Thursday, April 2, 2020

SHARING IS CARING- Kuiz Google Form boleh dijadikan hak milik orang lain. Nak tahu?


Sepanjang PKP ini, ramai guru yang sudi berkongsi kuiz google form. Terima kasih. Hanya Allah mampu membalas kebaikan anda.

Anda yang kongsikan link itu, tidak dapat melihat keputusan keseluruhan murid. Sebagai contoh, Si A salah soalan yang mana? Berapa orang murid kelas anda yang salah pada soalan tertentu? Keputusan kuiz di Google Form biasanya murid screenshot kemudian hantar kepada kita. Begitu kan?

Kelmarin saya terima satu soalan yang membuka minda.

 'Bagaimana ingin melihat laporan murid yang telah menjawab kuiz daripada Google Form yang dihasilkan oleh orang lain?'

Google form sangat menjaga pemilik form. Pemilik boleh berkongsi kuiz dengan orang lain dengan cara ADD COLLABORATORS. Hanya collaborators sahaja boleh melihat laporan di form.

 Oleh itu, satu cara ialah, meminta pemilik kuiz untuk menjadikan anda salah seorang collaborators kuiz.

Selepas itu, anda boleh tekan titik tiga, dan pilih  make a copy. Ia akan copy semula form tersebut, dan anda adalah pemiliknya sekarang. Namun, cara ini agak bahaya dan ada risikonya.

Risikonya, collaborators yang pemilik baru tambah tadi mungkin terlupa hendak make a copy. Dia mungkin akan terus mengedit sehingga hasil karya pemilik telah berubah sama sekali. Sedih pula nanti.


Oleh itu, jom kita baca cara kedua.

Cara kedua, owner kuiz di Google Form boleh serahkan link sharing menerusi Google Sheets. Oleh itu, semua keputusan murid akan terpapar di situ. Jika sedikit sahaja muridnya tidak mengapalah, jika ratus-ratus, kena sort cari ikut nama sekolah la nampaknya. Selepas itu, pemilik kongsikan link spreadsheets itu melalui email. Jika anda kenal pemilik kuiz, boleh lah berbuat demikian.


Kita baca pula cara ketiga.


Cara ketiga ialah, pemilik boleh serah link yang memaksa guru copy kuiz google form. Kiranya jalan pintas daripada cara pertama. So, jika ada owner kuiz yang berminat serah kuiz kepada guru lain untuk dimanfaatkan sepanjang PKP ini, ikuti langkah di bawah.

Buka google form kuiz itu dahulu. Kemudian ikuti langkah-langkah ini:

1. Tekan titik tiga, ambil  Add COLLABORATORS


2. Tukar private kepada Anyone with the link



3. Copy link yang ingin dikongsikan. Paste di mana-mana yang boleh kita edit link itu.



3.  Edit link tersebut dengan memadam perkataan belakang berwarna biru. Contoh di bawah.

https://docs.google.com/forms/d/1NjJ_rIyVtb_ErTAus4f5xyc_OUerhfLB6HcVxj-ZIpk/edit?usp=sharing

Gantikan dengan perkataan copy

https://docs.google.com/forms/d/1NjJ_rIZVtb_ErTAus4f5Ayc_OUerhfLB6HcVxj-ZIpk/copy



4. Sekarang dah boleh kongsikan kepada guru lain. Apabila mereka copy link dan paste pada chrome tab, ia kan memaksa mereka copy kuiz Google Form.


5. Guru-guru yang ingin menyalin kuiz Google Form tersebut hanya perlu tekan Make a copy yang bewarna biru dalam gambar di atas. Ianya menjadi hak milik anda selama-lamanya. 
Pastikan anda tahu di mana nak simpan Kuiz ini. Ia akan tersimpan di Drive.


6. Sekarang editlah soalan, theme dan sebagainya mengikut kesesuaian. Tutorial Edit Google Form saya dah buat sebelum ini. Tengok link di belah kanan blog ini.

Di bawah, saya serahkan hak milik beberapa kuiz Bahasa Inggeris yang saya sediakan untuk semua guru tahun 1. Seandainya saya mengajar tahun lain juga, tentunya saya kongsikan. Tapi apa kan daya saya hanyalah seorang guru tahun 1. Semoga bermanfaat untuk semua. Doakan anak-anak saya sihat walafiat, dan berjaya dunia akhirat. Aamiin. 


PHONICS

bit.ly/phonicsgockquiz

bit.ly/phonicssatpquiz

bit.ly/phonicsinmdquiz

READING

bit.ly/readandrecordquiz

bit.ly/whatsyournamequiz

NUMBERS

bit.ly/howoldareyouquiz

bit.ly/writingnumbersquiz

COLOURS

bit.ly/coloursquiz


AT SCHOOL

bit.ly/Whatsthisquiz


jika cikgu-cikgu tidak mahu mengedit sendiri kuiz ini, sebaliknya selesa ia dikongsikan kepada orang lain di mana saya sebagai pemiliknya, boleh ambil di link di bawah:


Ia berada pada Site yang saya buat. Ada nota dan video di situ. Bukan setakat kuiz google form, saya juga bina di  Quizizz dan Quizalize. InsyaAllah akan terus update dengan platform kuiz yang lain. Inilah masa nak mencuba pelbagai platform kuiz atas talian.


https://sites.google.com/view/msquizzes


EXPLORE TO BE EXPERT

-Salam setahun blog Madam Syuhada-


No comments:

Post a Comment