Monday, December 21, 2020

Platform baru seperti facebook dan telegram bagi pengguna emel DELIMA.

 Assalammualaikum  dan salam sejahtera. 


Tonton video di sini, 

https://youtu.be/Fj5uIuk7z24

saya terpanggil untuk berkongsi app menarik ini setelah group telegram saya diceroboh oleh scammers.  boleh baca dalam artikel ini. 

https://kenascam.com/2020/scam-derma-simpati-banyak-cerita/

nama beliau ada disebut.

Rentetan kecewa, dan rasa bersalah sekiranya ada sesiapa dari group yang terkena,  maka,  saya tutup writing msg di group.

Oleh sebab saya sememangnya telah menyertai Google Currents iaitu sebelum ini dikenali sebagai Google+ pada awal tahun ini,  saya mula menghasilkan video ini.

Moga lebih ramai menyertai Google Currents email DELIMA.

GUNAKAN KEMUDAHAN YG DIBERI KEPADA KITA.

jom sertai group GOOGLE CURRENTS saya:

-pentaksiran bilik darjah (SU PBD)

-ENGLISH MATERIALS LEVEL 1(PRIMARY)

Hanya buka communities, anda akan temui group saya di situ. 


beberapa perkongsian saya tentang app lain di sini

Rakam video dan wajah serentak dengan app....

https://youtu.be/rIUYwAy_L0o

terkini di ZEPETO,animasi untuk buat video pendidikan

https://youtu.be/lXLPPfAa8gw

app membaca bahasa inggeris dengan teknologi speech recognition. Anak anda pantas membaca bi seawal usia 5 tahun.

https://youtu.be/ctH8h9EGAhs

belajar guna google lens, di mana kita boleh cari nama bunga atau haiwan atau apa sahaja hanya berdasarkan gambar.

https://youtu.be/mptAZSxkk18

buat lembaran kerja dengan Canva

https://youtu.be/CoS8lHjVjUo

semua tutorial app ini ada dalam satu playlist.

jemput tonton.

jika ia bermanfaat, ketik butang subscribe ya..

tentu saya bersemangat untuk berkongsi lagi. terima kasih.


Muatturun Templat Pelaporan pbd di portal BPK


Di mana kita boleh muatturun templat pelaporan PBD? 

Pastikan kita sentiasa cakna tentang templat terbaru di laman web bpk. 




Pautan laman web BPK sekolah rendah:

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah


Pautan laman web BPK sekolah menengah

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-menengah


Pautan laman web BPK Pendidikan Khas

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pendidikan-khas


Pautan laman web BPK pra sekolah

http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pra-sekolah


Saya kongsikan pautan di atas.  Mungkin SU PBD baru dilantik dan tidak tahu di mana mendapatkannya.  


Jika perlu tonton video, di sini ye

https://youtu.be/l6bE636xiWU


Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya di group Pentaksiran Bilik Darjah (SU PBD). GROUP ini khas bagi pengguna emel delima. 


Tonton video di bawah tentang cara muatturun  app ini. Ia bukan TELEGRAM,  DAN BUKAN FACEBOOK.

https://youtu.be/Fj5uIuk7z24

jom sertai saya. 


Sekian, 

MadamSyuhada




Saturday, November 21, 2020

Google Form pdpr

 Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera di mana sahaja anda berada.


Di sini saya kongsikan cara akses Google form pdpr dan juga cara simpan pautan dalam telefon pintar. 



Mudah sangat. Tidak perlu lagi kita buka laptop. Kadang laptop yang lama, lambat proses bukanya. Pada masa yang sama kita mengejar masa untuk  mengisi sebelum sekian sekian waktu. 


Ok boleh tonton di video ini.

https://youtu.be/VvTTRkZTIOk

Terima kasih. Harap bermanfaat. 

Saturday, October 10, 2020

FREE ENGLISH LESSON VIDEOS -TEAM AKADEMI YOUTUBER GURU MALAYSIA

Akademi Youtuber Guru Malaysia or known as AYU is a platform that unites teachers who are interested in becoming content creators on youtube. AYU is managed by edidik Malaysia and in collaboration with Kelab Guru Malaysia. More information needed about this academy, please proceed to the website. www.akademiyoutuber.com




From batch one intake in July 2020, AYU teams have created educational videos based on Malaysia curriculum. They cover all subjects in school and pre-u.

