Showing posts with label perspective. Show all posts
Showing posts with label perspective. Show all posts

Monday, July 1, 2019

Belum sampai seru!


Assalammualaikum wbt.

Salam sejahtera.

BELUM SAMPAI SERU!

Bermula 1 Julai 2019. Fasa baru dalam kehidupan seorang guru apabila kebiasaannya Frog VLE sentiasa meniti di bibir pihak pentadbiran, kini tinggal kenangan hehehe..seperti Lagu Saleem pula ya. Nak capai KPI penggunaan la. Macam-macam dikerah. Ilmu dicurah. Majlis pelancaran dibuat. Ibubapa diberi pendedahan.

Ya macam-macam dah buat. Itu lah bab teknologi ni, kita tidak boleh paksa. Sesetengah orang belum terbuka minda lagi. Seperti murid yang mempunyai pelbagai aras kecerdasan, begitupun guru. Ada yang cepat penerimaannya. Ada yang buat tak tau. Tapi kita tidak boleh menyalahkan mereka. Mungkin mereka ada pengalaman kurang manis dengan teknologi ini. Mungkin data internet mereka tidak cukup kuat. Mungkin kekangan akses internet. Mungkin belum sampai seru.

Saya sendiri lambat sampai seru. Sebelum ini, di awal penggunaan frog vle, saya pun sejenis buat tak tahu. Tak nampak pun apa gunanya. Mana tidaknya, asalkan rph siap, lembaran kerja ada, sudah lah. Saya tidak terfikir langsung tentang pentingnya ada DRIVE unlimited. Ada fungsi add on ke tak. Google form ke jauh sekali. Langsung saya tidak tahu.

Buat site jauh sekali. Malah sampai satu ketika, password dan email yes pun saya taktahu apa dia. Itu di zaman saya ada anak kecil-kecil. Setahun seorang lahir. Mana mungkin sempat saya teroka semua itu. Oleh itu, saya amat faham tentang kekangan sesetengah orang yang tidak ambil tahu tentang teknologi.

Sebab tu saya gunakan ayat belum sampai seru. Tugas cikgu-cikgu yang celik it inilah yang perlu bimbing guru-guru di sekolah sama-sama menggerak teknologi. Dalam tempoh interim ni, sama-sama kutip ilmu google classroom yang ternyata digunakan meluas oleh sekolah-sekolah lain di luar sana. Platform percuma yang banyak manfaatnya.

Ada sekolah yang telah menggunakan Google Classroom untuk erph, epbd, latihan kepada pelajar dan sesi perkongsian dengan waris. Tapi percayalah perjalanan penggerak di sekolah tersebut juga tidak mudah seperti yang disangka. Teruskan cerita kebaikan teknologi khasnya platform Google yang amat bermanfaat.

Saya sendiri masih belajar. Sungguh, jika tidak sampai serunya, saya pun masih buat tak tahu tentang semua anak-anak Google yang ada. Name it..Google Classroom, Google form, Google Sheets, Google Site, Google Slides, Google Translate, Google Assistant, Google Map, Google Photos. Rasa macam ada lagi tapi tak tertulis di sini…hihihi…

Apa pun, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Bagaimana sampai seru saya?

Bila saya perlu buat form untuk projek di sekolah. Dari situ saya mulai belajar dari You Tube.  Kesemua video yang saya lihat adalah video Bahasa Inggeris. Dari situ saya berniat untuk sharing sebanyak mungkin info supaya orang lain boleh sampai seru juga. Hehehe.. Saya merancang untuk menggunakan Bahasa Melayu supaya lebih ramai yang tahu.
Perlahan-lahan ilmu masuk. Kemudian, saya sertai taklimat erph dan dalam masa sekejap saya dah faham tentang DRIVE. Tentang sharing link, duplicate tab, Google Sheets.. Menderu ilmu itu masuk asbab saya merancang untuk berkongsi. Sungguh Allah bantu. Saya percaya semakin saya berkongsi semakin banyak ilmu masuk. Bagi saya dapat ilmu pun satu rezeki. Walaupun ia tidak menambahkan duit poket saya, rezeki ilmu membuatkan saya bersemangat semula.

InsyaAllah, orang lain pun pasti akan sampai serunya!

Teruskan berkongsi betapa mudahnya teknologi dalam kehidupan seorang guru jika dimanfaatkan sepenuhnya.

Khasnya, penggunaan teknologi dalam pentaksiran bilik darjah. Sangat berguna. Di bawah adalah contoh di mana saya menggunakan kemudahan yang disediakan Google/ Telegram/Blog/Facebook dan ada yang belum saya gunakan tetapi merancang untuk mengaplikasinya.

