Dah malam dah pun, sempat lagi buka laptop sekejap bagi berkongsi template pelaporan PBD seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ini.
Kenapa saya memilih Google Sheets sebagai medium pengisian data ini, saya dah terangkan dalam post sebelum ini. Antara sebabnya ialah, ia medium online. Sebarang perubahan terus disimpan secara automatik.
Sebenarnya template pelaporan ini kelihatan sama sahaja seperti template di BPK kecuali bahagian ulasan guru kelas. BPK menyediakan template dalam bentuk excel. excel sukar dikongsi, kerana perlu disimpan dalam satu komputer saja. Sedangkan templat terbaru, terdapat banyak subjek dalam satu fail. Ramai guru perlu berkongsi dalam satu fail. jadi solusinya, biarkan guru mengisi secara online dulu. selesai pengisian, cikgu boleh muatturun sebagai excel atau copy paste saja ke dalam templat BPK.
Namun, Excel dan google sheets ada perbezaan sedikit. Pertukaran Excel ke Sheets, ada drop down menu yang tidak boleh dijanakan dalam Sheets. Di sini, memerlukan sedikit editan. Saya terkial-kial membuat editan sebelum saya bertemu dengan Cikgu Hasya Yusof di alam maya.
Saya beroleh template pelaporan dalam bentuk Sheets ini daripada beliau. Terima kasih cikgu di atas perkongsian. Beliau juga
bersetuju untuk saya paparkan template pelaporan dalam Google Sheets di blog
ini bagi membolehkan guru lain juga berkongsi templat. Alhamdulillah.
Cuma bagi Pendidikan Muzik, template pelaporan diasingkan
daripada template gabungan, oleh kerana datanya agak sukar dikepilkan sekali. Buat masa ini, Tahap 2 masih menggunakan template yang sama seperti tahun lepas.
Ok, jadi cadangan saya, jika cikgu ingin mudah kumpul data secara online boleh gunakan google sheets. Selepas itu, jika cikgu ingin menyimpan dalam excel, cikgu download as excel, atau pun copy paste semula data ke dalam template EXCEL BPK.
Ok, jadi cadangan saya, jika cikgu ingin mudah kumpul data secara online boleh gunakan google sheets. Selepas itu, jika cikgu ingin menyimpan dalam excel, cikgu download as excel, atau pun copy paste semula data ke dalam template EXCEL BPK.
Link adalah seperti di bawah. SU PBS yang berminat boleh
muatturun dengan cara
1. 1. copy link di mana-mana chrome tab.
2. tekan enter.
3. Pilih Make a copy.
Siap. Sheet tadi sudah milik anda. Pastikan ingat disimpan
dalam Drive email yang mana. Kalau banyak email, memang seksa nak mencari fail
ini. Jangan lupa, tukar nama file ini mengikut kelas supaya mudah dicari.
Bagi berkongsi pautan dengan guru lain, cikgu perlu ikuti langkah di bawah:
1. Share(butang berwarna hijau)
2. ambil shareable link,
3. On-anyone with the
link can edit. (link boleh dikongsikan dalam group Telegram, tetapi kurang privasi)
4. Inginkan privasi, boleh kongsi template ini menggunakan email YES.
Pautan adalah seperti di bawah. Muatturun dengan mudah.
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Jika ada pautan yang silap atau tidak dapat diakses, mohon cikgu respon di comment ya.
Harap bermanfaat untuk semua. Jika berminat untuk berkongsi pengalaman sebagai SU PBS, boleh sertai saya di Telegram.
Sekian,
Madam.. Sy cuba make a copy yg tahun 1.senarai nama murid yg sy isi tidak auto generate untk sbjek2 yg lain. Knp ye?
ReplyDeleteformula terpadam ke?saya punya elok ja guna.mungkin masa copy paste nama terpadam kot. try make a copy lagi sekali.kalau tak boleh juga, join group telegram tu, pm saya ya.
ReplyDeleteAssalamualaikum, cmne nk join grup telegram?
Deletegroup telegram search Rekod perkembangan murid
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepuan, sy nk tnya, ni versi 3.0i ke?
ReplyDeleteya. tapi bukan yg ada DLP.
Deletedarjah 5 x dapat akses
ReplyDeleteKlik saja send email tu, nanti saya akan approve.
DeleteSalam puan kenapa tiada Bahasa Tamil?
ReplyDeleteterima kasih mdm syuhada. Mmg sgt2 membantu. Saya ambil utk tapak gabungan thn 5 & 6 di sini. dlm waktu2 ber pkp ni sgt2 menolong memudahkan pengisian data secara online. Cume utk subjek bahasa Tamil shj yg tiada. Kalau dilihat di laman web bpk sendiri dah mengeluarkan tapak sama mcm mdm syuhada buat ni utk memudahkan proses pengumpulan data..
ReplyDeleteSama2. Saya seronok dapat berkongsi.😄
DeleteSalam, puan ade templat gabungan utk ting 4 kssm
ReplyDeleteDi blog ni tak ada tingkatan 4. Cikgu rujuk laman web BPK ya.
Deletetemplat pelaporan bagi sekolah menengah tak ada ke
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI. BYK MEMBANTU TERUTAMA MUSIM PKPB NI
ReplyDeleteAssalam.. Saya gunakan template V3.1 translation. Tapi untuk subjek Math (DLP) dan Science (DLP) tak keluar pada pelaporan murid. Hanya murid no 1 yang ok. Ada sesiapa hadapi masalah yg sama atau tahu password duntuk unprotect template tersebut? Tq
ReplyDeleteAssalam.. Saya gunakan template V3.1 translation. Tapi untuk subjek Math (DLP) dan Science (DLP) tak keluar pada pelaporan murid. Hanya murid no 1 yang ok. Ada sesiapa hadapi masalah yg sama atau tahu password duntuk unprotect template tersebut? Tq
ReplyDeletesalam madam template untuk sek men ada tak
ReplyDeletetq
salam madam saya nak pakat template gabungan tahun 6 tak dapat buka..macam mana nak aksess
ReplyDeletebagi mendapatkan templat pelaporan sila berkunjung ke laman web bahagian pendidikan kurikulum, bpk. Di sana lebih tepat. Version terbaru.
ReplyDeletePost ini pada tahun 2019,bpk ada keluarkan versi baru, jadi saya sarankan semua pergi ke laman web bpk. https://madamsyuhada.blogspot.com/2020/12/muatturun-templat-pelaporan-pbd-di.html?m=1
ReplyDeleteAslmkm mdm syuhada...kalau seperti template pelaporan gabungan sekolah menengah untuk tingkatan 4..tiada pilihan subjek tassawur islam..bagaimana cara untuk mendapatkan subjek tassawur islam dalam pilihan subjek?
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih puan atas perkongsian. Semoga puan dan seisi keluarga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT aamiin ya Rab..
ReplyDelete