Friday, May 15, 2020

Kunci Apps dan Kids Space pada Telefon Pintar

Pernah dengar kan ayat ini


"Telefon pintar memang pintar. tetapi, pintarkah anda?"


Menusuk ayat ini. Ayat kempen supaya pengguna hp tidak terlalu taksub menggunakan hp ketika memandu dan sebagainya. 

Sebenarnya post ini bukan mengenai penggunaan hp ketika memandu, Oh tidak! Saya ingin kongsikan cara kita aktifkan kunci keselamatan di Apps yang ada dalam telefon pintar.

Kenapa penting untuk mengunci Apps? Kerana zaman PKP ni, cikgu-cikgu banyak masuk group Whatssapps dan Telegram. Tidak kurang juga yang bukan guru. Ibubapa juga berada dalam group Whatsapps kelas demi membantu anak-anak belajar sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni. Maka, eloknya kita kuncikan ia supaya anak kecil tidak senang-senang membukannya tanpa pengetahuan kita.



Antara fungsi keselamatan dalam hp terkini, adalah fingerprint lock dan face recognition. Saya lebih suka fingerprint lock. Mudah. Letak sahaja jari pada kekunci, terus handphone terpasang. Tiada masalah lupa password atau kod. Face recognition saya tidak gemar, kerana saya bertudung dan pemakai kaca mata. Bukan 24 jam saya dengan spek mata. Apabila cuba face recognition, terkadang gagal kerana tiada spek mata. Stress pula jadinya. 


Selepas anda membaca post ini, saya percaya anda akan segera kuncikan apps yang penting supaya anak-anak tidak dapat mengaksesnya. Bukan apa, bimbang mereka terhantar yang bukan-bukan. Nak pula terhantar gambar anda sedang tidur. Memikirkannya pun dah seram. 

Ok, jom kita tengok apa yang telefon pintar boleh buat. 

1. Apps Lock built in phone


Setiap apps dalam telefon pintar kita, boleh dikuncikan. 

Anda boleh cuba buka di Setting> Security> Apps Encryption.


Setelah melakukan langkah itu, pilih Apps Lock. Pilih Apps yang anda perlu kuncikan. 
Anda boleh lah mengunci folder, gambar, telefon, dan lain-lain apps yang perlu. Ada pilihan diberikan. Jangan lupa beritahu pasangan anda tentang ini. Kenapa anda kunci. Bimbang nanti jadi pergaduhan pula. 

Dah siap, cuba buka Apps tersebut. Selesai mengunci. Yea, berjaya!


2. Apps Lock Playstore  

jika telefon anda tidak menawarkan fungsi Apps Lock, Anda boleh download Apps Lock di playstore.


Caranya , pergi ke Play Store, taip Apps Lock di ruangan search. Pilih Apps yang sesuai. Baca dulu review dan rating bagi Apps tersebut. Jika sesuai dengan anda, boleh lah muatturun.


3. Whatsapps Lock



Ya, whatsapp terkini sudah ada fungsi fingerprint lock. Sebelum anda cuba apa yang akan saya beritahu ini, pastikan anda telah 'update' Wahtsapps terkini.

Cara untuk megaktifkan Whatsapps Finger Lock.

-Pergi ke setting.
-Tekan Account
-Security
-Fingerprint Lock


Dah siap. 5 saat saja. 


4. Telegram Lock


Telegram juga tidak bertangguh lagi dari menawarkan fungsi ini kepada semua penggunanya.  Oleh itu, jom kita cuba.

Pergi ke setting
kemudian, Privacy and Security
Pilih  Passcode Lock
Taip kod
Aktifkan passcode lock, dan unlock with fingerprint.


Yer dah siap.

Cuba tutup dan buka semula.


5. Kids Space/ Kids Place/Kids Mode/ Child Mode

  Kids Space boleh set masa dan apps yang anak-anak boleh tonton atau bermain. Oleh tu, anak-anak bermain hp dalam kawalan dan masa yang kita tetapkan. Selamat mata mereka.

Anda boleh baca di laman web telefon masing-masing ya.







6. Apps Parental Control

Jika telefon tiada fungsi Kids Space, kita boleh muatturun apps. Ini yang saya jumpa di Play Store. Tetapi saya tidak muatturun kerana tiada keperluan.  Saya menggunakan Kids Space yang sedia ada dalam hp.

7. Setting Parental Control di Play Store


Kita juga boleh set Parental Control di Play Store. 

Buka play store
Tekan garis tiga
Cari setting
Pilih Parental Controls, On kan ia.
Masukkan nombor PIN.
Selepas itu, ikut arahan selanjutnya.


Selesai tujuh cara tetapkan kawalan penggunaan Apps di telefon pintar.



Jika bekeperluan bolehlah tetapkan apa yang patut.  Jika hanya anda sahaja yang menggunakan satu peranti itu, tidak perlulah. Namun, jika anak-anak anda juga sebahagian pengguna peranti anda, cubalah kerana fungsi ini benar-benar membantu.

Tapi, jangan lupa pesanan ini. Maklumkan kepada pasangan masing-masing supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Hal kecemasan dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment