Showing posts with label E transit form. Show all posts
Showing posts with label E transit form. Show all posts

Sunday, April 28, 2019

Borang Transit Secara Online? Tidak mustahil dengan teknologi serba canggih dewasa ini.

Assalammualaikum semua pembaca.

Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Saya cuba membahagi masa supaya dapat berkongsi perkara bermanfaat di sini.

Saya sempat kumpulkan semua borang transit dalam satu post, supaya senang cikgu-cikgu copy, edit dan share kepada rakan guru yang lain. Jika bermanfaat  share lah. Jika tidak, cikgu boleh gunakan borang biasa menggunakan  pen saja. Setiap manusia ini, ada minat yang berbeza. Kita raikan minat dan pandangan masing-masing.



Langkahnya sangat mudah.

1. Copy link dan paste dalam mana-mana chrome tab. 

2. Pilih make a copy

3. Paparan Sheets akan kelihatan, tukar tajuk file, taip nama murid di ruangan nama murid. Jika tiada ruangan tersebut, cikgu tekan butang + di tab sheets.

4. Ambil satu tab, tekan Form, Edit Form. Paparan Google Form akan kelihatan. Edit standard pembelajaran jika perlu. Copy dan Paste nama murid di ruangan TP/PL.

5. Ambil titik 3, get prefilled link, Get link, Copy link. Paste dalam Private Group di Telegram.

6. Buat QR Code bagi link tersebut. Cetak dan tampal dalam buku rekd mengajar.

7. Ulang langkah 4-6 dengan tab yang lain pula. 

8. Ambil Butang share berwarna hijau di google Sheets tad, ambil shareable link. On- Anyone with the link can view. Copy link. Buat QR code juga untuk link tersebut. Cetak dan tampal dalam buku rekod mengajar.


Silakan pilih link subjek anda.
Link berbeza sikit dari dalam post sebab link ini saya dah buat bagi comel menggunakan Bitly. Bila copy dalam chrome link ini sebenarnya link yang sama saja.

Pilih lah.


Bahasa Inggeris tahun 1

Bahasa Melayu Tahun 1

Matematik Tahun 1

Sains Tahun 1

Pendidikan Islam Tahun 1        

Bahasa Arab Tahun 1
http://bit.ly/etransitformBahasaArabTahun1

UPDATE 1/6/2019
Bahasa Inggeris Tahun 6  -   http://bit.ly/etransitformyr6

Bahasa Inggeris Tahun 5 - http://bit.ly/easyetransitformyr5

Selamat bermain-main dengan Google Form.

UPDATE- 29/5/2019

Saya sempat explore Google Sheets untuk e transit form versi gambar. Saja letak gambar. Khas bagi guru subjek Pendidikan Kesenian (Seni) tahun 1 yang masa mengajar sikit, dan sukar mengecam murid.

Cara muatturun

 Copy link dan paste ke dalam Chrome tab. Tekan enter, make a copy.


 http://bit.ly/etransitformPendidikanKesenianVersiGambar

http://bit.ly/etransitformPKtahun1versigambar

http://bit.ly/etransitformsainstahun2versigambar

http://bit.ly/etransitformbahasaarabtahun2versigambar

http://bit.ly/etransitformPendidikanMoraltahun1versigambar

http://bit.ly/etransitformtmktahun5

http://bit.ly/etransitformRBTtahun5versigambar

http://bit.ly/EtransitformSejarahtahun5Versigambar

http://bit.ly/etransitformMUZIKTAHUN1versigambarDANvideo

E transit versi gambar ini menggunakan Google Sheets sepenuhnya. Baca panduan dalam Google Sheets tersebut ya.

Jika guru tahun lain ingin menggunakan Google Sheets ini, boleh baca di panduan. Tukar data pada drop down menu saja. Data yang perlu ditukar adalah tajuk dan standard pembelajaran.

Jika perlu melihat video cara penggunaannya, boleh klik di sebelah kanan blog saya. ada link tertera.Pilih link pendidikan kesenian ataupun pendidikan kesihatan.


