Friday, June 12, 2020

TEMPLAT PBD PST6, TAHUN 5 DAN 6, SEMAKAN NO IC TAHUN 2020

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca post ini.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan templat PBD daripada BPK tetapi telah diubahsuai sedikit formulanya supaya boleh membaca data setelah pengguna menaip no mykid murid. Khas untuk sekolah rendah sahaja, memandangkan saya guru sekolah rendah.

Kita mulakan dengan templat PBD KSSR yang masih ada dua tahun iaitu murid tahun 5 dan tahun 6. BPK menyediakan templat berasingan untuk setiap subjek. Guru subjek masing-masing akan memuatturun templat daripada BPK dan mengisi subjek sendiri. (tiada gabungan)

Bagi saya, tiada masalah, jika guru mengisi sendiri-sendiri pun. Selepas mereka selesai mengisi SU PBD boleh mengumpulkan dengan cara serahan di emel. Jika belum ada emel pbs sekolah, boleh wujudkan sekarang. 

BPK ada menyediakan templat gabungan yang dinamakan PST6. (tiada TP kemahiran bagi setiap subjek) Templat ini menggabungkan tahap penguasaan keseluruhan murid bagi semua subjek. Ia akan terus menjanakan graf pelaporan bagi subjek, dan slip pelaporan.

Adalah lebih penting memastikan guru dapat mengisi PST6 ini di atas talian dan data boleh dibaca secara semakan no IC.



Oleh itu, templat PST6 inilah yang paling utama SU PBD wajib ada. Sekiranya kalian menggunakan semakan no mykid seperti di sekolah saya, templat ini maha penting. (sebab dah diedit) Saya baru sahaja edit hari ini. Kebetulan ada seseorang komen pada post bertanyakan templat tahap 2, justeru, saya menyegerakan perkongsian ini.

Templat ini membaca data TP secara semakan no ic ya. Oleh itu, cikgu boleh embed di Google site ke website ke blog ke dengan syarat kena baca langkah di bawah sekali.. Baca jangan tak baca.


Oh ya, dalam templat ni, saya sediakan ruangan untuk keputusan PBD keseluruhan murid setelah guru-guru bermesyuarat pertimbangan profesional. 


Saya menggunakan ruangan matapelajaran seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, maka saya tidak perlu lagi buat formula.


Saya tak pasti di daerah cikgu bagaimana, tetapi di tempat saya bertugas, kami diarahkan berbincang satu tahap penguasaan yang dibawa oleh murid. Tahun lepas saya sediakan slip, tahun ini saya tak sempat nak letakkan slip di templat BPK, oleh itu saya sediakan ruangan untuk TP tersebut. Slip itu saya cetak dan serahkan terus kepada murid tahun lepas. Kalau berkenan tengok di sebelah kanan blog ini.


Ok ini link templat PST6 yang sudah diubahsuai. Copy dan paste pada chrome tab (omnibox), Pilih make a copy.


Di bawah ini link templat PST6 tanpa Bahasa Cina SK.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1_ufv8ywHc71-_HebGTqhjpB-VCppK2R8gWLVYGMG0s8/copy


Ini pula link tanpa Bahasa Tamil SK

https://docs.google.com/spreadsheets/d/11Lku_oZv0gij2WonrV7H6GgwMhj9y0jT04CP8E2lREU/copy

templat ini terpakai juga bagi Tahun 5 KSSR. Sebab BPK tidak sedia untuk tahun 5. SU PBD pakat-pakat guna saja yang ini. 


Selepas cikgu dapat make a copy file ini, ikuti langkah-langkah ini pula.

1. Berkongsi templat bersama guru subjek

Sudah tentu perlu kongsikan melainkan SU PBD rajin nak copy dan paste keputusan TP setiap subjek. Cara nak kongsikan, tekan sahaja butang Share, berwarna hijau di penjuru atas sebelah kanan. Add people, letakkan alamat email. Saya kongsikan dengan email digital learning.

2. Tetapkan tarikh pengisian dan maklumkan.

Tetapkan sekian tarikh untuk guru subjek isi TP keseluruhan subjek mereka supaya tidak ditunda-tunda.

3. Off sharing link (mereka hanya boleh view sahaja) setelah tempoh masa yang diberi tamat.
Kita tak mahu ada yang ubah TP di minit-minit terakhir sedangkan kita dah buat langkah keempat.

4. Download sebagai Excel

Klik file, download sebagai excel. Ini kerana untuk embed di site, kita perlu guna excel online. Google Sheet tidak boleh berfungsi dengan baik setelah embed.

5. Upload di www.onedrive.live.com

Langkah ini perlu kerana kita nak tukar excel tadi kepada Excel Online. Boleh teruskan langkah 6 di onedrive.

6. Boleh hide tab yang kita tak mahu waris/ibubapa lihat

 iaitu, Laporan Murid dan lain-lain. Kita cuma perlu waris lihat Pelaporan PST6. 


7. Embed di google site/web/blog

Nak embed, kita perlu pilih share, dan kemudian cari embed. Ikut saja langkah yang diminta, pilih saiz yang betul.  Copy code embed tu dan paste di google site.

8. Siap! Boleh minum kopi.hihihi..

Saya dah pernah terangkan dengan terperinci bab ini dalam post di bawah. Penerangan di atas ini langkah yang telah dipendekkan dan tiada gambar. Jika nak lebih detail, baca di link 
ini.


Jika ada kesilapan di mana-mana, boleh maklumkan pada comment ya. Jangan percaya saya 100%, saya masih seorang amatur dalam Google Sheet. Saya main hentam saja edit sana sini, copy paste sana sini. 

Update: 13 Jun 2020, 5 petang
- TP keseluruhan yang dibawa oleh seorang murid dibuat akhir tahun sahaja. Maklumat ini baru sampai setelah saya up post ni, dan dah siap edit. Hehehe.. takpa2, boleh sembunyikan row tersebut. Caranya, buka bahagian pelaporan PST6, cari row TP KESELURUHAN, klik kanan, hide row. Dah hilang😄 Akhir tahun baru kita bagi dia muncul semula ya. 




Sekian, harap berguna dan digunakan. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Cikgu saya baru saja terlibat dengan pengurusan PBS. Untuk template gabungan tahun 6, saya agak keliru di bahagian ruang ulasan. Setiap kali mengisi ulasan, semua murid akan mendapat ulasan yang sama, sedangkan saya ingin memberi ulasan yang berbeza. Adakah template memang disediakan begitu?

    ReplyDelete
  2. Templat bpk asal untuk cetak dan serah kpd murid, oleh itu, ya, boleh kita buat ulasan yg berbeza, tetapi disebabkan saya papar online, maka, bhgian ulasan itu saya tidak buat formula seperti tahap 1. Tahun 6 perlu dapat slip pelaporan yg bercetak, boleh, taip setiap murid dengan ulasan berbeza.

    ReplyDelete