Friday, November 5, 2021

TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 6 2021- UNTUK PELAPORAN ONLINE

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Semua sedia maklum tahun 6 2021 akan menggunakan pelaporan templat baru yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Setakat hari ini ada dua versi berdasarkan tajuk templat yang dikeluarkan. Perkongsian kali ini saya muatturun versi 2.



 Maka post hari ini saya ingin berkongsi cara bagaimana saya mengolah templat pelaporan PBD itu menjadi semakan no IC atau maksudnya, waris hanya memasukkan no IC pada ruangan no IC dan sistem terus memaparkan slip pelaporannya. Kali ini ulasan guru kelas secara individu seperti templat pelaporan kssr semakan.


Tujuan mengedit templat menjadi semakan no IC kerana sekolah saya melaksanakan pelaporan di atas talian menggunakan Google Sites. Jadi bagaimana caranya? Cikgu-cikgu boleh menonton video yang saya buat ini ya. Terus tonton di youtube channel saya, Madam Syuhada. Tinggalkan tanda sokongan dengan menekan butang SUBSCRIBE dan loceng. Apabila saya muatnaik video baru, cikgu akan mendapat notifikasinya.

Video SIRI 1- edit formula jadi semak no ic


VIDEO SIRI 2- buat ulasan guru kelas seperti templat kssr semakan. 


Bagaimana cikgu-cikgu? Yakin tak nak edit templat pelaporan tersebut? Jika tidak, ambil sahaja yang saya dah siap buat ini. Copy link dan paste pada chrome tab. Enter. Kemudian pilih make a copy.



Semoga perkongsian ini berguna untuk pelaporan tahun 6. Sememangnya untuk tahun 6 semua sekolah akan mencetak slip dan serahkan kepada murid. Oleh itu, sama ada anda menjadikan ia online atau pun tidak terpulanglah kepada sekolah masing-masing.

Sekian. Terima kasih.

-MadamSyuhada-