Saturday, June 20, 2020

SISTEM SEMAKAN ALAMAT EMEL DIGITAL LEARNING


Assalammualaikum, salam sejahtera. Semoga semua sihat hendaknya.

Sebagai memenuhi tuntutan tugas SU PBD yang perlu membina site sistem semakan PBD (bukan paksaan, atas amalan terbaik sekolah), saya terpanggil berkongsi satu lagi templat untuk semakan emel digital learning.

Kenapa lah SU PBD pula sibuk buat templat penyelaras digital learning ni? hehehee..

Bukanlah menyibuk tugasan orang lain pun sebenarnya.



Saya membangunkan site semakan PBD di mana murid perlu sign in emel moe mereka. Justeru, apabila site semakan dibuat seperti itu, pastinya mereka akan bertanya, email saya apa ya? password apa ya? Pakat semua tanya pengsanlah cikgu ni. Maka, inisiatif ini diharap dapatlah membantu mereka semak emel masing-masing di site PBD. Letak siap-siap di situ, harapnya tiada pertanyaaan tentang emel masing-masing ya.

Bagaimana sistem semakan ini berfungsi? Ibu bapa/penjaga akan menaip no ic/mykid murid di google site, dan data emel dan password pun akan keluar. (Saya set dengan password)

Berminat?

Silakan muatturun.

Jawab form di bawah. Tekan submit untuk mendapatkan link google sheets templat semakan.


Selepas cikgu submit, baru ada link diberikan. Copy link dan paste kat omnibox chrome. Pilih make a copy.

Dokumen yang baru cikgu muatturun tadi adalah dokumen dalam bentuk Google Sheet. Bagi membina sistem semakan, cikgu boleh memuatnaik templat ini di Google Site secara embed di site. Akan tetapi, cikgu perlukan ia dalam bentuk Excel. Saya tidak mahir menggunakan Excel, sebab itu saya buatkan templat ini dalam Google Sheets. Entah kenapa, saya rasa Sheets lagi mudah berbanding Excel.

Oleh itu, langkah seterusnya adalah:

1. Muatturun templat sistem semakan kepada Excel

Tekan file, downoad, excel.

2. Buka file Excel tadi dan semak templat. Copy dan paste data seperti no ic murid dan nama murid ke dalam ruangan yang disediakan. 

3. Simpan dalam dokumen dengan nama yang mudah diingati.

4. Sekarang, bukan onedrive. (www.onedrive.live.com) Buat akaun jika belum ada. 

5. Apabila dah ada akaun onedrive, upload dokumen ini di sana. Kini, dokumen tersebut telah berada dalam onedrive. 

6. Cuba dulu, dengan menaip no IC murid beberapa orang sebelum embed di Google Site.Jangan lupa hide tab yang ada no ic tadi tu. Kalau tak hide, pelajar akan dapat lihat semua data.

7.Sekarang, tekan File pada excel onedrive, tekan pula SHARE.


8. Pilih embed. GENERATE. Kemudian, akan keluar paparan tentang embed tadi. Tanda ✔️ pada kotak yg hide row and column, let people write in the cell, dan start with this cell(select sel no ic tu) untick download link, sebab nanti bimbang waris dapat download file excel dan boleh unhide data.

9. Copy embed code tadi.

10. Sekarang, buka site ini


11. WAJIB tekan titik tiga pada site, ambil Duplicate Site. Ya wajib. Sebab kalau cikgu tak duplicate, cikgu akan edit di templat asal. dan masalah besarnya ialah, orang lain akan ambil templat cikgu dan data sekolah cikgu. Kena betul-betul fahamkan bahagian duplicate site ni. So, pilih duplicate site.

12. Pilih folder di drive mana nak simpan duplicate site ini. Atau boleh buka emel, akan ada dalam emel juga.

13. Sekarang, terpulanglah cikgu nak edit site bagaimana. Nak mekap warna pink semua ke, warna pelangi ke, ha, it's yours. Jangan ambil templat asal saya punya sudah..hehehehe

14. Embed code yang kita copy dari Excel tadi di ruangan yang saya sediakan ya.

15. Dah siap, share dengan waris. Tapi kena PUBLISH site dulu.

16. Copy link dan edarkan kepada waris/ibubapa.


Buat permulaan, serah site kepada waris-waris guru dahulu sebelum edarkan kepada orang lain ya. 

Tahniah, kerana telah berjaya membuat sistem semakan emel digital learning.

Kalau belum buat pun tidak mengapa, ucap siap-siap. 😄

Peringatan mesra, cikgu perlu memastikan password yang ditulis pada templat semakan, adalah password yang terkini. Jika cikgu rasa keliru, senang cerita, hide sahaja row password itu.


Sekian. MOGA BERMANFAAT.









No comments:

Post a Comment