Assalammualaikum dan hai semua.
Dalam menjalankan tugas sebagai SU PBS, kadang kadang ada masanya terkejut dengan permintaan daripada pihak PPD yang datang secara tiba tiba.
Baru baru ini, saya mendapat satu arahan untuk menghantar data PBD bagi subjek Matematik, BM, Bahasa INGGERIS bagi tahap 1.
Terkejut sangat mendapat arahan pada jam 1 petang, dan perlu kumpulkan data jam 9 pagi esoknya.
Gelabah? Ya..
Namun, ada sesuatu positif berlaku membuatkan saya ingin berkongsi di sini.
e transit form yang saya hasilkan ini, mudah diakses. Ia membantu saya dalam situasi ini. Di mana, buku rekod tinggal di sekolah, data TP murid yg bertulis semua di sekolah. Tetapi kerana data TP murid saya dah masukkan dalam e-transit form, maka mudah sungguh saya selesaikan bahagian BI Tahun 1 kelas saya.
Bahagian saya dah selesai. Bahagian subjek lain belum lagi. Doakan saya. rasa ralat juga tidak dapat menjalankan tugas seperti arahan. Perlu kumpul data satu sekolah, bukan sesuatu yg mudah. Inilah cabaran tugas SU PBD.
SENTIASA PERLU BERSEDIA dengan tugasan yang mencabar dek kekangan masa.
SEKIAN
-madamsyuhada-
Special Blog from a teacher to the teachers. Posts are written in English and Bahasa Melayu depending on the contents.All shared documents are not allowed for financial purposes. Respect the inventor/creator/writer of a blog. Simply acknowledge other's materials by giving credits when sharing. Search the link at the right side of my blog to get the materials regarding PBS/PBD/E lesson plan and E transit Form.
No comments:
Post a Comment