Showing posts with label borang transit. Show all posts
Showing posts with label borang transit. Show all posts

Thursday, November 28, 2019

REKOD PERKEMBANGAN MURID PENDIDIKAN KESENIAN-SENI TAHUN 1-6 2020



RPM kali ini disediakan dalam Google Sheets juga, ditambahbaik dengan fungsi gambar murid dan conditional formatting di mana sel akan bertukar warna mengikut TP yang diletakkan. Cikgu juga boleh meletakkan gambar hasil kerja murid di kolum tersedia. Mudah, ini kerana cikgu hanya menggunakan telefon pintar sebagai alat  penyimpanan evidens.

Sila baca tutorial yang disediakan.

Bgi guru yang tidak berminat menggunakan online, boleh download as Excel, dan cetak borang kosong.

Sila ambil di link, dengan cara, copy link, paste dalam omnibox chrome, tekan Enter. Pilih make a copy. Ia akan tersimpan dalam drive email yang active. Buka email semula, cari drive ya.

Pendidikan Kesenian Tahun 1

http://bit.ly/RPMSENITAHUN1

Pendidikan Kesenian Tahun 2

http://bit.ly/RPMSENITahun2

Pendidikan Seni Tahun 3

http://bit.ly/RPMSENITAHUN3

Pendidikan Seni Tahun 4

http://bit.ly/RPMSENITAHUN4

Pendidikan Seni Tahun 5

http://bit.ly/RPMSENITAHUN5

Pendidikan Seni Tahun 6

http://bit.ly/RPMSENITAHUN6


Semoga bermanfaat. Jika ada silap di mana-mana, maklumkan pada komen ya.

Explore to be Expert.

TQ


Monday, September 9, 2019

REKOD PERKEMBANGAN MURID BAGI PBD SUBJEK SAINS (TAHUN 1,2,3,4 KSSR SEMAKAN, TAHUN 5,6 KSSR)

ASSALAMMUALAIKUM dan salam sejahtera semua.

Selamat datang ke blog Madam Syuhada.


Rekod Perkembangan Murid (RPM) atau dahulunya lebih dikenali sebagai borang transit, adalah rekod PBD murid sepanjang tahun. Terpulang kepada guru, bagaimana merekod  perkembangan murid masing-masing. Jika cikgu punya minat seperti saya, menggunakan telefon bimbit dalam segala aktiviti, mungkin rekod perkembangan murid ini sesuai untuk cikgu Di sini, saya kongsikan RPM dalam Google Sheets.

 Mengapa Google Sheets?

Google Sheets:

1. Boleh dikongsikan dalam erph. (mudah bagi guru meletakkan link dalam erph mereka bagi tujuan pemantauan)

2. Link boleh diserahkan kepada guru lain jika bertukar

3. Mudah diakses dalam telefon pintar

4. Data boleh menjanakan graf bagi memudahkan guru menganalisa perkembangan Tahap Penguasaan Murid. (butang EXPLORE)

5. Mudah dpindahkan ke dalam template pelaporan BPK.

Kali ini Rekod mengandungi conditional formatting di mana, jika murid mendapat TP 1,2 sel akan berwarna merah, 3,4 sel berwarna kuning, manakala 5,6 sel berwarna hijau.

Rekod ini juga mengandungi sel gambar murid. Bagi guru meletakkan gambar murid di setiap kolum masing-masing. Mudah dibuat, jika guru menggunakan aplikasi google sheets. (muatturun di Google Playstore)

Baiklah, tutorial ada disediakan dalam sheet ini. Bagi mengambil link ini, copy link dan paste dalam chrome search (omnibox) Tekan Enter. Pilih make a copy.


SAINS


1. http://bit.ly/RPMsainstahun6

2. http://bit.ly/RPMsainstahun5

3. http://bit.ly/RPMsainstahun4

4. http://bit.ly/RPMsainstahun3

5. http://bit.ly/RPMsainstahun2

6. http://bit.ly/RPMsainstahun1


Jika ada ralat, mohon maklumkan pada saya ya. KSSR Semakan Tahun 4, belum ada templat pelaporan BPK. Maka rekod yang saya buat ini tidak berdasarkan templat BPK.

Boleh isikan borang maklum balas penggunaan rekod transit di link di bawah.

http://bit.ly/FeedbackFormForEasyEtransitForm

Sekian,