Friday, May 31, 2019

E LESSON PLAN FOR ENGLISH (YEAR 2) CEFR 2019

Assalammualaikum and hi teachers.



Welcome to my blog. Here's I'm sharing the e lesson plan for year 2. Before you could reach the link please fill in the form. Hit SUBMIT to be able to copy the link.


You can take a look at the video i prepared for year 3. This shows how to use the dropdown menu, to edit the class name and your pupils' name.





To be able to edit using your smart phone, please install the apps SHEETS. Download from the playstore. It's free!

Below is the form.



*credits to the teacher who uploaded this lesson plan somewhere at Facebook. I can't remember her name. I'm using her lesson plan for two years. Now, I copy the layout and edit into Google Sheets, but, still i love the pencils clip art.. If you happen to read this teacher, please comment.*

Update: video of how to edit the lesson plan

E LESSON PLAN FOR ENGLISH (YEAR 3) CEFR 2019

Assalammualaikum and hi teachers.

Here's I'm sharing the e lesson plan for Year 3, English CEFR 2019.


This year, pupils use The Get Smart Book.

The lesson plan  i designed is in Google Sheets, therefore you can edit and type in using your mobile phone. Please install the App sheets application from the playstore.

Below is a video of editing the lesson plan by mobile phone. I also insert how to edit the class name in the dropdownmenu tab. You can also edit your pupils' name at the lesson plan. The pupils' name is very important. If you havent got time to update your transit form, use your lesson plan to write the performance at the pupil's name.









*credits to the teacher who uploaded this lesson plan somewhere at Facebook. I can't remember her name. I'm using her lesson plan for two years. Now, I copy the layout and edit into Google Sheets, but, still i love the pencils clip art. If you happen to read this teacher, please comment.*

Regards,




Thursday, May 30, 2019

E LESSON PLAN FOR ENGLISH (YEAR 1) CEFR 2019

Assalammualaikum and hi teachers.



Recently, I edited my lesson plan into Google Sheets. It seems easy to edit and write the lesson plan using my hp, which i brought everywhere except to the washroom. hehehehe..

I had made some drop down menus. The pre lesson and the post lesson also are written in the drop down menus. Therefore, it's time saving. Just type in the lesson development and select the dropdown menus. Done!

Open your laptop to print it. Unless you have the wifi printer that can connect with your hp. I don't have that at the moment..hmmmmm...

Before having this e lesson plan, check out the video below. You might want to watch how to edit and write using hp. This can be done when you have the Sheets application. Just download from the playstore.



Here's how to have this e lesson plan. Fill in the Google form and submit. The link will be appeared after you submit the form. Copy the link, and paste in the chrome tab.thank you all.





*credits to the teacher who uploaded this lesson plan somewhere at Facebook. I can't remember her name. I'm using her lesson plan for two years. Now, I copy the layout and edit into Google Sheets, but, still i love the pencils clip art.If you happen to read this teacher, please comment.*


Regards,


Tuesday, May 28, 2019

7 Cara Membantu Guru yang Sukar Mengingati Nama Murid dalam Perlaksanaan PBD

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.



Tajuk post ini sudah cukup menjelaskan dilema para guru dalam melaksanakan PBD secara berkesan.

Bukan semua guru terlibat. Guru yang mengajar dan berjumpa murid sejam seminggu akan menghadapi masalah ini. Namun, sekali lagi saya tegaskan bukan semua guru. Kesukaran ini hanya dihadapi oleh guru tertentu sahaja. Faktor usia juga memainkan peranan kenapa ada yang tidak dapat mengingati nama murid mereka.

Saya memandang sesuatu masalah sebagai satu peluang menyelesaikan masalah. Justeru, apakah penyelesaian masalah ini?

Penyelesaian pertama

Ambil gambar semua murid, asingkan lelaki dan perempuan. Cetak gambar tersebut, minta murid menulis nama mereka di gambar tersebut. Bukan cikgu yang tulis, biarkan murid menulis sendiri. Ini kerana, cikgu akan mudah mengecam tulisan murid andai kata murid tidak menulis nama pada lembaran kerja. Hebat betul cikgu selepas ini. hehehehehe...

Selalulah melihat gambar murid sambil mengingati nama ringkas beliau.

"Eh, macam banyak masa pula nak menghafal nama murid ni?"

Yalah cikgu, masalah amat besar jika tidak ingat nama murid. Sekarang zaman murid dinilai secara individu. Zaman Pentaksiran Bilik Darjah. Jika kita tidak mencari jalan penyelesaian, kita juga yang susah melaksanakannya.

