Monday, April 6, 2020

WIZER.ME, TUTORIAL DAN KELEBIHAN

Sebaik sahaja melihat wizer.me di Ash Teacher telegram Group. Saya terus mendaftarkan diri dan meneroka kelebihan wizer.me berbanding platform pembelajaran yang lain. Ternyata ada beberapa kelebihan wizer.me yang membuatkan saya terus jatuh hati.



Lihat video di bawah, sebahagian latihan yang saya buat menggunakan wizer.me.





Antara kelebihan wizer.me adalah ia membolehkan pelajar menulis jawapan pada gambar. Kita boleh letak gambar latihan dan murid boleh menaip di gambar tersebut.

Selain itu, wizer.me mempunyai tugasan seperti matching, grouping, open questions dan multiple choice.

Membuatkan ia lebih istimewa adalah fungsi drawing. Pelajar boleh menjawab soalan dengan melukis gambar.


Kita boleh kongsikan link kepada murid, atau hubungkan terus dengan online class dengan cara maemasukkan kod kelas. Google Classroom juga boleh dihubungkan dengan wizer.me. Perfect!


Di bawah tutorial mendaftar dan membuat soalan di wizer.me





















Cubalah. Tekan-tekan saja tab itu.

Explore to be expert.


SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment