Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

Saturday, August 31, 2019

BANNER CARTA ORGANISASI DAN BUNTING PBS

Assalammualalaikum dan selamat datang kepada semua.

Alhamdullillah saya berjaya  menyiapkan banner dan bunting PBS untuk diletakkan di sekolah saya menjelang tahun depan.

1.banner bersaiz A3 untuk carta organisasi PBS.
2. Bunting PBS
3. banner Tahap Penguasaan TP bersaiz 60 x 5.5 cm untuk diletakkan di tangga.

Kesemua design ini saya hasilkan menggunakan power point saja. Cikgu boleh download editable version pada link di bawah. Boleh edit letak logo sekolah dan nama sekolah. Warna background kalau tak minat pun boleh saja tukar.

Selesai editing, hantar kepada syarikat printing banner dalam bentuk jpg atau beri saja dalam powerpoint juga.

Semua perkongsian ini percuma saja ya. Boleh download di bawah:

Banner A3 carta organisasi PBS editable

bunting PBS 20x50 cm purple

bunting PBS 20x 50 cm black

TP banner tangga 60x 5.5 cm versi 1

TP banner tangga 60 x 5.5 cm versi 2

TP banner tangga 60x 5.5 cm versi cute

TP Banner tangga 54 x6 cm


*sekiranya font yang saya gunakan tidak dapat dibaca oleh komputer cikgu, boleh tukar ikut font yg sesuai.


Sekian,


Thursday, April 4, 2019

CARTA GANTT PBS

Assalammualaikum semua.

Tahukah kalian, sebagai setiausaha PBS, kita perlu membuat perancangan aktiviti PBS sepanjang tahun?

Lebih mudah jika perancangan ini diletakkan dalam satu muka surat. Dan lebih mudah lagi jika perancangan ini ringkas dan tepat.


Mukadimah bukan main. hehe.. Sebenarnya, saya ingin berkongsi Carta Gantt yang ringkas tentang aktiviti PBS.

Memang ringkas sungguh. Jika cikgu perlu menambahkan ruangan silakan.

Ini Carta Gantt yang saya edit dari tahun 2018. Ada beberapa perkara yang mungkin berubah pada tahun 2019. Pastikan cikgu semak tarikh perlaksanaan aktiviti dengan tahun semasa ya. Terutama untuk aktiviti SEGAK dan Pentaksiran Psikometrik.

klik link di bawah:

CARTA GANTT AKTIVITI PBS 2018


Terima kasih pada cikgu yang komen di bawah. Saya dah semak, memang ada kesalahan. Jadi saya dah edit link untuk carta gantt ini. Klik di atas.

Di bawah juga ada carta gantt. Tapi di bawah lebih menyeluruh dah lebih lengkap. Bagi tahun 2019. Dalam format Excel.

Sila muat turun jika berkenan.

Carta mingguan PBS sepanjang tahun 2019

CARTA ORGANISASI PBS SEKOLAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Setiausaha PBS mesti mula sibuk awal tahun untuk menyiapkan carta organisasi PBS sekolah bukan?

Sini saya kongsikan carta organisasi yang saya dapat daripada PPD Kulim Bandar Bharu. Harap membantu semua yang memerlukannya.


https://drive.google.com/file/d/1lDa-r07S1_ZzxbueErK6t4WlVRmXumY6/view?usp=sharing

Klik link tersebut.


Muat turun, simpan dalam PC anda. Kemudian, edit, masukkan nama guru yang memegang jawatan tersebut.

Mudah!