Penyelesaian Kedua

Masalah akan datang apabila perlu mengisi template pelaporan murid. Cikgu perlu membuat rekod transit sendiri. Letakkan gambar murid bersama nama mereka. Saya lebih suka menggunakan borang online. Cikgu boleh copy paste contoh borang semakan online yang saya buat dengan gambar murid di situ. Saya percaya subjek yang mencabar mengingati nama murid ialah subjek Sains, PJPK, Bahasa Arab dan Pendidikan Kesenian.

http://bit.ly/etransitformPendidikanKesenianVersiGambar



Penyelesaian Ketiga

Bersegera membuat penilaian PBD. Selesaikan sebelum keluar kelas. Contoh, mengenal benda hidup, terus tandakan TP murid dalam buku rekod mengajar. Sempat lah nak tanya murid, "Kamu nama siapa sayang?" tanyalah dengan penuh kelembutan supaya murid tidak kecewa, cikgu tidak kenal namanya.

Penyelesaian no 3 ni seperti susah nak buat, tambahan mengajar tahap 1. Semua cikgu kena pantau.

Jangan bimbang, jika tidak berdaya menulis di dalam buku rekod pada masa tersebut, kita gunakan teknologi. Baca seterusnya.

Penyelesaian Keempat

Bersegera membuat penilaian PBD dengan menggunakan aplikasi HP. Saya selesa menggunakan Evernote (ikon gajah bewarna hijau) Cikgu boleh muatturun di Play Store, ianya percuma.

Evernote boleh rakam suara secara audio. Oleh itu, selepas keluar kelas, segera lah bercakap di audio tersebut dan rakam lah. Siapa yang mencapai TP tersebut, siapa yang tak buat kerja, dan siapa yang perlu bimbingan. Selepas rakam dalam 1 minit tu, cikgu boleh lah teruskan kerja lain, apabila berkelapangan, jangan lupa isi dalam rekod transit masing-masing.

Penyelesaian Kelima


Gunakan HP juga, ambil gambar aktiviti dan murid yang terlibat. Sebagai contoh, pada sesi pdp tersebut, cikgu menguji TP 5. Ambil gambar mereka yang mencapai 5 saja. Send gambar tersebut ke dalam Private Group Telegram atau buat folder khas untuk kelas dalam hp tersebut. Jika cikgu dah buat Penyelesaian pertama tadi, cikgu dah boleh isi nama murid yang mencapai TP 5 dalam rekod transit. Rujuk je gambar kelas yang diambil awal tahun.

Penyelesaian Keenam

Biar murid berada dalam kumpulan yang sama selama sekurang-kurangnya dua bulan. Nampak kaedah ini macam membosankan saja kan? Yalah murid itu tidak bertukar tempat duduk langsung. Sebenarnya, kedudukan murid itulah membantu kita guru mengecam mereka dengan mudah. Saya sememangnya tidak menukar tempat duduk murid dengan kerap. Saya membentuk mereka serasi dalam satu kumpulan. Selain itu, ia membantu guru lain memerhati mereka dengan berkesan.

Penyelesaian ketujuh

Kaedah ini memerlukan kerjasama pentadbiran sekolah khasnya GPK1. Beliau insan bertanggungjawab menyusun jadual mengajar cikgu. Seharusnya, dengan rendah hati, minta lah pada GPK1 untuk mengajar kelas yang sama tetapi subjek yang berlainan. Sebagai contoh, cikgu mengajar sains, PJPK, Pendidikan Kesenian di kelas yang sama. Lagi banyak masa bersama murid, lagi senang cikgu mengecam murid.

Saya berharap cadangan penyelesaian ini dapat membantu guru mengingati nama murid. Sejujurnya, saya sendiri mengambil masa sebulan untuk mengecam murid, sedangkan saya bersama murid 9 masa setiap minggu.

TP murid ini penting bagi melihat perkembangan mereka secara menyeluruh. Cikgu pasti teruja apabila melihat murid berjaya menapak daripada TP3 ke TP4 dan seterusnya. Untuk melihat ini, cikgu perlukan rekod transit yang bersistem dan kemahiran mengecam yang konsisten.

 InsyaAllah, habis usaha, kita mohon doa moga Allah bagi ingatan yang kuat dalam menjalankan amanah Allah ini.

Sekian,



*Segala pendapat dalam post ini adalah ilham daripada Allah SWT. Tiada kaitan dengan sesiapa berdekatan atau bersekolah bersama saya*



E transit Form Pendidikan Kesenian (Seni) Tahun 1 versi gambar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah hari ni saya mendapat ilham untuk membuat e transit form versi gambar.

Saya menggunakan sepenuhnya Google Sheets, walaupun sebenarnya saya suka Google Form. hehehehe..

Google Sheets, boleh insert picture, jadi senang, membantu guru-guru yang tidak cam murid dan pada masa yang sama boleh juga letakkan gambar hasil kerja murid.

Saya selesai membuat e transit form bagi subjek Pendidikan Kesenian Tahun 1 Subjek Seni.

Oleh itu, cikgu yang berminat boleh lah klik link di bawah ya.



