Wednesday, November 6, 2019

SLIP PELAPORAN PBD TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN MURID


Saya berkesempatan menyiapkan slip pelaporan keseluruhan murid dalam Google Sheets.

Slip pelaporan PBD Keseluruhan sebenarnya tidak disediakan oleh BPK buat masa ini. Template pelaporan yang ada cuma menunjukkan keputusan PBD bagi semua matapelajaran. Setiap murid akan membawa satu Tahap Penguasaan. Keputusan satu tahap penguasaan ini akan dibincangkan oleh semua guru matapelajaran dalam satu mesyuarat. Keputusan mesyuarat hendaklah dipersetujui oleh semua guru. Jika ada yang membantah, beliau perlu nyatakan justifikasi dan sebab atas persoalan yang dibangkitkan.

Sekolah saya telah selesai mesyuarat yang kami namakan sebagai Mesyuarat Penentuan Satu Tahap Penguasaan PBD Tahun. Panjang betul nama mesyuarat ni kan? ok lah, tahun depan saya letak nama glamur sikit. heheheheh...

Saya pendekkan cerita, cikgu boleh muatturun link slip pelaporan ini di bawah.

Klik kanan, copy link, paste dalam chrome search box, enter, pilih make a copy.

http://bit.ly/slipPBD


Dalam file ini, saya sediakan juga graf yang memaparkan bilangan murid yang mendapat setiap TP. Slip pelaporan hanya disediakan untuk tahun 1,2,3 sahaja. Pada satu muka surat, saya buat dua slip. Bolehlah jimat cermat kertas.

 Kepala surat sekolah tu, cikgu boleh padam dan letakkan kepala surat sekolah sendiri. Kalau nak buat sendiri pun boleh, saya edit menggunakan PowerPoint, kemudian, save as picture. 


SEKIAN

harap bermanfaat




5 comments:

  1. Terbaiklah Puan dan terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...cikgu saya SU PBS...boleh cikgu share kan tentang tugasan 4P..apakah gerak kerja 4P

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian cikgu..saya minta izin untuk buat rujukan yea..cuma cikgu ada yang terkini dari tahun 1-6

    ReplyDelete