Saturday, October 5, 2019

Webinar Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHAP 1





Saya berkesempatan mengikuti webinar pentaksiran bilik darjah tahap 1 baru-baru ini. Sebenarnya video ini telah lama ada, pada 24 April 2019, diadakan secara langsung dan boleh didaftarkan pada SPLKPM. Siaran langsung pada hari Rabu, hari kokurikulum diadakan, maka video ini diabaikan saja. Tak sempat tengok live, habis kokurikulum jam 4 petang.

Setelah berbulan lamanya baru sempat tengok menerusi youtube.

https://youtu.be/fgFIqUaC30U

Banyak maklumat berguna ada dalam video ini. Selain boleh dikreditkan dalam SPLKPM, bicara ini boleh menjadi punca kuasa kepada persoalan-persoalan tentang PBD.

Video selama hampir 50 minit ini menerangkan bebrapa perkara seperti berikut:



Penyampai wacana       :              

DR MOHAMED ABU BAKAR, PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM.
TUAN HAJI NAZA IDRIS SAADON, KETUA SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN, BPK

ULASAN VIDEO

PENERANGAN OLEH DR MOHAMED ABU BAKAR:

1.       Pemansuhan amalan peperiksaan setara, membolehkan PBD dilaksanakan. Pembelajaran secara bilik darjah ini telah lama dipraktikkan di negara maju. Contoh terdekat Singapura.

2.       Kelebihan PBD:
2.1   PBD merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai berterusan. Guru menilai semua aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. Ia fleksibel (mengikut kesesuaian bagi murid).
2.2   Kita berharap murid akan datang menjadi insan yang berkeyakinan.
2.3   Pelaporan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Jun dan November, ini membolehkan ibubapa memahami tahap penguasaan anak dan membantu mereka.

3.       Aktiviti-aktiviti semasa proses pdp dan bentuk pengajarannya.
3.1   semua aktiviti yang dijalankan oleh guru boleh asalkan murid gembira dan seronok belajar.
3.2   BPK ada menyediakan 5 contoh yang boleh dikuti:
3.3   Projek Mudah
3.4   Kuiz- tidak boleh setara. Tidak dibenarkan kerana keputusan kuiz ini, murid diasingkan kelas.
3.5   Main Peranan
3.6   Bercerita
3.7   permainan
3.8   Apabila murid tamat darjah tiga, murid boleh menguasai literasi dalam BM, Bi dan Matematik.

4.       Langkah-langkah oleh KPM bagi memantapkan PBD:
4.1   KPM menerbitkan Buku Panduan PBD, cetakan kedua.
4.2   Tahap 1 melaksanakan PBD secara full time, penting bagi merujuk buku panduan PBD.
4.3   Panduan juga mengandungi pertimbangan profesional.
4.4   Buku panduan ini akan membantu guru dalam melaksanakan PBD.
5.       Guru perlu yakin dengan PBD. Ini bukan perkara baru.
6.       Impak positif perlu bagi murid. Supaya murid berkeyakinan. Semua bermula dari asas di tahun 1,2,3.

PENERANGAN OLEH TUAN HAJI NAZA IDRIS SAADON

1.       Persediaan KPM untuk membantu guru melaksanakan PBD:
1.1-            Surat siaran pemansuhan amalan peperiksaan.
1.2-            Kursus orientasi menerusi KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
1.3-            BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PBD, boleh muatturun dari laman web BPK.
1.4-            Konsep autonomi diberikan kepada pihak sekolah
1.5-            Template pelaporan yang holistik telah disediakan oleh BPK.

2.       Bentuk / proses PDP yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah:
2.1-            Penilaian berterusan.
2.2-            Guru perlu ada rekod tentang murid.
2.3-            Setelah selesai proses pengajaran dan pentaksiran, guru perlu menentukan tahap penguasaan berdasarkan DSKP.
2.4-            Merekod ke dalam template pelaporan yang disediakan BPK. Template disediakan secara offline.
2.5-            Boleh menggunakan template pelaporan sebagai rekod transit sebelum meletakkan dalam templat pelaporan sebenar.
2.6-            Guru kelas boleh membuat ulasan tentang murid dari aspek nilai. Tidak kisah dari segi aspek positif atau negatif.
2.7-            Guru kelas perlu isi nama ringkas dalam senarai nama murid supaya nama ini akan muncul di slip pelaporan.
2.8-            Guru matapelajaran hanya isi di ruangan matapelajaran. Ulasan matapelajaran adalah optional.
2.9-            Guru boleh cetak, atau tunjuk secara digital(whatsapp contohnya)