Atau  pun paste link ke dalam chrome tab. Tekan enter. Pilih make a copy.

http://bit.ly/etransitformPendidikanKesenianVersiGambar

Paparan Google Sheets akan kelihatan. Cikgu perlu edit tajuk dan simpan dalam folder.

Boleh baca panduan dalam google Sheets tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Selamat Mencuba!


EASY E TRANSIT FORM BAHASA ARAB TAHUN 1

Assalammualaikum semua.



Ustaz ustazah yang berminat dengan e transit form bahasa arab ini, boleh lah muatturun di link di bawah.

Terlebih dahulu saya terangkan bagaimana transit form ini berfungsi. Ia menggunakan Google Form. Ustaz dan ustazah perlu mengisi form tersebut setiap kali lepas pdp. Jika tidak sempat, boleh catat di buku nota kecil dahulu sebelum memindahkan data ke dalam Google Form.

Google form akan menjana data secara automatik ke Google Sheets. Jadi, borang semakan kita mudah di baca di google sheets. Cara saya menyerahkan borang ini kepada semua guru juga menggunakan medium Google Sheets.

Saya suka Google Form kerana ia memberikan data dalam bentuk carta palang juga. Saya dapat melihat perkembangan murid dengan visual dan bermaklumat. Pemberian Tahap Penguasaan juga jadi lebih mudah dan bersistem.

Baiklah caranya di bawah:

1. Copy paste link di bawah ke dalam chrome tab. Tekan enter.

http://bit.ly/etransitformBahasaArabTahun1


2. Pilih Make A Copy.

3. Anda akan dibawa ke paparan Google Sheets.

4. Tukar tajuk fail, dan simpan ke dalam folder drive yang mudah diakses.

5. Copy paste nama murid di ruangan nama murid.

6. Buka Google Form dengan cara tekan Form, Edit form dalam tab Kemahiran membaca.

7. Copy paste nama murid di ruangan  TP nama murid pada Google Form tersebut.

8. Ulang langkah bagi tab kemahiran yang lain pula.

9. Copy link untuk pengisian form dengan cara tekan butang SEND pada form.Paste link tersebut di Private Group Telegram. (jika belum ada, perlu buat satu group private untuk kelas)

Langkah untuk berkongsi rekod transit ini dengan diri sendiri ataupun pihak kedua yang ingin memantau PBD:


1. Klik Share pada Google Sheets. (butang berwarna hijau), ambil anyone with the link can view.

2. Buat QR Code bagi Google Sheets dengan layari laman web QR Code generator (ambil yang free, tak perlu daftar). Copy dan paste link di situ.

11. Cetak QR Code tersebut dan letakkan dalam RPH. Siap sedia untuk pemantauan. Diri sendiri boleh buka dengan cara copy paste link tadi ke dalam Private Group Telegram.

Siap!

Ustaz ustazah akan menggunakan sedikit masa untuk mengedit nama murid dan cetak QR Code, tetapi selepas itu, tidak perlu bimbang lagi kerana borang transit ini boleh diakses di telefon pintar sahaja.

Jika ustaz ustazah mengajar tahun 2,3,4,5,6 dan ingin menggunakan borang transit ini, ada tambahan editan. Perlu edit nama murid dan standard pembelajaran mengikut tahun yang diajar. Boleh rujuk DSKP tahun masing-masing.

Selamat mencuba!

Sekian,



Minit Mesyuarat dan Maklum Balas PBS 2019

Assalammualaikum semua setiausaha PBS yang menjenguk blog ini.
Salam sejahtera.

Hari ini saya terpanggil berkongsi berkenaan Mesyuarat PBS, agenda dan minit mesyuarat.

Mesyuarat PBS perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Setiap kali mesyuarat ini diadakan agenda tertentu telah ditetapkan berdasarkan buku Panduan Pengurusan PBS 2012. Buku panduan PBS ini masih relevan digunakan, kerana BPK tidak mengeluarkan buku panduan terbaru berkenaan tajuk tersebut. Seingat saya buku panduan yang terbaru hanyalah buku panduan penjaminan kualiti 2014, dan buku panduan Pentaksiran Bilik Darjah 2018.

Ada empat perkara yang berubah dalam buku Panduan Pengurusan 2012 ini, seiring dengan penambahbaikan PBS, iaitu:

1.      Istilah Pentaksiran Sekolah- Pentaksiran Sekolah tidak lagi digunakan. Ia ditukarkan kepada pentaksiran bilik darjah. (PBD)

2.      Sistem SPPBS telah dimansuhkan. Ini kerana sistem online tersebut tidak dapat menampung ribuan data yang dimuatnaik oleh para guru. Malah guru tidak dapat akses laman web tersebut pada waktu puncak.

