Berikut link tersebut:
Tahun 6 terbaru- KSSR SEMAKAN 2017 sk dan sjk 2022
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1UrgvADzPRYZJjtk3X_UjmLsQs02A7C_UlpX4WH1elcE/copy
Tahun 5 SK dan SJK ver 4
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1Ut27LDWq8qX7WqL7Fr6ChjdTraG2D-IhjBoFcnHW4zc/copy
Tahun 4 templat SK 2020 b
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1UxbVGW8XB3QDttorVc4ePzdlO1uV2fGfTrJhpscMeto/copy
Tahun 3 templat translation v3
https://docs.google.com/spreadsheets/d/15BESoSwzKMIKpFb2rsTAQErVbjuUR2kyhKT-NsdG8Tc/copy
Tahun 2 translation v3 2020
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1hiko079P0v9zHc4TS3vUT0ntiS7lUIp93geoPTXghJA/copy
Tahun 1 translation v3 2020
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1VkPIoYyxQ8_MiSeswuGz7t_5ptf8PPVLW7OzJ1Bz5D8/copy
Sekiranya cikgu dapati ada kesalahan di mana-mana mohon komen di sini. Cikgu juga boleh sertai Telegram Group saya, Rekod Perkembangan Murid.
Harap dapat membantu semua.
Sekian!