Friday, April 19, 2019

EASY E TRANSIT FORM (BORANG TRANSIT MATEMATIK TAHUN 1)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dua minggu juga masa diambil bagi menyiapkan e transit form subjek matematik.
 Saya berhenti separuh jalan setelah template pelaporan PBD yang baru dikeluarkan, dan berbeza pula template matematik yang baru ini dengan yang lama.

Kenapa penting merujuk kepada template pelaporan BPK? ini kerana cikgu akan mengisi template pelaporan BPK bagi tujuan penyerahan keputusan kepada pihak sekolah dan waris murid. E transit ini hanya sebagai borang rujukan, sebelum cikgu memindahkan keputusan ke dalam template pelaporan yang disediakan oleh BPK.

Selain itu, borang transit boleh menjadi rujukan cikgu sekiranya cikgu ingin menjalankan pentaksiran sumatif. Bagaimana? rujuk kepada data respondens. Teliti standard pembelajaran, dan teliti TP murid bagi standard itu. Jika didapati murid tidak kuasai dengan baik, eloklah cikgu ulang semua pdp tersebut dalam bentuk pentaksiran sumatif.

Saya membuat template e transit form ini merujuk kepada borang transit matematik tahun 1. Oleh itu, saya hanya meletakkan standard pembelajaran saja berbentuk no saja. Sebagai contoh, 1.1.1. Cikgu perlu merujuk kepada rancangan pelajaran harian untuk mengetahui deskriptor setiap standard pembelajaran tersebut.

 Dalam spreadsheet ada 8 borang bermakna ada 8 forms yang cikgu perlu copy link. Banyak juga kan? Ya, betul. banyak juga tu. Seeloknya, cikgu wujudkan Private group untuk meletakkan link berkenaan supaya mudah diakses.

Tujuan e transit ini adalah untuk memudahkan key in data TP murid. Andai cikgu berasa susah, atau tidak kena dengan jiwa cikgu, boleh saja cikgu kembali menggunakan borang transit yang biasa. Tiada paksaan. Setiap orang punya minat dan cara yang berbeza. Ada yang minat menulis, ada yang minat visual, ada yang minat teknologi dan sebagainya.

Tidak kisah bagaimana pun caranya, elektronik atau cara menulis biasa, asalkan borang transit ini membantu cikgu dalam meletakkan TP yang betul.

Langkah untuk mendapatkan template e transit matematik tahun 1 ini. Ada 10 langkah mudah:

1. Copy link ini

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1coqfkE9pDn41gujuaupXvyp1CIARyXZS3Jylb7xv1Ek/copy

2. Paste link dalam mana-mana chrome tab

3.Pilih make a copy

4. Kini, ada paparan dalam google sheets. Tukar nama template itu, letakkan nama kelas.

5. Taip nama murid di sheets nama murid.

6. Klik icon form, ambil edit form. Edit nama murid, cikgu boleh gunakan Ctrl C copy nama murid, dan CTRL V untuk paste nama murid di ruangan TP di Form. atau baca caranya di link ini

Cara copy paste nama murid

7. Semak nama di Google sheets, dikhuatiri nama murid tidak keluar.

8. Klik dot tiga dalam form, ambil prefilled link, get link, copy link. Paste dalam Telegram Private Group.

9. Isikan form, masukkan TP murid setiap kali selesai pentaksiran, dan semak data itu dalam Sheets.

10. Teruskan dengan edit form bagi topik yang lain. Ulang langkah 6-9.

Selamat mencuba!

Mohon cikgu isikan borang maklumbalas di link di bawah ya.

Maklumbalas penggunaan easy e transit form


Terima kasih.



No comments:

Post a Comment