3.      Sistem SPPBS telah digantikan dengan sistem offline yang dinamakan template pelaporan dalam bentuk Microsoft Excel yang dikeluarkan oleh BPK.

4.      Penjaminan Kualiti bahagian latihan/penataran telah dikeluarkan daripada penjaminan kualiti pada tahun 2014. Kini, penjaminan kualiti terdiri daripada Pengesanan, Pementoran, Penyelarasan dan Pemantauan.

Sebelum kita melihat lebih jauh berkenaan mesyuarat dan agenda, di bawah adalah contoh jawatankuasa induk PBS di sekolah berdasarkan buku panduan tersebut.

Senarai Jawatankuasa Induk PBS
i.                     Sekolah Rendah
ii.                    Pengerusi : Guru Besar
iii.                  Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PBD dan PP)
iv.                 Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)
v.                    Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)
vi.                 Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)
vii.                Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan/ Setiausaha PBS
viii.                Ahli :
Ketua Panitia yang dilantik  (Penyelarasan)
Ketua Panitia yang dilantik  (Pementoran)
 Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)
 Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan)
Ketua Panitia yang dilantik (PS dan PP)
Guru Cemerlang
Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)        
Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)
Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)

Saya telah berkongsi cadangan carta organisasi PBS dalam post saya sebelum ini. Klik link untuk baca. 

Berikut adalah senarai tugas dan agenda mesyuarat PBS berdasarkan buku panduan Pengurusan PBS 2012.
b. Senarai Tugas
 i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
ii. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun):
- Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.
- Menyediakan agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi JK PBS.
 - Melantik Pentaksir Sekolah.
 - Menetapkan sistem fail PBS.
- Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS.
- Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.
- Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt) PBD / PP / PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)
Penjaminan kualiti-  Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pengesanan
Pelaporan Prestasi Murid dalam template pelaporan (PBD)
 - Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.
- Hal-hal lain.

 Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama):
- Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.
- Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.
 - Laporan Jawatankuasa PBS: PBD / PP / PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)
Penjaminan Kualiti Pengesanan, Penyelarasan Pementoran Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam template pelaporan offline (PBD)
- Hal-hal lain.

Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua):
- Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua.
- Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS.
 - Laporan Jawatankuasa PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi
 Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan)
 Penjaminan Kualiti Pengesanan, Penyelarasan Pementoran Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam template pelaporan offline (PBD)

Agenda Mesyuarat Keempat (Post Mortem)
 - Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga.
 - Post Mortem Pelaksanaan PBS
 - Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS.
- Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan.
- Hal-hal lain.

 iii. Semua keputusan mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa  kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah.

iv. Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah.*

*Pada tahun 2012 semasa buku panduan ini dikeluarkan, guru yang mengajar tahun 1 dan 2 sahaja terlibat. (PBS bermula pada 2011) Justeru, guru ini perlu menerima surat lantikan sebagai pentaksir sekolah. Setelah PBS bertapak selama 8 tahun, semua guru adalah pentaksir sekolah. Setahu saya, tidak perlu lagi surat lantikan sebagai pentaksir. Tetapi saya masih menyediakan surat lantikan buat semua guru sekolah saya menyatakan tugasan mereka sebagai AJK dan kelas yang diajar.

Di sini saya kongsikan juga contoh minit mesyuarat mengikut format baru 2019. Saya sempat mengendalikan mesyuarat PBS sebanyak dua kali pada tahun ini. Contoh ini saya telah edit dan padam bahagian yang dibincangkan dalam mesyuarat sebenar. Untuk menjaga kerahsiaan sekolah. 

Contoh Minit Mesyuarat PBS Kali Pertama 2019

Contoh minit Mesyuarat Kali Kedua 2019

Borang Maklum Balas Minit 

Maklum balas minit adalah bahagian tindakan yang perlu dibuat oleh individu tertentu seperti dalam minit mesyuarat. Mudah ketika mesyuarat berikutnya dibuat, dengan melihat kepada maklum balas minit sahaja.

SU PBS perlu mendapatkan maklum balas daripada individu yang perlu bertindak sebelum mesyuarat berikutnya dijalankan.

Bahagian perkara berbangkit akan membincangkan tindakan yang belum selesai oleh individu yang dipertanggungjawabkan dalam mesyuarat seterusnya.

Saya berharap dengan perkongsian ini, SU PBS yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Bagi yang telah biasa, minit mesyuarat ini menjadi aktiviti rutin sepanjang tahun.

Sekian,




Monday, May 27, 2019

AKTIVITI PAK21 BAGI SEKOLAH RENDAH


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Pada ketika saya menulis ini, Ramadhan ke 22. Alhamdulillah. Moga kita dapat merebut malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-qadr.

Baru-baru ini, saya dan tiga lagi rakan guru BI menerima sijil penghargaan daripada pihak PPD di anugerah kecemerlangan akademik sekolah di atas penglibatan kami dalam PAK 21.