I am honoured to be a part of AYU Awesome English Team, 54 MEMBERS of passionate English teachers. We might not many but we are endeavour in the mission to provide awesome English teaching and learning videos. 

Know us?




You are invited to our channels:

PRIMARY SCHOOL TEACHERS:

2. Teacher Vidhiya : youtube.com/c/TeacherVidhiya
3. Teacher Idayu : youtube.com/teacherIdayu
4. Ms Zatusy Naim: youtube.com/zatusynaim
7. Teacher Yatie Ishak : youtube.com/c/yatiecender
8. Teacher Amy : youtube.com/c/Amymy17
10. Ms Delima : youtube.com/MsDelima
13. Teacher Su Wan : youtube.com/c/LIMSUWANMoe  

24. Suraini 
Salleh:

25. Teacher Ellie Nor Suhaili

26. Teacher Emyra

27. Teacher MimaAzlina

28. Teacher Gokila

29. Mr. Naga Pillai


SECONDARY SCHOOL TEACHERS:

Channel: Educator OmniTube

Channel: Betty D Primus

Channel: Teacher Emily John 

Channel : Teacher Manjit Kaur

Channel : Cikgu Giri

Channel :Cikgu Aishah

Channel :Teacher Heidi

Channel : Su Wan Lim

Channel : BlessedFairy

Channel : WoW English by Teacher Lan

Channel:春莲老师

Channel Sir Hafiz

Channel Teacher Sundari

FORM 6 AND MATRICULATION TEACHERS:
                                   1.https://www.youtube.com/c/YenChe                                                                       2.https://youtube.com/c/MsCheah2Y                                                                                         3.http://www.youtube.com/c/VinaDcruz5




 



In addition,  we categorized these videos into 5 playlists. Videos will be added gradually, so stay tuned and keep supporting us.

Meanwhile, come and check out the videos which are already in the playlist.

Here's the playlists:

PRIMARY SCHOOL

1. year 1,2,3

http://bit.ly/year123playlist


2. year 4,5,6

http://bit.ly/year456playlist


SECONDARY SCHOOL

1. form 1,2,3

http://bit.ly/form123playlist

2. form 4,5

http://bit.ly/form45playlist

3. form 6 and matriculation

http://bit.ly/form6matriculation



Don’t forget to LIKE, COMMENT and SUBSCRIBE to our channels to show your love and support. 


Share this post to all your friends and family. 

Spread knowledge.

Viral our videos to the world.

Thank you so much, from the bottom of my heart.


Regards,

Madam Syuhada
AYU AWESOME English members.

Saturday, July 18, 2020

Menghasilkan Video Mesej di Whatsapp sebagai video pengenalan diri/pdp

Assalammualaikum  dan salam sejahtera.

Saya berkesempatan menghasilkan satu lagi video tutorial bertajuk Buat video Mesej Perbualan di Whatsapp sebagai video pengenalan diri/pdp.


Ha panjang tajuknya. Video pengenalan diri ini saya hasilkan dengan menggunakan aplikasi di google playstore. 

Video tutorial dikongsikan di youtube channel MadamSyuhada. Channel yang wujud dan aktif asbab PKP/MCO.



Sudilah subscribe channel MadamSyuhada sebagai tanda sokongan. 

Silakan menonton. Explore to be Expert. Buat tanpa nanti, Buat sampai jadi.


Saturday, July 4, 2020

TEMPLAT ANALISIS DATA PBD VERSI 2020-2022 (SEKOLAH RENDAH)

Selamat datang ke blog MadamSyuhada.

Hari ini bersiaran tentang templat analisis PBD yang terbaru. 



Tahun lepas saya dah kongsikan, setahun saya guna templat tersebut saya dapati tiada graf dijanakan, (tak terfikir pula pasal graf) Oleh itu, nekad, tahun ini saya masukkan graf sebiji seperti templat BPK. Bukan apa, tahun lepas saya perlu pula hantar graf keseluruhan mengikut tahun. Kita sedia maklum kan templat PBD dari BPK mengikut kelas. Maka, gigih lah saya edit graf keseluruhan supaya muat untuk semua murid mengikut tahun.

