Saturday, March 28, 2020

ALTERNATIF KEPADA GOOGLE CLASSROOM - GOOGLE SITE

Google Classroom (GC) semakin popular di negara kita sejak KPM mula menggunakannya menggantikan Frog VLE. Namun, disebabkan ia masih baru, ada murid yang belum mahir dan guru juga masih dalam pembelajaran.

Bagi guru yang telah mahir, tentunya GC tiada masalah besar. Sebagai alternatif kepada GC sementara semua pihak mahir dan berpeluang menggunakannya adalah Google Site.

Persamaan Google Classroom dan Google Site tentunya kedua-duanya adalah produk Google. Namun, pengguna Google Classroom perlu ID yang emailnya mempunyai domain yang sama, sedangkan pengguna Google Site tidak memerlukan ID khusus. Site boleh dihebahkan kepada sesiapa sahaja asalkan ada pautannya. Sekolah yang belum mendapat ID boleh mempertimbangkan Google Site sebagai platform untuk memaparkan pautan kuiz masing-masing.

Di bawah adalah contoh Google Site yang saya gunakan untuk memasukkan bahan pdp Bahasa Inggeris Tahun 1. Site ini boleh dikongsikan kepada murid sekolah lain juga. https://sites.google.com/view/msquizzes


Dalam Site tersebut saya menggunakan kuiz yang dihasilkan di Google Form. E learning pula, saya upload video dari Youtube. Saya juga mengintegrasikan Padlet dalam Site tersebut.

Jika cikgu berminat menghimpunkan link kuiz bersama video pembelajaran di Google Site, di bawah adalah langkah-langkah yang diperlukan.
















CUBA JAYA!




No comments:

Post a Comment