Justeru, pagi ini saya ingin berkongsi amalan PAK21 yang telah saya jalankan di sekolah. Saya rasa amat bertuah menjadi sebahagian penggerak amalan PAK21 di sekolah tempat saya berkhidmat.
Bagaimana sekolah kami bermula dengan PAK21?

Sekolah kami terpilih sebagai salah sebuah sekolah di bawah Projek Aman. Apabila saya terpilih sebagai Middle Leader Teacher (MLT), tanggungjawab yng diberi amat besar. MLT perlu sama-sama mempromosikan amalan PAK21 dalam kalangan guru.

PAK21 bukanlah perkara asing dalam dunia perguruan. Ia satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat dua hala. Murid yang menerima ilmu, bergerak aktif dan berani. Sungguh! Saya melihat perbezaan murid PAK21 dengan murid zaman pdp di awal saya posting dulu.

Murid PAK21 lebih berani mencuba dan berani menyatakan pendapat. Mereka bekerjasama dengan baik dalam kumpulan. Hanya segelintir yang masih bersifat aku ketua, aku buat semua. Sikap boleh berubah. Inilah peranan guru.

Saya mengajar tahun satu. Tahun pertama PAK21 2018, di bawah Projek Sekolah Aman, susah betul untuk saya mendidik murid-murid bekerjasama dalam kumpulan. Pada penghujung tahun, barulah saya melihat hasilnya. Ketua dah ambil peranan. Ahli menghormati ketua kumpulan.

Pada tahun kedua, saya masih mengajar tahun satu. Tahun 2019, murid tidak diasingkan sebaliknya dikumpulkan dalam kecerdasan pelbagai. Pelbagai level murid berada dalam satu kelas. No streaming. Ajaibnya, murid tahun satu ini cukup pandai bekerjasama dalam kumpulan. Mereka bersedia untuk membuat aktiviti dalam kumpulan. Dan mereka juga tahu peranan ketua dan ahli! Saya cukup kagum. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru pra sekolah kerana mendidik murid-murid ini sebaik ini. Ringan sikit tugasan saya pada tahun ini.

Persoalan yang mungkin berlegar-legar di benak pembaca, apakah PAK21? Kebanyakan kita memandang ia dalam konteks gajet hebat. Tablet, LCD Projektor, mirror cast, Chromebook dan lain-lain. Bagi sekolah yang ada bajet besar, tiada masalah untuk menggunakan teknologi canggih ini. Silakan. Tentu murid lagi seronok.

Bagaimana pula sekolah yang tiada kemudahan tersebut? LCD ada sebuah saja. Komputer pun 5 buah. Talian internet semput macam siput. Haih… mengeluh lah si guru tersebut. Jangan salah sangka.

Aktiviti yang dijalankan yang menentukan sama ada PAK 21 atau PAK 19..gitu. Kita tidak mahu lagi murid duduk diam, dan menyalin sehingga masa tamat. Kita juga tidak mahu lagi pdp di mana murid takut bersuara, takut menyatakan pendapat malah disuap-suap (spoon feed) dalam bilik darjah.

Oleh itu, apa dia PAK21?


Di bawah adalah hasil didikan cikgu kepada murid cikgu setelah cikgu melaksanakan PAK21 sepenuhnya.

PAK21, adalah pembelajaran abad ke 21 yang mementingkan murid mencapai perkara berikut: Collaborative, Creative, Communicative, Critical Thinking dan nilai murni dan etika.



Collaborative – Collaboration

Murid membuat aktiviti bersama-sama, untuk mencapai objektif pembelajaran.

Creative- Creativity

Mecuba perkara baru, dan menghasilkan sesuatu yang baru yang inovatif dan kreatif.

Communicative- Communication

Berani berkongsi idea, pendapat dan hasil pembelajaran bersama murid lain. Juga berani dan bersedia berkongsi ilmu bersama murid yang lain.

Critical Thinking

Melihat sesuatu dalam sudut positif. Menukarkan masalah kepada jalan penyelesaian.

Adakah hanya penggunaan gajet boleh memberikan impak 4C di atas? Oh tidak! Ada pelbagai aktiviti lain yang dikongsikan di laman web guru lain. Cikgu boleh google untuk baca dengan lebih lanjut. Bagi cikgu yang menjelajah blog saya, boleh melihat aktiviti PAK21 yang saya buat di sekolah.
Jom kita tengok apakah aktiviti PAK21 yang boleh dilaksanakan. 

Lebih praktikal dan cabarannya. Aktiviti yang saya kongsikan ini saya jalankan dalam kelas Bahasa Inggeris tahun 1. Maka, cabaran dan impak positif yang saya sertakan di bawah berdasarkan subjek yang saya ajar.