Justeru, tahun ini, saya buat 2 in 1. Analisis dan graf.

Perhatian:

Dalam templat ini, maksimum 10 kelas. Jika kelas cikgu kurang daripada itu, boleh hide row tersebut. Klik kanan pada row dan pilih hide.



Templat ini dibuat untuk sekolah rendah, (SK). Jika cikgu dari SJKC atau SJKT, cikgu perlu edit nama subjek kepada subjek di sekolah. Formula tidak perlu kacau. Contoh, ganti Bahasa Arab kepada Bahasa Cina. 

Jika cikgu dari sekolah menengah dan ingin guna juga, perlu edit nama subjek, dan tajuk pada graf. Formula tidak perlu diubah.

Templat ini mengandungi ruangan isu dan intervensi bagi murid yang tidak melepasi tahap minimum. Saya buat begini di sekolah saya, sebagai salah satu amalan terbaik PBD sekolah saya. Ia bukanlah bermakna kita wajib berbuat begini ya. Jangan salah faham di sini. Bimbang nanti dianggap wajib sehingga ada yang rasa membebankan. Jika mahu boleh teruskan. Jika tidak mahu, boleh padam bahagian tersebut.

Templat ini dalam Google Sheets. Ini kerana Setiausaha akan berkongsi link bersama guru kelas. Jadi lebih mudah ia berada dalam Google Sheets. Malah data ini selamat tersimpan dalam Drive. 

Bagi KSSR tahun 5 dan 6, saya tidak buat analisis. Ini kerana saya menggunakan templat PST6 yang dikeluarkan oleh BPK. Sudah sedia ada analisis.

 Dalam templat analisis ini, saya sediakan terus tahun 5 2021 dan tahun 6 2022. Jika ada perubahan subjek saya akan kemaskini.

Cara isi data:

1. Taip nama sekolah di ruangan nama sekolah.
2. Isi data nama guru yang mengajar dan data TP ruangan TP mengikut subjek. Lihat gambar. Cara isi boleh ja Setiausaha buat semua, jika rajin. hehehe.. Nak kongsikan dengan guru kelas pun boleh. Tekan butang share, taip email mereka, jadikan mereka editor.


3. Jumlah murid dan bahagian analisis data akan keluar secara automatik. Cuma pastikan formula tidak terpadam.



4. Graf juga akan dijana secara automatik. Pastikan jumlah murid sama dengan analisis. Lihat graf keseluruhan mengikut subjek pada tab graf tahun.




Bagaimana cara memuatturun?

Copy link di bawah, tampal pada chrome omnibox. Pilih make a copy.


https://docs.google.com/spreadsheets/d/1lWBvkEy_cGGwDPPNl8epgSfqwInODJPh6Wv0MC11lQ0/copy


Jika ada data yang tidak keluar/formula bermasalah, mohon beritahu supaya saya boleh tukar di fail utama. 

Boleh beritahu kawan-kawan setiausaha PBD jika memerlukan templat analisis ini.

Sekian,

Moga bermanfaat.

Update 25/12/22- template ni dah berubah dah dari asal yg saya buat, ada yang dah teredit dari mastercopy. Mohon maaf sekiranya lain daripada yang saya tulis sebelum ini. Cikgu yang edit ni, saya mohon halalkan kpd rakan guru untuk guna sementara.  Saya akan cuba cari kot ada salinan lain. 

 Terima kasih

Saturday, June 20, 2020

SISTEM SEMAKAN ALAMAT EMEL DIGITAL LEARNING


Assalammualaikum, salam sejahtera. Semoga semua sihat hendaknya.

Sebagai memenuhi tuntutan tugas SU PBD yang perlu membina site sistem semakan PBD (bukan paksaan, atas amalan terbaik sekolah), saya terpanggil berkongsi satu lagi templat untuk semakan emel digital learning.

Kenapa lah SU PBD pula sibuk buat templat penyelaras digital learning ni? hehehee..

Bukanlah menyibuk tugasan orang lain pun sebenarnya.



