Showing posts with label SU pbs. Show all posts
Showing posts with label SU pbs. Show all posts

Saturday, May 18, 2019

Persediaan Hari Pelaporan PBD 2019- e Kehadiran Waris

Assalammualaikum, selamat sejahtera semua.

Bulan Jun, berakhirlah penggal pertama persekolahan, menandakan kedatangan penggal kedua persekolahan. Sekejap saja masa berlalu. Sekejap saja, murid-murid tahap 1 buat julung kalinya belajar tanpa peperiksaan.

Sebagai ibu, saya juga tertanya-tanya perkembangan anak sendiri. Tentunya ibu bapa dan waris yang prihatin juga begitu. Hari mereka bersama guru akan tiba. Nama hari tersebut berbeza-beza mengikut sekolah. Ada yang panggil, Hari Pelaporan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu bapa dan pelbagai nama lagi.

Ikutlah nak panggil nama apa sekalipun, asalkan matlamatnya sama. Pada hari istimewa ini, guru akan membentangkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Biasalah sebagai SU PBS/PBD pelaporan ini sebahagian daripada aktiviti tahunan dan wajib diadakan. Penyerahan keputusan PBD perlu dilaksanakan dua kali setahun.

oh ya, saya selalu menggunakan SU pbs/pbd ini kerana saya memimpin tugas kedua-duanya. Saya harap cikgu tidak tersilap tentang dua peranan yang berbeza bagi SU PBS dan SU PBD ya.

Baiklah berceloteh panjang. Sebenarnya saya ingin berkongsi cara moden mendapatkan kehadiran waris/ibu bapa semasa Hari Pelaporan. Sekolah lain di bandar mungkin telah biasa. Kehadiran melalui QR Code. Prinsip sama juga, menggunakan Google Form.

Saya bagi contoh di bawah ya.

Comel tak? hehehe. Qr Code ni dijana dari laman web QR Code monkey. Laman web ini boleh edit cantik-cantik lagi jika nak.

Fungsinya, ibu bapa scan saja di papan putih kelas, Guru tidak perlu mencatat lagi kehadiran mereka. Maklumlah guru pun dah sibuk masa tu, asyik bercakap tentang perkembangan murid sehingga kering tekak.

Selesai pertemuan bersama ibu bapa, tugas menyemak rekod kehadiran ini, diambil alih pula oleh SU PBS/ SU PBD. Sesiapa pun boleh, SU PBS ke, SU PBD ke, tak perlu bergaduh hehehehe..

Jika cikgu berminat perlukan google form ini, cikgu boleh saja ikuti langkah di bawah;

1. Copy dan paste link di bawah dalam chrome tab. Dilarang klik link, sebab link itu master form untuk rujukan semua.

https://docs.google.com/forms/d/1Wz9KwIY8yWElCYcxweZFKGRQVrsC3UrXkf83cAaStcU/copy

2. Pilih make a copy.



3. Dah dapat paparan google form? Edit tajuk fail. dan nama kelas.

4. Klik titik tiga di kanan atas, ambil prefilled link, get link, copy link.



5. Buka laman web QR Code monkey. Paste url link tadi di situ. mekap lah QR code lawa-lawa.


6. Muatturun QR Code, cetak dan tampal di dalam kelas semasa Hari Pelaporan.

Selesai Hari pelaporan, SU boleh menjana data di Google Sheets. Caranya,

7. Buka form tadi, ambil bahagian response, klik ikon spreadsheet.


8. Klik new spreadsheets.

9. Paparan google sheets akan kelihatan. Ha, di sini lah data dijana secara automatik.



10. Tekan gambar printer, cetaklah ia sebagai bukti aktiviti PBD pertengahan tahun.


Senang saja bukan?

Jimat kertas, jimat pen. Cuma, pastikan sekolah cikgu ada akses internet. Jika semput-semput gitu, sukar melaksanakan kaedah ini.

Cabaran yang lain ialah, kerjasama daripada ibu bapa. Mungkin ada yang tiada aplikasi QR Code ini. Tapi biasanya mereka akan saling membantu. Ibu bapa yang ada kemudahan akan tolong mendaftar untuk rakan mereka. Sebagai mendidik ibu bapa celik IT juga, selalulah buat kedatangan secara QR Code ini. Lama-lama mereka dah biasa.

Selamat mencuba!

