Showing posts with label BORANG SEMAKAN PBD SECARA ONLINE. Show all posts
Showing posts with label BORANG SEMAKAN PBD SECARA ONLINE. Show all posts

Monday, June 3, 2019

E TRANSIT FORM MUZIK TAHUN 1 VERSI GAMBAR DAN VIDEO

Assalammualaikum dan selamat pagi.



Saya tertarik dengan subjek muzik. Dengan masa yang agak terhad, cikgu masih boleh melaksanakan PBD dengan baik.

Jom kita gunakan teknologi yang ada pada hp kita.

Google sheets boleh meletakkan gambar dan juga link.

Menggunakan kelebihan ini, maka, cikgu muzik boleh terus merakam aktiviti murid dengan cara foto atau pun video. Selepas rakaman video diadakan, video perlu dimuatnaik ke dalam drive email.

Tak perlu susah payah, buka laptop. Buat saja di hp (perlu ada aplikasi google sheets di hp)

Upload video tadi di drive dengan cara:

1. Buka drive, tekan +. Cari upload. Pilih video.

2. Klik video tu, tunggu ja dia upload.

3. Lepas dah upload, klik sekali sampai keluar butang sharing. On kan sharing.

4. Copy link tersebut.

5. Apa lagi, silalah paste link sharing tadi ke dalam column di e transit form cikgu.
Ni adalah bukti PBD cikgu berlangsung dengan jayanya.

Rakam lah aktiviti murid yang layak dapat band 6, 5,4,3,2,1. Selesai satu perkara. Mudah. memandangkan Muzik hanya jumpa murid ni seminggu sekali sahaja.

Nak tengok video tak?



Jom ambil link di bawah.

Cara nak muatturun google sheets ini ialah,

1. Copy link di bawah.

2. Paste dalam chrome tab

3. Tekan enter

4. pilih make a copy.

5. Rename nama fail ini dan pastikan tahu lokasinya di drive.

http://bit.ly/etransitformMUZIKTAHUN1versigambarDANvideo

dah tak sabar nak muaturun ya? Ini untuk tahun 1, jika cikgu tahun lain nak guna boleh edit di tajuk dan standard pembelajaran.


boleh join saya di group telegram @borangtransitsecaraonline

EXPLORE TO BE EXPERT


E TRANSIT FORM SEJARAH TAHUN 5 VERSI GAMBAR

Assalammualaikum dan hai semua pembaca.

Saya edit juga e transit form untuk matapelajaran sejarah. Sejarah ni banyak juga topiknya. Jadi, tidak sesuai menggunakan google form. Ini kerana jenuh ler ckgu-cikgu isi banyak form. Bimbang pula tertukar nanti. Lagi satu, banyak kali perlu isi nama murid.

Oleh itu, kita boleh cuba menggunakan Google Sheets sahaja. Macam borang transit sebelum ini, versi gambar. Beri kelainan sedikit.

Kalau cikgu tidak berkenan gambar, boleh saja tidak letak gambar. Pilihan di tangan anda.

Cara nak muatturun google sheets ini ialah,

1. Copy link di bawah.

2. Paste dalam chrome tab

3. Tekan enter

4. pilih make a copy.

5. Rename nama fail ini dan pastikan tahu lokasinya di drive.


http://bit.ly/EtransitformSejarahtahun5Versigambar


Sila baca panduan yang ada dalam borang itu.


SELAMAT MENJAYAKANNYA.




E TRANSIT FORM-REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5 versi gambar

Assalammualaikum dan hai semua.

Sekali lagi saya berpeluang edit e transit form versi gambar bagi subjek RBT tahun 5. Jika tahun 4, dan 6 ingin menggunakannya, cikgu boleh rujuk panduan dalam link. Hanya tukar tajuk dan standard pembelajaran saja.

Google Sheets boleh digunakan online dan offline. Boleh off internet, tetapi perlu on internet semula untuk simpan data dalam drive.

Saya memilih Google Sheets, sebagai medium kerana senang ambil gambar dan boleh letak gambar hasil kerja murid juga. Sesuai e transit form ini bagi subjek yang banyak hasil kerja murid dan masa mengajar yang sedikit.

Cara nak dapatkan link,

Copy link di bawah, paste dalam chrome tab. Tekan enter. Make a copy. Sekarang sheets itu milik cikgu. Boleh edit tajuk file dan baca panduan.

http://bit.ly/etransitformRBTtahun5versigambar

selamat mencuba!

Sekian,


E TRANSIT FORM PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 VERSI GAMBAR

Hi teachers.



Saya berkelapangan menyiapkan e transit form PBD bagi Pendidikan Moral. Juga versi gambar. Lebih cekap jika kita meletakkan gambar murid di rekod PBD ini supaya mudah kita mengecam murid.


Form ini dihasilkan menggunakan Google Sheets. Ada beberapa perkara yang cikgu perlu buat bagi melengkapkan form ini. Saya tidak menyediakan semua kelompok. ini kerana, cikgu perlu duplicate sheets yang mengandungi gambar murid.

Ikuti langkah untuk ambil borang ini di bawah:

Copy link, Paste dalam chrome tab. Tekan Enter, Pilih make a copy.

http://bit.ly/etransitformPendidikanMoraltahun1versigambar

Baca panduan di dalam borang tersebut. Untuk melihat video boleh join group telegram saya atau lihat video di e transit form Pendidikan Kesihatan versi gambar.

Sekian,