  • -          Gunakan Google Sheets share template
  • -          Gunakan Google sites untuk semakan PBD secara online
  • -          Gunakan Google form sebagai rekod perkembangan murid/ transit form
  • -          Gunakan Google Sheets sebagai e lesson plan
  • -          Gunakan Google Classroom untuk perkongsian PLC panitia/intervensi
  • -          Gunakan Google form untuk kehadiran murid kokurikulum/ibubapa/kelas tambahan/guru
  • -          Gunakan Google Form untuk PILL
  • -          Gunakan Google Sheets sebagai borang transit versi gambar
  • -          Gunakan Blog sebagai tempat simpanan bahan di samping berkongsi dengan guru lain
  • -          Gunakan Telegram Private Group untuk simpan link e borang/ password atau gambar
  • -          Gunakan Evernote apps sebagai simpanan lembaran kerja, voice audio selepas PBD dan hasil kerja murid.
  • -          Gunakan Google Assistant untuk menguji Skill Speaking murid TP 6.
  • -          Gunakan Facebook untuk simpanan gambar aktiviti sekolah. Walaupun beratus gambar ada dalam FB, lebih mudah cari gambar di situ berbanding simpan dalam Google Photos.
  • -          Gunakan Google DRIVE untuk simpan data PBS dan PBD sepanjang tahun. Setakat ni dah ada data untuk dua tahun. (baru dua tahun celik teknologi. Hehehehe)
  • -          Gunakan Onedrive untuk buka excel secara online (template PBD online)
  • -          Tambahan Cloud Printer untuk mencetak dokumen atau gambar langsung dari telefon pintar.


Bagi yang berminat, cuba dahulu menggunakan teknologi yang ada. Masa mula-mula belajar, gunakan laptop dahulu. Selepas sudah mahir, guna telefon pintar pun semudah ABC. Segalanya di hujung jari.

Sehingga sampai serunya…

Sekian,






Sunday, June 2, 2019

PBD transit form. Is it necessary?


Is it necessary to have a transit form for PBD?


Assalammualaikum teachers. Hi. Good morning if it’s still morning when you are blogging here.
Some ask me is it necessary to have a transit form for PBD?

Frankly speaking, YES. We enter the class and we did PBD. There must be a systematic way to record our assessments. If not, we tends to hesitate when we award PL (performance level or Tahap Penguasaan in BM).

By recording the PL in a systematic way, we can monitor their progress from Januari to November.
Also, we can see some pupils excel differently. Some pupils (I name them pupils type A) score in listening and speaking (due to exposure to English movies), however, lack in reading and writing. A few of them, master all the skills. (for their age)

Unfortunately for those who did not prepare the transit form, he could misinterpret pupils type A. This is because, the writing and reading exercise are easier to evaluate in the classroom. Speaking and listening activities too must be conducted and evaluated for each of the pupils.
Therefore, making the transit form a friendly task, is a must.

Ask yourself,
1.   do you like looking at notes?

2    2.  Do you like technologies?

3     3.  Do you like to jot down in a printed form?

If your answer is Yes for the first question, you can have a transit form in a notebook. Jot down every lesson there. Include the date, and pupils’ name. Group the pupils into their PL. Monitor their progress and jot down in your notebook. Make sure, you bring the notebook everyday at school.

If your answer is YES for question no 2, you might want to try the e transit form. No need to use the pen anymore. Simply hit the PL in your smart phone and submit. Done. No need to print them out. It's easier when you transfer the PL to the template pelaporan, the data is there. Don't think too much.

If your answer is YES for question 3, you can print the transit form, or print the template pelaporan and jot in there. Make more columns that can fix all the data. Compile them in your record book/record file.

Another suggestion is, you can write the pupils’ name in the lesson plan. After the lesson, jot down the PL for all of them. You can use EVERNOTE application, to record the data, or audio if you are in a hurry. Then, transfer the PL to your lesson plan. However, it doesn’t compile all the data in one form. Still, you have to refer to each of the lesson plan.

Teachers too have multiple intelligences.  Choose the best method that suit your interest. Some teachers have small numbers of pupils. Some have 40 pupils maximum. Some teachers had to teach 11 to 14 classes. Some less. Choose the easiest way for you as long as the PL recorded.

What if,
“My answer is NO to all of the questions.”
OMG!!! Huhuhu..
Don’t worry teachers, I have a solution for you.

You can have the Summative assessments every month to check their progress.
(reminder: summative assessments is not a test for level 1, please conduct the  summative assessments in a fun way , project, roleplay, quiz and more. for level 2, it's ok to have a test. The test can evaluate their PL)
Keep all the docs with you. When it’s time to award PL at template pelaporan refer to the docs. I just could not imagine how many docs do you want to keep? Hmmmmmm…

Do you have any other solutions for the NO answer?

Drop a comment. Let’s discuss.

Regards,