Sekian,



Friday, May 3, 2019

E-Borang Serahan Templat Pelaporan PBD

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Moga semua pembaca blog ini sihat walafiat hendaknya.


Kali ini, saya berkongsi templat e-borang dalam bentuk Google Form beserta salinan spreadsheet berkenaan kutipan PBD 2019.

E borang ini perlu bagi memastikan SU PBS/ SU PBD tahu, guru yang sudah selesai pengisian data Tahap Penguasaan, subjek dan kelasnya. Tidak perlu lah SU PBS/SU PBD buka fail satu-satu untuk melihat siapa yang dah selesai dan siapa yang belum.

Bayangkan SU PBS/SU PBD perlu meneliti semua kelas dan semua guru? Sebagai contoh, satu sekolah mempunyai 50 orang guru. Tahun satu ada 9 subjek. semua aliran ada 3 kelas.  Setiap guru ada yang mengajar 4 subjek, ada yang mengajar 10 subjek, ada yang lagi kesian, 20 subjek. Berapa jumlah semua yang perlu disemak status penghantarannya? Kalau tidak disemak, sampai saja tempoh penghantaran, eh? cikgu sekian sekian tidak hantar lagi. Errrr... saya memikirkannya pun dan membuat saya stresss hehehehe..

Maka, bagi mengelak stress melampau, marilah gunakan Google Form. Selepas cikgu sekolah mengisi template pelaporan PBD yang dikongsikan (saya menggunakan templat dalam format Google Sheets), guru akan mengisi form ini. Subjek yang ada dari aliran perdana sehingga pendidikan khas. Subjek Pendidikan Khas akan diisi oleh guru sendiri, kerana saya tidak membuat drop down menu bagi subjek Pendidikan Khas.

Setelah SU PBS/PBD selesai edit nama guru dan nama kelas, jangan lupa kongsikan link form ini kepada semua cikgu. Jika SU PBS/SU PBD ada group telegram sendiri, pinned kan link ini sebagai pinned message.

Jom kita baca langkah-langkahnya. Ok saya bagi besar sikit tulisan ini.

Langkah-langkah mengaktifkan e borang serahan PBD:


1. Copy link di bawah dan paste dalam mana-mana chrome tab

http://bit.ly/eborangserahanPBD2019


2. Pilih make a copy.

3. Sekarang, paparan Spreadsheet akan kelihatan seperti di bawah. Pilih nama guru, copy paste nama guru di situ.


4. Pilih tab status penghantaran PBD. Klik form, edit form. Paparan Google form akan muncul.

5. Edit nama guru dengan cara copy nama guru di langkah no 3, dan paste di ruangan nama guru dalam Google Form.

6. Edit nama kelas mengikuti sekolah masing-masing. (setiap soalan itu telah dibuat section mengikut jawapan, jadi, bahagian itu tidak perlu editan. hanya tukar nama kelas sahaja.)

7. untuk berkongsi pautan Google Form, klik SEND di bahagian atas berdekatan dengan setting. Ambil bahagian link, copy link. Paste link ini ke dalam Group Telegram Sekolah.



Jom kita baca pula cara untuk menjadikan e borang ini mudah diakses dan dipantau oleh diri sendiri, GB, PPD atau Nazir.

Ada dua cara yang boleh saya fikirkan buat masa ini, iaitu,

Cara 1-Qr Code Generator

SU PBS boleh hasilkan satu QR Code bagi sheets ini dengan cara copy paste link sheets ke dalam QR Code Generator. Link boleh diambil dalam butang Share berwarna hijau.

QR Code itu dicetak dan disimpan dalam fail PBD sekolah. Label QR Code tersebut bagi comel,dah selesai satu kerja.

Cara 2- Cetak terus dari Google Sheets


Google sheets boleh dicetak. Cuma tekan gambar printer, cetak seperti biasa. Masukkan helaian ke dalam fail PBD Sekolah.

Baiklah, dah sampai bahagian akhir dah ni, cikgu dah cuba belum?

Bagi melihat keputusan pengisian data oleh guru, cikgu boleh lihat di Google Form, bahagian responses. Di sana, cikgu boleh mengesan guru- guru yang belum mengisi dan menyerahkan  template pelaporan subjek masing-masing.

Sekian, semoga bermanfaat untuk semua.






Wednesday, May 1, 2019

TEMPLAT PELAPORAN PBD 2019 DALAM FORMAT GOOGLE SHEETS.

Assalammualaikum dan selamat malam.


Dah malam dah pun, sempat lagi buka laptop sekejap bagi berkongsi template pelaporan PBD seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ini.



Kenapa saya memilih Google Sheets sebagai medium pengisian data ini, saya dah terangkan dalam post sebelum ini. Antara sebabnya ialah, ia medium online. Sebarang perubahan terus disimpan secara automatik.

Sebenarnya template pelaporan ini kelihatan sama sahaja seperti template di BPK kecuali bahagian ulasan guru kelas. BPK menyediakan template dalam bentuk excel. excel sukar dikongsi, kerana perlu disimpan dalam satu komputer saja. Sedangkan templat terbaru, terdapat banyak subjek dalam satu fail. Ramai guru perlu berkongsi dalam satu fail. jadi solusinya, biarkan guru mengisi secara online dulu. selesai pengisian, cikgu boleh muatturun sebagai excel atau copy paste saja ke dalam templat BPK.

Namun, Excel dan google sheets ada perbezaan sedikit. Pertukaran Excel ke Sheets, ada drop down menu yang tidak boleh dijanakan dalam Sheets. Di sini, memerlukan sedikit editan. Saya terkial-kial membuat editan sebelum saya bertemu dengan Cikgu Hasya Yusof di alam maya.


Saya beroleh template pelaporan dalam bentuk Sheets ini daripada beliau. Terima kasih cikgu di atas perkongsian. Beliau juga bersetuju untuk saya paparkan template pelaporan dalam Google Sheets di blog ini bagi membolehkan guru lain juga berkongsi templat. Alhamdulillah.

Cuma bagi Pendidikan Muzik, template pelaporan diasingkan daripada template gabungan, oleh kerana datanya agak sukar dikepilkan sekali. Buat masa ini, Tahap 2 masih menggunakan template yang sama seperti tahun lepas.

Ok, jadi cadangan saya, jika cikgu ingin mudah kumpul data secara online boleh gunakan google sheets. Selepas itu, jika cikgu ingin menyimpan dalam excel, cikgu download as excel, atau pun copy paste semula data ke dalam template EXCEL BPK.

Link adalah seperti di bawah. SU PBS yang berminat boleh muatturun dengan cara

1.       1. copy link di mana-mana chrome tab.
2.      tekan enter.
3.       Pilih Make a copy.


Siap. Sheet tadi sudah milik anda. Pastikan ingat disimpan dalam Drive email yang mana. Kalau banyak email, memang seksa nak mencari fail ini. Jangan lupa, tukar nama file ini mengikut kelas supaya mudah dicari.

Bagi berkongsi pautan dengan guru lain, cikgu perlu ikuti langkah di bawah:


1. Share(butang berwarna hijau)



2. ambil shareable link, 


3. On-anyone with the link can edit. (link boleh dikongsikan  dalam group Telegram, tetapi kurang privasi)

4. Inginkan privasi, boleh kongsi template ini menggunakan email YES.



 Pautan adalah seperti di bawah. Muatturun dengan mudah.

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4



Tahun 5



 Tahun 6




Jika ada pautan yang silap atau tidak dapat diakses, mohon cikgu respon di comment ya.

Harap bermanfaat untuk semua. Jika berminat untuk berkongsi pengalaman sebagai SU PBS, boleh sertai saya di Telegram.

Sekian,





Friday, April 19, 2019

7 kegunaan GOOGLE FORM bagi guru terutama SU PBS!

Assalammualaikum dan hai semua.

Google Form merupakan kemudahan yang disediakan Google bagi mendapatkan maklumat dan membaca data dengan mudah.

Sebagai guru, Google Form membantu kita dalam:

1. menyediakan kuiz/ lembaran kerja
cikgu boleh menyediakan kuiz kepada guru sebelum memulakan taklimat PBS/PBD

2. mendapat maklumat daripada murid/ibubapa secara online
sebagai contoh, maklumat tahun kelahiran anak, mykid, pendapatan.

3. mendapat maklumat segera daripada guru lain, contohnya PBD. 
Saya ada gunakan untuk mendapatkan maklumat TP murid dalam BI, BM dan matematik bagi penyerahan data kepada PPD.