Bil
Nama aktiviti dan ringkasan aktiviti
Contoh aktiviti Bahasa Inggeris Tahun 1
Impak positif
Cabaran
1.
Hot Seat
Seorang murid dipilih ke hadapan dan menyatakan pendapat tentang pembelajarannya. Di sini cikgu boleh bertanya ayat yang diajar, ejaan, dan perkara lain yang bersesuaian bergantung kepada subjek.
Speaking Skills

-What’s your name?

- How old are you?

What’s your favourite toy?

Tell us about your hat.
-Melatih murid berani ke hadapan.

-Murid menggunakan Critical Thinking dalam menjawab soalan guru.

-Murid lain juga boleh bertanya soalan, seterusnya mendidik murid lain berani juga.
Peranan guru untuk bertanya soalan KBAT kepada murid ini.

Melatih murid lain bertanya soalan kepada rakan mereka. Murid seusia 7 tahun, belum capai tahap bertanya soalan KBAT. Tetapi mereka boleh dididik. Inilah peranan dan cabaran guru.

Guru perlu mengawal murid lain yang mungkin hilang fokus terutama murid yang aktif.
2.
Mine and Share
Aktiviti ini lebih sesuai untuk kemahiran menulis atau menyatakan pendapat.

Di bawah adalah contoh template mine and share.


Ia melibatkan 4 orang murid sahaja. Mereka akan duduk mengadap kotak masing-masing. Bulatan di tengah adalah cetusan idea semua ahli kumpulan.


Klik link untuk download versi PDF

Writing Skills

saya suka meminta murid menulis tajuk di bulatan tengah.


Boleh digunakan untuk menguji standard 4.2.5, 4.3.1 4.2.3, 4.2.4

I’m Aina.
I’m seven.

My favourite toy’s a robot.

I have got sandwich, peas and carrot.
-Murid seronok menulis di kotak istimewa mereka.

-Mereka berlumba-lumba menulis cantik-cantik supaya dipuji guru.

Guru mudah melihat hasil kerja murid untuk dinilai dalam PBD. Kertas boleh dijimatkan kerana 1 kertas mengandungi hasil kerja 4 orang murid.

Pada awalnya murid keliru kedudukan mereka semasa menulis. Ini peranan guru untuk memandu mereka.

Bagi kumpulan yang tidak cukup 4 orang, guru perlu asingkan kepada tiga orang atau dua orang sahaja.


3
Gallery Walks

Murid menampal hasil kerja mereka di dinding kelas atau papan putih. Murid lain akan bergerak dalam satu kumpulan dan melihat hasil kerja murid. Murid boleh berperanan sebagai guru dengan memberikan bintang pada hasil kerja tersebut.
Reading skills, Writing skills

Biasanya saya berikan tugasan berbentuk projek.

Create their own word search.

Create hands using papers, fold according to numbers.

Colour words

Mine and share- tampal di dinding dan buat gallery walks



-Murid sukakan pergerakan.

Dapat bangun daripada kerusi mereka sudah cukup membahagiakan mereka.

Murid belajar memberikan pendapat atas hasil kerja rakan mereka.

Mereka belajar mengasihani usaha rakan. Mereka akan memberikan markah tinggi buat kawan mereka.


Kawalan kelas perlu digandakan.

Murid aktif akan mulai bergerak ke tempat lain. Dan sukar berada di satu tempat bersama guru.

Guru boleh menyediakan tugasan kepada murid aktif supaya pergerakan beliau terkawal.

Guru boleh menggunakan wisel untuk membantu kawalan kelas dan sebagai isyarat bahawa murid perlu bergerak ke tempat lain.


4
Kinesthetic Movements

Guru membuat aksi bagi pelajaran hari tersebut. Sebagai contoh saya membuat aksi pergerakan bagi topik on, in, under, cut, fold, glue. Murid akan membuat aksi bersama guru dan rakan mereka. Aktiviti ini memerlukan pergerakan dan kawalan daripada guru.


Listening skills

On, in , under

Imperatives

Example: lesson 42
-          Menarik minat murid yang aktif dan suka bergerak,
-          Murid mudah ingat pelajaran.
-          Guru pun mudah untuk mengulangkaji pelajaran ini di awal pdp dengan hanya membuat aksinya.
-Kawalan kelas perlu.

Murid perlu menyebut perkataan dan melihat perkataan sambil membuat aksi. Ini dikhuatiri murid hanya tahu aksi tetapi tidak tahu sebut dan tidak cam perkataan tersebut.
5.
Kerja Berpasangan

Murid bekerjasama dengan seorang rakan. Mereka boleh membina pelbagai perkara berdua. Sebagai contoh, membina word search dan puzzles.

Saya suka pasangkan murid begini
Murid pintar dengan murid lemah.
All 4 skills

Membina Word search, exchange and do.

-Speaking, one with the talking chips, ask, the other answers.

Create their own robot, or monster.