OPPPSSTTT.. sebelum terlupa, silakan isi borang maklumbalas penggunaan e transit form supaya saya dapat tambahbaik borang ini untuk kegunaan semua.


Sekian,






Friday, April 19, 2019

EASY E TRANSIT FORM (BORANG TRANSIT MATEMATIK TAHUN 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dua minggu juga masa diambil bagi menyiapkan e transit form subjek matematik.
 Saya berhenti separuh jalan setelah template pelaporan PBD yang baru dikeluarkan, dan berbeza pula template matematik yang baru ini dengan yang lama.

Kenapa penting merujuk kepada template pelaporan BPK? ini kerana cikgu akan mengisi template pelaporan BPK bagi tujuan penyerahan keputusan kepada pihak sekolah dan waris murid. E transit ini hanya sebagai borang rujukan, sebelum cikgu memindahkan keputusan ke dalam template pelaporan yang disediakan oleh BPK.

Selain itu, borang transit boleh menjadi rujukan cikgu sekiranya cikgu ingin menjalankan pentaksiran sumatif. Bagaimana? rujuk kepada data respondens. Teliti standard pembelajaran, dan teliti TP murid bagi standard itu. Jika didapati murid tidak kuasai dengan baik, eloklah cikgu ulang semua pdp tersebut dalam bentuk pentaksiran sumatif.

Saya membuat template e transit form ini merujuk kepada borang transit matematik tahun 1. Oleh itu, saya hanya meletakkan standard pembelajaran saja berbentuk no saja. Sebagai contoh, 1.1.1. Cikgu perlu merujuk kepada rancangan pelajaran harian untuk mengetahui deskriptor setiap standard pembelajaran tersebut.

 Dalam spreadsheet ada 8 borang bermakna ada 8 forms yang cikgu perlu copy link. Banyak juga kan? Ya, betul. banyak juga tu. Seeloknya, cikgu wujudkan Private group untuk meletakkan link berkenaan supaya mudah diakses.

Tujuan e transit ini adalah untuk memudahkan key in data TP murid. Andai cikgu berasa susah, atau tidak kena dengan jiwa cikgu, boleh saja cikgu kembali menggunakan borang transit yang biasa. Tiada paksaan. Setiap orang punya minat dan cara yang berbeza. Ada yang minat menulis, ada yang minat visual, ada yang minat teknologi dan sebagainya.

Tidak kisah bagaimana pun caranya, elektronik atau cara menulis biasa, asalkan borang transit ini membantu cikgu dalam meletakkan TP yang betul.

Langkah untuk mendapatkan template e transit matematik tahun 1 ini. Ada 10 langkah mudah:

1. Copy link ini

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1coqfkE9pDn41gujuaupXvyp1CIARyXZS3Jylb7xv1Ek/copy

2. Paste link dalam mana-mana chrome tab

3.Pilih make a copy

4. Kini, ada paparan dalam google sheets. Tukar nama template itu, letakkan nama kelas.

5. Taip nama murid di sheets nama murid.

6. Klik icon form, ambil edit form. Edit nama murid, cikgu boleh gunakan Ctrl C copy nama murid, dan CTRL V untuk paste nama murid di ruangan TP di Form. atau baca caranya di link ini

Cara copy paste nama murid

7. Semak nama di Google sheets, dikhuatiri nama murid tidak keluar.

8. Klik dot tiga dalam form, ambil prefilled link, get link, copy link. Paste dalam Telegram Private Group.

9. Isikan form, masukkan TP murid setiap kali selesai pentaksiran, dan semak data itu dalam Sheets.

10. Teruskan dengan edit form bagi topik yang lain. Ulang langkah 6-9.

Selamat mencuba!

Mohon cikgu isikan borang maklumbalas di link di bawah ya.

Maklumbalas penggunaan easy e transit form


Terima kasih.



Tuesday, April 9, 2019

Bahagian Dua Versi BM - Paparan Borang Transit Online menggunakan QR Code

Assalammualaikum dan hai semua.

