Saturday, August 5, 2023

TEMPLAT GOOGLE SHEET DATA UJIAN PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH

 Assalammualaikum, salam sejahtera kepada semua pembaca.

Lama tidak menjengah blog ini kan? Bermusim macam buah durian gak..hehehe.

Bagaimana cikgu merekodkan ujian pertengahan kali ini?

Kita tidak disediakan templat dan sistem pentaksiran (SPPB) pun tidak menyediakan pengisian ini. Sesi pertengahan hanya ada PBD Berterusan.

Jawapannya kena lah buat sendiri ya cikgu-cikgu. 😂


Ujian Pertengahan Sesi adalah inisiatif pihak sekolah. Ingat tak sekolah diberi autonomi untuk menguruskan pentaksiran masing-masing? Berdasarkan autonomi ini, sekolah buat ujian untuk persediaan murid menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik. Jadual Ujian Akhir pun dah keluar iaitu pada bulan Januari 2024. Elok lepas cuti sekolah dah ujian. Kalau murid tidak bersedia awal, haru biru jawapan mereka nanti. Tidak menepati standard yang kita mahukan kerana kurang latihan.

Maka sekolah buat pada sesi pertengahan ini untuk memastikan murid bersedia awal. Analoginya seperti perlawanan persahabatan. Sebelum berlawan sebenar di padang, pemain bola akan cuba bermain di perlawanan persahabatan bagi membiasakan mereka bermain dengan pasukan lain yang lebih hebat. Oleh itu, sampai pada masa perlawanan sebenar mereka sudah bersedia. Bayangkan ujian akhir sebagai medan perlawanan sebenar, manakala ujian pertengahan sebagai perlawanan persahabatan. Begitulah...

Di sini saya kongsikan templat sekolah rendah yang saya buat. Siap untuk pertengahan dan akhir sesi juga. Elemen lain seperti purata markah juga saya buatkan formulanya. Tahap Penguasaan automatik naik berdasarkan markah tahun lepas. 





Kalau cikgu pening tengok pertengahan dan akhir satu fail, boleh hide dulu column akhir tu. Di sini saya buat letak sekali pertengahan dan akhir kerana kami ingin melihat murid yang meningkat dan murid yang menurun untuk kami jalankan intervensi pada tahun berikutnya.

Subjek elektif saya asingkan tabnya kerana sekolah saya ada cara tersendiri semasa menganugerahkan kecemerlangan akademik. 

Setiap kelas maximum 45 nama sahaja. Slip pelaporan juga tersedia. Analisis kelas juga ada. Cuma kalau sekolah banyak kelas, kena copy dan paste data ke dalam templat analisis. Cukup 10 kelas sahaja. Lebih daripada ini tidak boleh guna.


Cikgu muatturun dan make a copy ya.

templat data markah dan tahap penguasaan ujian pertengahan sesi akademik.Slip pelaporan automatik jana data. klik nama murid. Hanya isi nama murid dan IC di tab Teras. Perbanyakkan file untuk kelas.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1gh0lAA7320D25ty3rakEgTTqtaCRf4Wld0C-MUWnd6Y/copy

templat analisis data ujian pertengahan sesi akademik. 

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1UsnvDiqBqxWjSZtb613nGqBEwg3u5zv61lFjp1Egizg/copy

Sebarang masalah boleh komen sini.


Harap membantu semua. 


Sekian.

Bye!