Reading- excellent pupils teach the weak pupil

-Murid membuat aktiviti bersama rakan, memupuk kerjasama.

-Murid belajar menerima hasil kerja rakan, biar pun rakan tersebut lemah dan lambat.

-Murid yang pintar akan membantu murid lemah.
Ada kelas yang bilangan murid ganjil.  Murid perlu berkumpulan tiga.

-kawalan kelas- Murid mungkin akan berbual, guru perlu menetapkan masa supaya murid mematuhi masa.
6.
Fan and Pick
Murid menyediakan bahan sendiri dalam kumpulan. Bahan seperti kad gambar, kad perkataan atau dialog. Murid dalam kumpulan duduk dalam bulatan. Seorang murid memegang bahan tadi secara bentuk kipas. Murid lain tidak dapat melihat bahan tersebut. Murid lain perlu memilih satu gambar dan menceritakan gambar tersebut.


All 4 skills

Count the numbers, say the numbers

What colour is it?

What’s this?

It’s a long blue train.

Murid berkomunikasi sesama mereka.

Murid juga berkolaborasi menyiapkan tugasan yang diberikan.
-Guru perlu mengawal murid dan bertindak sebagai fasilitator.
7.
Circle Time

Murid duduk dalam bulatan.
Contoh:
 Guru boleh memasang lagu kesukaan murid. Murid pegang bola kecil sehingga lagu dihentikan dan murid yang terakhir pegang akan menjawab soalan.


Guru boleh membaling bola kertas. Murid yang mendapat bola kertas perlu menjawab soalan.
All 4 skills

Answer questions such as, What’s your name? Who is he?

Spelling activiites.

Reading activities.
-Murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
Sesuai untuk kelas yang bilangan muridnya sedikit.

Murid yang ramai, tidak dapat menguji mereka secara mnyeluruh.
8
Attitude Movement
Murid dalam kumpulan akan bergerak ke satu kawasan yang guru tentukan.

Jika ya, buat bulatan. Jika tidak, duduk.

Jika ya berdiri atas kerusi, jika tidak geleng kepala.
Speaking Skills
Reading Skills

Group activities.
Is it your toy?

Do you like robot?
Murid sememangnya teringin nak berdiri atas kerusi. Inilah masa mereka.

Murid bekerjasama dan berlaku komunikasi sesama mereka ketika aktiviti berlangsung.
Murid berlumba-lumba membuat pergerakan. Guru perlu mengingatkan murid berhati-hati, elak tolak menolak sesama mereka.
9
Three Stay One stray

Seorang murid akan bergerak melihat jawapan kumpulan lain. Tiga lagi ahli kumpulan menyiapkan tugasan.

One Stay three Stray

Seorang berada di kumpulan, tiga lagi bergerak mencari jawapan.
Writing skills

Reading skills

Pupils write the things in the classroom/toys/food in a circle map. One pupils will round to the other groups to see their answers.

Or pupils can round the classroom to see the answers at the wall.


Murid aktif akan gembira dapat bergerak melihat hasil kerja kumpulan lain.



Guru perlu memandu murid yang bergerak supaya tahu apa yang mereka cari.

Murid yang tunggu di kumpulan  juga perlu dipantau supaya tidak ralit melihat murid yang bergerak.

10
Mix and Match

Murid membuat kad gambar, kad huruf. Kad gambar atau kad huruf akan dicampurkan secara rawak.

Murid dalam kumpulan akan menyusun perkataan atau gambar tersebut supaya menjadi satu cerita atau objektif yang bersesuaian.
All 4 skills

The go kart race/ Watch Out Flash, Lunchtime

Print out the dialogues, pupils rearrange according to the story.

Numbers- match the numbers with the words
-Murid berkolaborasi dan berkomunikasi dengan baik.

Ketua kumpulan memainkan peranan besar dalam memimpin ahli membuat aktiviti.

Murid belajar berfikiran kritis.
Guru perlu menyediakan bahan terlebih dahulu

Peruntukan masa. Murid mengambil masa yang lama untuk penyediaan bahan dan untuk padanan jawapan.
11
Number Head Together

Tulis nombor murid di tangan, atau pun pelekat sticker di tangan murid, menandakan nombor mereka dalam kumpulan.

Beri peranan kepada setiap nombor.

No 1- ambil barang.
No 2- gunting gambar
No3 – tampal gambar
No 4 – simpan barang.
All 4 skills and Language Art.

Depends on the group activities.




-Mengasah murid mendengar arahan dengan baik.

-melatih murid tunggu dan bersabar dengan peranan masing-masing.

Melatih murid bekerjasama dalam kumpulan kerana setiap ahli ada peranan masing-masing.
Guru perlu menyediakan nombor terlebih awal.

Guru perlu menulis nombor kepada setiap murid.

Arahan guru perlu jelas.
12
Role Play

Murid berlakon mengikut situasi yang dipelajari.