Posting kali ini, saya nak berkongsi cara untuk papar borang transit dan rekod transit online dalam buku rekod mengajar atau fail rekod mengajar.

senang saja caranya.





Langkah-langkahnya:

1. Copy link borang transit di google form itu atau tekan butang SEND. Klik butang link. 

2. Paste di mana-mana web yang boleh menghasilkan QR Code.

3. Jana QR code.

4. Download QR Code.

5. Print QR Code.

6. Tampal dalam buku rekod mengajar atau fail.

Mudah kan.

Saya juga membuat Group Telegram Khas untuk kelas saya supaya senang saya klik link.

Dengan inovasi baru daripada Google dan penyumbang luar yang bekerjasama dengan Google, anda juga boleh menghasilkan Apps sendiri bagi borang transit dan rekod transit anda.

Wow sangat kan?

Saya belum explore lagi bagaimana caranya.

Jika saya berpeluang berkongsi insyaAllah saya kongsikan ya.

Sekian.

Selamat mencuba!

-Madam Syuhada-

Sunday, April 7, 2019

PART 1 - a tutorial using screencast o matic

Assalammualaikum and welcome to Madam Syuhada's blog.

I made a new tutorial video using screencast o matic. It's clearer than using your handphone and record it by yourself..


The other part 1 is down there:

PART 1

Explore and share with me, okay!

Watch the video below:


Oh ya, teachers, I guess the learning standards for Year 1-3 same, right? If so, never change that part ya.

That's all teachers. You can watch Part 2. Search at my blog.

Regards,

Madam Syuhada

Saya mahu menggunakan Easy E transit Form untuk Subjek Bahasa Melayu.(Bahagian 1 Versi BM))

Assalammualaikum dan hai semua.

Ada ke yang bertanya soalan di atas?

Alhamdulillah jika cikgu berminat. Saya akan cuba membantu. Saya dah rasa mudah sangat key in transit form saya. Hari-hari saya key in tanpa jemu.hehehe.. Kalau dulu, saya tunggu cuti sekolah baru nak isi. fuhhhhh.. sekali isi sakit pinggang oh.. sebab banyak sangat.


Bagi cikgu subjek Bahasa Melayu, cikgu perlu edit tiga perkara, iaitu bahasa,  Standard Pembelajaran dan nama murid.

Caranya:


1. Copy link di bawah:

https://docs.google.com/spreadsheets/d/104YUmsf2bOs30hQBcINSNIH8CaEwgjBZ5SfAIferuOg/copy


2. Paste di mana2 tab dalam google chrome. Tekan enter. Make a copy.

3. Step ke tiga banyak caranya. Oleh itu, cikgu tonton la video di bawah ya.



Bagaimana? Harap semua faham dan boleh aplikasi ya.

Kalau ada pertanyaan, boleh saja bertanya di Telegram Group. Klik link di sebelah kanan blog ini atau klik di bawah ni.

https://t.me/borangtransitsecaraonline

Terima kasih.

Yang benar,
Madam Syuhada

Friday, April 5, 2019

Design your own PBD transit form- Without using the template

Assalammualaikum and hi teachers.

I have shared the tutorial to copy my template for making an easy e transit form. You can click at the previous post. Here -->

https://madamsyuhada.blogspot.com/2019/04/heres-easy-e-transit-form-for-english.html

For those who want to learn making your own form, you can follow the tutorial here.



Here's the link in PDF format.

tutorial to create a google form for PBD transit form

Please remember  the steps:

1. Create the  form using Google Form for each skills (writing, listening, reading and speaking)
2. Link the form with the Google Sheets (make sure it is in the same sheets, choose existing sheets)
3. Copy the prefilled link for Google Form and paste in the Private Telegram Group
4. Copy the Google Sheets link in the private Telegram Group too.
5. Make QR Code for the link and paste in your record book.

Any questions? join my Telegram Group to discuss.

Regards,
Madam Syuhada