Saya membangunkan site semakan PBD di mana murid perlu sign in emel moe mereka. Justeru, apabila site semakan dibuat seperti itu, pastinya mereka akan bertanya, email saya apa ya? password apa ya? Pakat semua tanya pengsanlah cikgu ni. Maka, inisiatif ini diharap dapatlah membantu mereka semak emel masing-masing di site PBD. Letak siap-siap di situ, harapnya tiada pertanyaaan tentang emel masing-masing ya.

Bagaimana sistem semakan ini berfungsi? Ibu bapa/penjaga akan menaip no ic/mykid murid di google site, dan data emel dan password pun akan keluar. (Saya set dengan password)

Berminat?

Silakan muatturun.

Jawab form di bawah. Tekan submit untuk mendapatkan link google sheets templat semakan.


Selepas cikgu submit, baru ada link diberikan. Copy link dan paste kat omnibox chrome. Pilih make a copy.

Dokumen yang baru cikgu muatturun tadi adalah dokumen dalam bentuk Google Sheet. Bagi membina sistem semakan, cikgu boleh memuatnaik templat ini di Google Site secara embed di site. Akan tetapi, cikgu perlukan ia dalam bentuk Excel. Saya tidak mahir menggunakan Excel, sebab itu saya buatkan templat ini dalam Google Sheets. Entah kenapa, saya rasa Sheets lagi mudah berbanding Excel.

Oleh itu, langkah seterusnya adalah:

1. Muatturun templat sistem semakan kepada Excel

Tekan file, downoad, excel.

2. Buka file Excel tadi dan semak templat. Copy dan paste data seperti no ic murid dan nama murid ke dalam ruangan yang disediakan. 

3. Simpan dalam dokumen dengan nama yang mudah diingati.

4. Sekarang, bukan onedrive. (www.onedrive.live.com) Buat akaun jika belum ada. 

5. Apabila dah ada akaun onedrive, upload dokumen ini di sana. Kini, dokumen tersebut telah berada dalam onedrive. 

6. Cuba dulu, dengan menaip no IC murid beberapa orang sebelum embed di Google Site.Jangan lupa hide tab yang ada no ic tadi tu. Kalau tak hide, pelajar akan dapat lihat semua data.

7.Sekarang, tekan File pada excel onedrive, tekan pula SHARE.


8. Pilih embed. GENERATE. Kemudian, akan keluar paparan tentang embed tadi. Tanda ✔️ pada kotak yg hide row and column, let people write in the cell, dan start with this cell(select sel no ic tu) untick download link, sebab nanti bimbang waris dapat download file excel dan boleh unhide data.

9. Copy embed code tadi.

10. Sekarang, buka site ini


11. WAJIB tekan titik tiga pada site, ambil Duplicate Site. Ya wajib. Sebab kalau cikgu tak duplicate, cikgu akan edit di templat asal. dan masalah besarnya ialah, orang lain akan ambil templat cikgu dan data sekolah cikgu. Kena betul-betul fahamkan bahagian duplicate site ni. So, pilih duplicate site.

12. Pilih folder di drive mana nak simpan duplicate site ini. Atau boleh buka emel, akan ada dalam emel juga.

13. Sekarang, terpulanglah cikgu nak edit site bagaimana. Nak mekap warna pink semua ke, warna pelangi ke, ha, it's yours. Jangan ambil templat asal saya punya sudah..hehehehe

14. Embed code yang kita copy dari Excel tadi di ruangan yang saya sediakan ya.

15. Dah siap, share dengan waris. Tapi kena PUBLISH site dulu.

16. Copy link dan edarkan kepada waris/ibubapa.


Buat permulaan, serah site kepada waris-waris guru dahulu sebelum edarkan kepada orang lain ya. 

Tahniah, kerana telah berjaya membuat sistem semakan emel digital learning.

Kalau belum buat pun tidak mengapa, ucap siap-siap. 😄

Peringatan mesra, cikgu perlu memastikan password yang ditulis pada templat semakan, adalah password yang terkini. Jika cikgu rasa keliru, senang cerita, hide sahaja row password itu.

Berikut pautan untuk melihat tutorial secara dalam video.



Sekian. MOGA BERMANFAAT.