3.       Pertimbangan profesional/ professional judgement
3.1-            Kita biasa menggunakan pertimbangan profesional ketika membuat keputusan.
3.2-            Dalam PBD, kita mempertimbangkan Tahap Penguasaan murid berdasarkan aktiviti,  pentaksiran dan rekod yang ada.
3.3-            Pertimbangan haruslah adil, telus dan berintegriti.
3.4-            Kita ada akauntabliti adil, bertanggungjawab dan integriti
3.5-            Guru yang mengajar ada pengetahuan tentang pedagogi subjek tersebut.
3.6-            Guru ada rekod mengenai prestasi murid.
3.7-            Guru perlu ada tanggungjawab.
3.8-            Pengalaman dan pengetahuan dalam subjek itu amat perlu dalam mengajar dan menilai murid secara professional.
3.9-            Perbincangan bersama guru lain yang mengajar subjek lain dalam kelas tersebut juga boleh dijadikan sebahagian pertimbangan profesional.

4.       Template pelaporan BPK
4.1-            Template boleh muatturun dari BPK
4.2-            Template dalam bentuk EXCEL
4.3-            Template ada beberapa lembaran untuk matapelajaran.
4.4-            Template ada tafsiran tahap penguasaan. Boleh diedit oleh guru subjek jika subjek pada pertengahan tahun tidak sama seperti dalam template pelaporan.

Soalan Online di SPLKPM

1.       Perlukah menyenaraikan semua instrumen yang pelbagai ini dalam borang?

Jawapan:

Dr Mohamed Abu Bakar.

Tidak perlu senarai semua instrumen pentaksiran. Hanya merancang dan tulis dalam rancangan rekod pengajaran. Guru cuma buat instrumen mengikut keperluan murid dan objektif matapelajaran pada hari tersebut. Pentaksiran boleh disimpan dalam rekod murid, atau senarai semak. Guru boleh tadbir kuiz dan buat ujian. Atau pemerhatian. Murid boleh membuat pembentangan dan itu dinilai sebagai sebahagian pentaksiran.

2.       Bagaimana dengan borang rekod transit? Adakah masih mengekalkan borang transit atau KPM ada sediakan borang transit khas?

Jawapan: Tuan Haji Naza Idris Saadon

-rekod boleh tulis dalam buku rekod
-rekod boleh tulis dalam buku latihan murid
-Sukar menentukan tahap penguasaan murid jika tiada rekod
-KPM tidak menyediakan borang transit, bergantung kepada guru sendiri


3.       Berapa banyak bukti yang perlu dikemukakan oleh guru bagi ibubapa mengetahui prestasi anak mereka?

Jawapan: Dr Mohamed Abu Bakar

Semua aktiviti yang dilakukan oleh murid.
Buku latihan.
Projek mudah.
Ujian.
Lukisan dan sebagainya.

Ibubapa perlu menyokong usaha sekolah dan guru dan membantu anak di rumah.
Ibubapa perlu mengikuti perkembangan anak di rumah.



Moga membantu kita sebagai golongan pelaksana PBD. 

Sekian,




Tuesday, September 24, 2019

Year 1 Vocabulary Checklist Based On DSKP KSSR Semakan (wordlist template included)



Based on DSKP Word List, I made a google sheet form with checkboxes, total correct answers and conditional formatting.

The cell will turn to red, yellow or green based on their total correct answers.


The empty template included, as you can write your own words, if you plan to make your own word lists.

If you need to change the conditional formatting rules, just click at the cell, hit format, look for conditional formatting. Edit the rules there.

This sheet is best used via smartphone. Download the Google Sheets apps from the playstore.

You can choose selected pupils to be tested, especially performance level (PL) 1-4. You can also call one by one or in groups to read the words. Another suggested activity is, Tarsia.

Below is the link

http://bit.ly/ChecklistVocabularyyear1


Copy and paste the link in the chrome search, choose make a copy. It will be saved in your active drive.

go go.. use them at your own risk... hehehe, just kidding.




Monday, September 23, 2019

BUKU BACA LAJU untuk bacaan BM yang lancar

Lari bidang sikit perkongsian kali ini.

Saya hasilkan buku ini selama dua minggu juga. Buku ini khasnya untuk anak tersayang yang sekarang darjah satu. Beliau boleh membaca KVKV. KVK pun sudah boleh, cuma agak perlahan. Apabila beliau membaca lambat, maka beliau mulai malas  membaca.

Kebetulan adik beliau yang berusia 4 tahun, sudah membaca KVK. Buku ini hadiah untuk kedua-duanya.

Doakan kesejahteraan anak-anak saya. InsyaAllah.







