Pendidikan Sivik akan diterapkan dalam subjek BM, BI, Pendidikan Islam, Sejarah dan Pendidikan Moral bagi sekolah rendah mulai Jun minggu keempat ini.
Di bawah, saya sertakan link untuk bahan-bahan taklimat tersebut.
http://bit.ly/siviksekolahrendah
Perlaksanaanya adalah selama sejam (60 minit), pada minggu keempat setiap bulan.
Saya difahamkan, guru boleh memilih pelbagai tajuk yang ada di bawah 4 nilai teras utama itu. (Kasih sayang, Hormat menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan)
Selepas memilih tajuk yang sesuai, guru boleh merangka rancangan pengajaran harian dengan tiga OBJEKTIF di bawah literasi sivik.
1. PENGETAHUAN / KNOWLEDGE
2. SOSIO EMOSI / SOCIOEMOTIONAL
3. TINDAKAN/ ACTION
PENGETAHUAN (pengetahuan kewarganegaraan)
Merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang warganegara khususnya pengetahuan tentang hal ehwal raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, pentadbiran dan kerajaan, masyarakat sivil, hak asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang negara. Melalui pengetahuan sivik, setiap warganegara dapat memahami hak dan tanggungjawab bagi menjadikan mereka berfikiran lebih terbuka, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran serta boleh berfungsi dalam sistem sosiopolitik.
- apa yang murid tahu, dapat, input tentang tajuk.
CONTOH; Murid menerangkan tiga cara menjaga haiwan peliharaan
SOSIO EMOSI (sikap kewarganegaraan)
Karakter atau sikap kewarganegaraan adalah kemahiran yang diperlukan untuk mengenali dan menguruskan emosi, membuat keputusan secara bertanggungjawab berdasarkan pertimbangan sivik, prihatin serta membina hubungan kasih sayang secara positif. Melalui sosioemosi sivik, setiap warganegara mampu menangani situasi yang mencabar secara rasional serta boleh menyesuaikan diri dalam kepelbagaian masyarakat.
CONTOH: Murid menunjukkan rasa kasih sayang terhadap haiwan peliharaan
TINDAKAN (ketrampilan kewarganegaraan)
Keterampilan kewarganegaraan adalah individu yang mampu melaksanakan hak-hak kewajipannya sebagai warganegara, bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Melalui tindakan sivik, setiap warganegara berupaya untuk menyokong dan menyumbang melalui aktiviti kemasyarakatan, pembangunan negara serta mampu memberi respons perkara-perkara berkaitan dengan masyarakat, negara dan global.
CONTOH: Murid menyayangi haiwan dengan cara memenuhi keperluan asas haiwan peliharaan.
Bagi subjek Bahasa Inggeris,
Objektif pembelajaran tidak perlu letak Complementary objectives.
Objektif ada tiga mernagkumi aspek KNOWLEDGE, SOCIOEMOTIONAL AND ACTION.
RPH masih sama tetapi ada tambahan:
1. CORE VALUE
2. CONTEXT
3. THREE OBJECTIVES OF KNOWLEDGE, SOCIOEMOTIONAL AND ACTION
skills, boleh pilih mana-mana skill yang kita mahu murid dapat. Focus skills and complementary skills.
Penilaian PBD berlaku seperti biasa, kecuali jika guru tahap 1 melaksanakan skills Language Art. (language art tiada performance level)
Aktiviti penilaian PBD juga berlaku seperti biasa mengikut kaedah PAK abad ke 21.
UPDATE 25 JULAI 2019.
BPK telah memuatnaik modul examplar bahasa inggeris di web nya dinamakan:
Specifications for civic education in primary school and secondary school. cikgu boleh klik link bitly di atas, kerana saya dah muatnaik fail tersebut.
Setakat ini perkongsian saya.
Sekian,
-
No comments:
Post a Comment