PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHAP 1
Saya berkesempatan mengikuti webinar pentaksiran bilik darjah tahap 1 baru-baru ini. Sebenarnya video ini telah lama ada, pada 24 April 2019, diadakan secara langsung dan boleh didaftarkan pada SPLKPM. Siaran langsung pada hari Rabu, hari kokurikulum diadakan, maka video ini diabaikan saja. Tak sempat tengok live, habis kokurikulum jam 4 petang.
Setelah berbulan lamanya baru sempat tengok menerusi youtube.
https://youtu.be/fgFIqUaC30U
Banyak maklumat berguna ada dalam video ini. Selain boleh dikreditkan dalam SPLKPM, bicara ini boleh menjadi punca kuasa kepada persoalan-persoalan tentang PBD.
Video selama hampir 50 minit ini menerangkan bebrapa perkara seperti berikut:
Penyampai
wacana :
DR
MOHAMED ABU BAKAR, PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM.
TUAN
HAJI NAZA IDRIS SAADON, KETUA SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN, BPK
ULASAN
VIDEO
PENERANGAN OLEH DR MOHAMED ABU BAKAR:
1.
Pemansuhan
amalan peperiksaan setara, membolehkan PBD dilaksanakan. Pembelajaran secara
bilik darjah ini telah lama dipraktikkan di negara maju. Contoh terdekat Singapura.
2.
Kelebihan
PBD:
2.1
PBD
merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai berterusan. Guru menilai semua
aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. Ia fleksibel (mengikut kesesuaian bagi murid).
2.2
Kita
berharap murid akan datang menjadi insan yang berkeyakinan.
2.3
Pelaporan
dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Jun dan November, ini membolehkan ibubapa
memahami tahap penguasaan anak dan membantu mereka.
3.
Aktiviti-aktiviti
semasa proses pdp dan bentuk pengajarannya.
3.1
semua
aktiviti yang dijalankan oleh guru boleh asalkan murid gembira dan seronok
belajar.
3.2
BPK
ada menyediakan 5 contoh yang boleh dikuti:
3.3
Projek
Mudah
3.4
Kuiz-
tidak boleh setara. Tidak dibenarkan kerana keputusan kuiz ini, murid
diasingkan kelas.
3.5
Main
Peranan
3.6
Bercerita
3.7
permainan
3.8
Apabila
murid tamat darjah tiga, murid boleh menguasai literasi dalam BM, Bi dan
Matematik.
4.
Langkah-langkah
oleh KPM bagi memantapkan PBD:
4.1
KPM
menerbitkan Buku Panduan PBD, cetakan kedua.
4.2
Tahap
1 melaksanakan PBD secara full time, penting bagi merujuk buku panduan PBD.
4.3
Panduan
juga mengandungi pertimbangan profesional.
4.4
Buku
panduan ini akan membantu guru dalam melaksanakan PBD.
5.
Guru
perlu yakin dengan PBD. Ini bukan perkara baru.
6.
Impak
positif perlu bagi murid. Supaya murid berkeyakinan. Semua bermula dari asas di
tahun 1,2,3.
PENERANGAN OLEH TUAN HAJI NAZA IDRIS SAADON
1.
Persediaan
KPM untuk membantu guru melaksanakan PBD:
1.1-
Surat
siaran pemansuhan amalan peperiksaan.
1.2-
Kursus
orientasi menerusi KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
1.3-
BUKU
PANDUAN PELAKSANAAN PBD, boleh muatturun dari laman web BPK.
1.4-
Konsep
autonomi diberikan kepada pihak sekolah
1.5-
Template
pelaporan yang holistik telah disediakan oleh BPK.
2.
Bentuk
/ proses PDP yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah:
2.1-
Penilaian
berterusan.
2.2-
Guru
perlu ada rekod tentang murid.
2.3-
Setelah
selesai proses pengajaran dan pentaksiran, guru perlu menentukan tahap
penguasaan berdasarkan DSKP.
2.4-
Merekod
ke dalam template pelaporan yang disediakan BPK. Template disediakan secara
offline.
2.5-
Boleh
menggunakan template pelaporan sebagai rekod transit sebelum meletakkan dalam
templat pelaporan sebenar.
2.6-
Guru
kelas boleh membuat ulasan tentang murid dari aspek nilai. Tidak kisah dari
segi aspek positif atau negatif.
2.7-
Guru
kelas perlu isi nama ringkas dalam senarai nama murid supaya nama ini akan
muncul di slip pelaporan.
2.8-
Guru
matapelajaran hanya isi di ruangan matapelajaran. Ulasan matapelajaran adalah optional.
2.9-
Guru
boleh cetak, atau tunjuk secara digital(whatsapp contohnya)
3.
Pertimbangan
profesional/ professional judgement
3.1-
Kita
biasa menggunakan pertimbangan profesional ketika membuat keputusan.
3.2-
Dalam
PBD, kita mempertimbangkan Tahap Penguasaan murid berdasarkan aktiviti, pentaksiran dan rekod yang ada.
3.3-
Pertimbangan
haruslah adil, telus dan berintegriti.
3.4-
Kita
ada akauntabliti adil, bertanggungjawab dan integriti
3.5-
Guru
yang mengajar ada pengetahuan tentang pedagogi subjek tersebut.
3.6-
Guru
ada rekod mengenai prestasi murid.
3.7-
Guru
perlu ada tanggungjawab.
3.8-
Pengalaman
dan pengetahuan dalam subjek itu amat perlu dalam mengajar dan menilai murid
secara professional.
3.9-
Perbincangan
bersama guru lain yang mengajar subjek lain dalam kelas tersebut juga boleh
dijadikan sebahagian pertimbangan profesional.
4.
Template
pelaporan BPK
4.1-
Template
boleh muatturun dari BPK
4.2-
Template
dalam bentuk EXCEL
4.3-
Template
ada beberapa lembaran untuk matapelajaran.
4.4-
Template
ada tafsiran tahap penguasaan. Boleh diedit oleh guru subjek jika subjek pada
pertengahan tahun tidak sama seperti dalam template pelaporan.
Soalan Online di
SPLKPM
1.
Perlukah
menyenaraikan semua instrumen yang pelbagai ini dalam borang?
Jawapan:
Dr Mohamed Abu Bakar.
Tidak perlu senarai semua instrumen pentaksiran.
Hanya merancang dan tulis dalam rancangan rekod pengajaran. Guru cuma buat instrumen mengikut keperluan murid dan objektif matapelajaran pada hari tersebut.
Pentaksiran boleh disimpan dalam rekod murid, atau senarai semak. Guru boleh
tadbir kuiz dan buat ujian. Atau pemerhatian. Murid boleh membuat pembentangan
dan itu dinilai sebagai sebahagian pentaksiran.
2.
Bagaimana
dengan borang rekod transit? Adakah masih mengekalkan borang transit atau KPM
ada sediakan borang transit khas?
Jawapan: Tuan Haji Naza Idris Saadon
-rekod boleh tulis dalam buku rekod
-rekod boleh tulis dalam buku latihan murid
-Sukar menentukan tahap penguasaan murid
jika tiada rekod
-KPM tidak menyediakan borang transit,
bergantung kepada guru sendiri
3.
Berapa
banyak bukti yang perlu dikemukakan oleh guru bagi ibubapa mengetahui prestasi
anak mereka?
Jawapan: Dr Mohamed Abu Bakar
Semua aktiviti yang dilakukan oleh murid.
Buku latihan.
Projek mudah.
Ujian.
Lukisan dan sebagainya.
Ibubapa perlu menyokong usaha sekolah dan
guru dan membantu anak di rumah.
Ibubapa perlu mengikuti perkembangan anak
di rumah.
No comments:
Post a Comment