4. Maklumat kehadiran murid/guru/ibubapa. 
Saya menggunakan Google Form  bagi mendapatkan kehadiran murid kelab bola jaring. Terfikir untuk menggunakan Google Form bagi kedatangan guru ke Mesyuarat PBS.

5. Maklumbalas/ pertanyaan tentang sesuatu perkara.
Saya menggunakan Google Form bagi mendapatkan soalan/ maklumbalas projek yang dilaksanakan di sekolah.

6. Borang penilaian bagi PLC, pemantauan bilik darjah/pemantauan pdpc.

7. E transit form.
 Ya, transit form saya juga menggunakan Google Form. Tentunya kerana ia mudah dan menyeronokkan bagi saya.

Tujuh kegunaan Google Form setakat ini. Semakin kita teroka, semakin banyak kemahiran yang kita boleh dapat.

Jika cikgu ingin belajar cara menggunakan Google Form, cikgu boleh tonton video di bawah.


Google form boleh diakses di Drive ataupun cikgu boleh search di laman carian www.google.com dengan menaip Google Form. Ia akan muncul dan disimpan di email yang dibuka di laptop ataupun telefon bimbit cikgu.


Selesai sudah bahagian Google Form. Tetapi untuk melihat laporan semua respon, cikgu boleh link dengan Spreadsheet. Jom tonton video di bawah pula:





Cuba ya!

Sekian.

-MadamSyuhada-


Wednesday, April 10, 2019

6 tugas penting SU PBS

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih sudi menjejaki blog ini.

Jika cikgu sedang mencari info tentang tugas SU PBS, cikgu memilih blog yang betul.

TAHNIAH CIKGU.

Jawatan yang cikgu pegang ini, amanah yang mulia. Cikgu terpilih menjadi orang penting di sekolah. Jom jalankan amanah ini dengan baik.


Ya, ini 6 tugas yang amat penting sebagai SU PBS. Perjalanan komponen PBS terletak pada bahu cikgu. Bantulah penyelaras komponen untuk menjalankan tugas dengan baik.

Saling bekerjasama saling membantu, asas sebuah pengurusan yang baik.

sekian.

yang benar,
Madam Syuhada

Thursday, April 4, 2019

Bahan taklimat Pembugaran PBD

Assalammualaikum semua.

Salam Jumaat Penghulu segala hari.

Bagi post kali ini, saya ingin berkongsi bahan taklimat yang saya buat untuk guru-guru di sekolah saya.

Saya menyampaikan taklimat yang bertajuk:  Pembugaran PBD dan Standard Prestasi.

Tajuk memang celik biji mata. hehehe..

Sebelum saya menyampaikan taklimat ini, saya dan semua setiausaha PBS daerah Kulim Bandar Bharu telah mengikuti Taklimat tentang PBD pada tahun 2018. Maka slaid ini terhasil berdasarkan pengetahuan dan taklimat yang saya terima.


Tambahan lagi, pengumuman daripada KPM tentang pemansuhan amalan peperiksaan bagi murid tahap 1, tahun 1,2,3. Justeru, membuatkan PBD menjadi satu-satunya platform penilaian  murid.

Taklimat kepada guru amat penting bagi memastikan guru faham dan teliti soal PBD. Sebelum sesi taklimat diadakan, saya memberikan setiap guru sekeping kertas kecil. Guru menulis semua persoalan tentang PBD/PBS yang mereka hadapi. Soalan- soalan inilah yang saya masukkan dalam slaid untuk menjawab kembali persoalan mereka.

Tugasan sebagai SU PBS memang mencabar. PBS bukan benda baru di negara kita. Sejak tahun 2011 lagi. Cuma pelbagai isu mulai timbul apabila golongan pelaksana iaitu cikgu sendiri tidak memahami pentaksiran itu sendiri. Tugas memahamkan guru-guru adalah tugas SU PBS. Oleh itu, SU PBS sepatutnya lebih memahami. Betul tak?

SU PBS, silakan guna PDF ini jika ia dapat membantu kalian. Jika ada kesalahan dan pemahaman saya yang salah, email saya segera ya. Saya juga insan biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Saya sekadar berkongsi. Sharing is caring.

Scan QR code untuk lihat:


Klik link di bawah jika berkenan di hati:

Taklimat dalam bentuk E book

link dalam format PDF


Sekian ya.