Assalammualaikum wbt.
Salam sejahtera.
BELUM SAMPAI SERU!
Bermula 1 Julai 2019. Fasa baru dalam kehidupan seorang guru
apabila kebiasaannya Frog VLE sentiasa meniti di bibir pihak pentadbiran, kini
tinggal kenangan hehehe..seperti Lagu Saleem pula ya. Nak capai KPI penggunaan
la. Macam-macam dikerah. Ilmu dicurah. Majlis pelancaran dibuat. Ibubapa diberi
pendedahan.
Ya macam-macam dah buat. Itu lah bab teknologi ni, kita
tidak boleh paksa. Sesetengah orang belum terbuka minda lagi. Seperti murid
yang mempunyai pelbagai aras kecerdasan, begitupun guru. Ada yang cepat
penerimaannya. Ada yang buat tak tau. Tapi kita tidak boleh menyalahkan mereka.
Mungkin mereka ada pengalaman kurang manis dengan teknologi ini. Mungkin data
internet mereka tidak cukup kuat. Mungkin kekangan akses internet. Mungkin
belum sampai seru.
Saya sendiri lambat sampai seru. Sebelum ini, di awal
penggunaan frog vle, saya pun sejenis buat tak tahu. Tak nampak pun apa
gunanya. Mana tidaknya, asalkan rph siap, lembaran kerja ada, sudah lah. Saya
tidak terfikir langsung tentang pentingnya ada DRIVE unlimited. Ada fungsi add
on ke tak. Google form ke jauh sekali. Langsung saya tidak tahu.
Buat site jauh sekali. Malah sampai satu ketika, password
dan email yes pun saya taktahu apa dia. Itu di zaman saya ada anak kecil-kecil.
Setahun seorang lahir. Mana mungkin sempat saya teroka semua itu. Oleh itu,
saya amat faham tentang kekangan sesetengah orang yang tidak ambil tahu tentang
teknologi.
Sebab tu saya gunakan ayat belum sampai seru. Tugas
cikgu-cikgu yang celik it inilah yang perlu bimbing guru-guru di sekolah
sama-sama menggerak teknologi. Dalam tempoh interim ni, sama-sama kutip ilmu
google classroom yang ternyata digunakan meluas oleh sekolah-sekolah lain di
luar sana. Platform percuma yang banyak manfaatnya.
Ada sekolah yang telah menggunakan Google Classroom untuk erph,
epbd, latihan kepada pelajar dan sesi perkongsian dengan waris. Tapi percayalah
perjalanan penggerak di sekolah tersebut juga tidak mudah seperti yang
disangka. Teruskan cerita kebaikan teknologi khasnya platform Google yang amat
bermanfaat.
Saya sendiri masih belajar. Sungguh, jika tidak sampai
serunya, saya pun masih buat tak tahu tentang semua anak-anak Google yang ada.
Name it..Google Classroom, Google form, Google Sheets, Google Site, Google
Slides, Google Translate, Google Assistant, Google Map, Google Photos. Rasa
macam ada lagi tapi tak tertulis di sini…hihihi…
Apa pun, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya.
Bagaimana sampai seru saya?
Bila saya perlu buat form untuk projek di sekolah. Dari situ
saya mulai belajar dari You Tube.
Kesemua video yang saya lihat adalah video Bahasa Inggeris. Dari situ
saya berniat untuk sharing sebanyak mungkin info supaya orang lain boleh sampai
seru juga. Hehehe.. Saya merancang untuk menggunakan Bahasa Melayu supaya lebih
ramai yang tahu.
Perlahan-lahan ilmu masuk. Kemudian, saya sertai taklimat
erph dan dalam masa sekejap saya dah faham tentang DRIVE. Tentang sharing link,
duplicate tab, Google Sheets.. Menderu ilmu itu masuk asbab saya merancang
untuk berkongsi. Sungguh Allah bantu. Saya percaya semakin saya berkongsi
semakin banyak ilmu masuk. Bagi saya dapat ilmu pun satu rezeki. Walaupun ia
tidak menambahkan duit poket saya, rezeki ilmu membuatkan saya bersemangat
semula.
InsyaAllah, orang lain pun pasti akan sampai serunya!
Teruskan berkongsi betapa mudahnya teknologi dalam kehidupan
seorang guru jika dimanfaatkan sepenuhnya.
Khasnya, penggunaan teknologi dalam pentaksiran bilik
darjah. Sangat berguna. Di bawah adalah contoh di mana saya menggunakan
kemudahan yang disediakan Google/ Telegram/Blog/Facebook dan ada yang belum
saya gunakan tetapi merancang untuk mengaplikasinya.
- - Gunakan Google Sheets share template
- - Gunakan Google sites untuk semakan PBD secara online
- - Gunakan Google form sebagai rekod perkembangan murid/ transit form
- - Gunakan Google Sheets sebagai e lesson plan
- - Gunakan Google Classroom untuk perkongsian PLC panitia/intervensi
- - Gunakan Google form untuk kehadiran murid kokurikulum/ibubapa/kelas tambahan/guru
- - Gunakan Google Form untuk PILL
- - Gunakan Google Sheets sebagai borang transit versi gambar
- - Gunakan Blog sebagai tempat simpanan bahan di samping berkongsi dengan guru lain
- - Gunakan Telegram Private Group untuk simpan link e borang/ password atau gambar
- - Gunakan Evernote apps sebagai simpanan lembaran kerja, voice audio selepas PBD dan hasil kerja murid.
- - Gunakan Google Assistant untuk menguji Skill Speaking murid TP 6.
- - Gunakan Facebook untuk simpanan gambar aktiviti sekolah. Walaupun beratus gambar ada dalam FB, lebih mudah cari gambar di situ berbanding simpan dalam Google Photos.
- - Gunakan Google DRIVE untuk simpan data PBS dan PBD sepanjang tahun. Setakat ni dah ada data untuk dua tahun. (baru dua tahun celik teknologi. Hehehehe)
- - Gunakan Onedrive untuk buka excel secara online (template PBD online)
- - Tambahan Cloud Printer untuk mencetak dokumen atau gambar langsung dari telefon pintar.
Bagi yang berminat, cuba dahulu menggunakan teknologi yang
ada. Masa mula-mula belajar, gunakan laptop dahulu. Selepas sudah mahir, guna
telefon pintar pun semudah ABC. Segalanya di hujung jari.
Sehingga sampai serunya…
Sekian,
No comments:
Post a Comment