Ada 61 mukasurat.
Moga bermanfaat untuk semua.

Isi form di bawah dulu, link akan diberikan selepas SUBMIT.

Jika ada silap di mana-mana, beritahu saya di komen ya. Terima Kasih.


Saturday, September 21, 2019

Rekod Perkembangan Murid Bahasa Melayu SK Versi Gambar dan conditional formatting



Jika berminat dengan rekod perkembangan murid secara online, cikgu boleh ambil di link di bawah.

Caranya, Copy link, Paste pada chrome search tab. Tekan Enter Klik Make a copy.  Ia akan berada dalam DRIVE email yang aktif.


Link di bawah:

KSSR

Tahun 6    http://bit.ly/RPMBMTahun6


Tahun 5    http://bit.ly/RPMBMTahun5

KSSR SEMAKAN

Tahun 4    http://bit.ly/RPMBMTahun4KSSRSEMAKAN

Tahun 3   http://bit.ly/RPMBMTahun3

Tahun 2  http://bit.ly/RPMBMTahun2

Tahun 1 http://bit.ly/RPMBMTahun1


Jika ada ralat dari segi link dan lain-lain, mohon beritahu di comment ya.

Sudikan hantar feedback berkaitan rekod perkembangan murid ini pada borang feedback yang disediakan pada blog ini.

Terima kasih.




REKOD PERKEMBANGAN MURID- MATEMATIK, VERSI GAMBAR DAN CONDITIONAL FORMATTING



Rekod Perkembangan Murid Subjek Matematik ini ada ruang untuk letakkan gambar murid dan dibuat conditional formatting di mana sel akan berubah warna mengikut TP yang dimasukkan.

Bagi mendapatkan rekod perkembangan murid ini, sila copy link dan paste pada chrome search box. Pilih make a copy.

KSSR
Tahun 6   http://bit.ly/RPMMatematikTahun6

Tahun 5   http://bit.ly/RPMMatematikTahun5


KSSR SEMAKAN

Tahun 4    http://bit.ly/RPMMatematikTahun4kssrsemakan

Tahun 3   http://bit.ly/RPMMatematikTahun3

Tahun 2   http://bit.ly/RPMMatematikTahun2

Tahun 1   http://bit.ly/RPMMatematikTahun1


Mohon cikgu beritahu di komen jika ada kesalahan. Sudikan jawab di feedback form yang disediakan di blog saya.

TQ


SURAT MAKLUMAN TEMPLAT PELAPORAN TERJEMAHAN DAN PBD PENDIDIKAN KHAS

Mohon SU PBD rujuk surat dalam link di bawah:


http://bpk.moe.gov.my/index.php/bahan-kursus-orientasi-kssr-semakan-2017-tahun-3-dan-kssm-tingkatan-3-2018/2-uncategorised/131-surat-makluman-dan-templat-pelaporan-pbd-tahap-1-versi-terjemahan


Terus membawa kepada laman web BPK.




TEMPLATE PELAPORAN BPK SECARA ATAS TALIAN, terbaru September 2019

Assalammualaikum, selamat datang ke blog, SU PBS dan SU PBD.


TERBARU DARIPADA BPK by Noor Syuhada
Menjelang Oktober 2019, pelaporan akhir tahun bakal dikumpulkan. Terbaru daripada BPK, template pelaporan versi online/ atas talian yang boleh dibuka dalam Google Drive. Link boleh dikongsikan bersama rakan guru yang lain.

Namun, templat ini bertujuan untuk memudahkan kutipan data Tahap Penguasaan sahaja. Guru perlu menyalin data yang lengkap ke dalam templat pelaporan offline bagi mencetak pelaporan individu dan mencetak graf pelaporan.

Caranya, download Borang Data Bagi Google Drive.

Upload dalam Drive.

Buka file tersebut dalam Google Sheets.

Share dengan guru lain dengan cara tekan butang share. Copy link dan beri pada guru subjek.

Selepas semua selesai, copy data ke dalam template pelaporan offline.

Panduan ada disediakan.


Template tersebut boleh diambil di link berikut:

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/350-template-pelaporan-pbd-tahap-1


Link tersebut membawa kepada laman web BPK. Di sana juga ada template pelaporan versi terjemahan, bagi sekolah DLP.


Jika cikgu berhasrat melaksanakan pelaporan secara semakan no IC iaitu, ibu bapa boleh semak keputusan anak mereka di web sekolah, cikgu boleh ambil template di link berikut: (post saya terdahulu) Khas untuk sekolah biasa, bukan sekolah DLP.

https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/05/templat-pbd-tahap-1-dan-2-untuk-semakan.html


Sekian,