Guru menyediakan suasana dan bahan-bahan untuk lakonan tersebut
All 4 skills and Language Arts
Simulation of go kart race.

Teacher has to bring the toy cars and the sentence cards.

         Melatih murid kreatif dan berani.
            Suasana pembelajaran menjadi aktif dan murid gembira.
Perlu sediakan bahan.

Kawalan kelas. Ini kerana guru perlu mengawasi murid yang tidak berlakon, dan perlu juga melihat lakonan murid yang terlibat.
13
Project Based Learning

Murid diberikan tugasan dalam kumpulan. Kebiasaannya untuk mencipta sesuatu.
Reading, Writing and language arts.

Primary colours and secondary colours of school things.

Use the play dough to create pet.

Design and create pet using card board to play puppet pet show.
Murid diasah untuk menjadi kreatif.

Murid belajar membawa bahan untuk projek mereka.

Murid belajar menerima kreativiti rakan.
Guru perlu menjelaskan objektif projek supaya murid faham apa yang bakal mereka hasilkan.

Kadang murid tidak membawa bahan yang diminta. Guru perlu sediakan bahan sebagai back up.

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti PAK21 yang ada. Saya tidak menyenaraikan semua kerana saya tidak melaksanakannya di dalam kelas. Aktiviti lain boleh jadi sesuai mengikut subjek masing-masing dan kesediaan murid masing-masing. Saya hanya mengajar tahun 1. Murid tahun 4,5,6 berbeza dengan murid tahun 1. Ada aktiviti yang murid tahun 4 boleh buat, tetapi tidak tahun 1. Namun, saya percaya murid boleh diajar dan dibantu.

Jika kita telah memulakan PAK21 sejak awal lagi, murid akan bertambah matang dan mudah melaksanakannya.

Di bawah pula, alatan PAK21 yang saya gunakan dalam kelas tahun 1. Pun ada sikit sahaja. Saya gemar menggunakan alatan ini. Jika ada yang terbaru saya akan kemaskini dari masa ke masa.

Alat PAK21
Perkara Positif
Cabaran
Penggunaan aplikasi Plickers

Muatturun aplikasi plickers di telefon bimbit. Dan layari laman web plickers. Daftar di laman web dan telefon bimbit.

Daftar kelas dan nama murid di laman web. Bina soalan di laman web. Cetak kad jawapan plickers.

Hanya sesuai untuk soalan objektif ataupun Ya atau Tidak.

Plickers membaca jawapan murid dan memberikan data jumlah murid yang betul dan salah.

Saya menggunakan plickers semasa mengajar topik Lunchtime  bagi menguji reading skills murid.
-Murid suka pegang kad plickers.

-Apabila guru mengeluarkan telefon bimbit, murid senyum sebab mereka menyangka guru ingin mengambil gambar mereka. Happy factor memeriahkan suasana pembelajaran.
Perlu
 bersedia
lebih
awal.

Perlu
cetak
kad
 jawapan
 plickers.

Perlu
membina
soalan
 di laman
 web.


Template Mine and Share.

Sekeping kertas biasa pun boleh.
-boleh ubahsuai ikut keperluan guru


Perlu
cetak
secukupnya
untuk
murid
Talking Chips

Boleh jadi apa saja barang asalkan murid tahu menggunakannya.

Lidi, batang aiskrim, klip kertas comel, mikrofon

Talking Chips digunakan untuk mengawal murid berkomunikasi dalam aktiviti.
Murid teringin pegang benda yang comel.

Menggalakkan murid berkomunikasi.
Guru perlu
menyediakan
bahan
 tersebut.
Writing Board

Papan tulis kecil

Saya menyediakan sendiri. Laminate kertas putih bersaiz A3. Sediakan marker untuk murid tulis.

Kelas saya juga ada papan hitam kecil. Murid juga menggunakan papan tersebut.
Boleh digunakan semasa aktiviti menulis dan menyatakan pendapat sama ada secara berkumpulan atau individu.

Murid tidak sabar menunjukkan jawapan kepada guru dan terlalu teruja untuk menulis di papan tulis tersebut.
Perlu
sediakan
papan
tulis.

Perlu arahan
 yang
jelas,
 siapa yang
 perlu
ambil,
dan
 siapa
 yang
perlu
 simpan
semula.
Popsicle Stick

Batang aiskrim ditulis nama murid. Guru akan memilih nama murid dengan mencabut sebatang.
Semua murid berpeluang menjawab soalan.
Guru perlu
menyediakan
batang
 aiskrim
 dan setiap
murid
memiliknya.


Panjang pula post kali ini. Saya berharap cikgu cuba buat aktiviti PAK21 yang bersesuaian dengan subjek cikgu.

Silakan kongsi bersama rakan jika ia bermanfaat.

Sekian,