Showing posts with label templat pelaporan PBD 2019. Show all posts
Showing posts with label templat pelaporan PBD 2019. Show all posts

Friday, May 3, 2019

E-Borang Serahan Templat Pelaporan PBD

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Moga semua pembaca blog ini sihat walafiat hendaknya.


Kali ini, saya berkongsi templat e-borang dalam bentuk Google Form beserta salinan spreadsheet berkenaan kutipan PBD 2019.

E borang ini perlu bagi memastikan SU PBS/ SU PBD tahu, guru yang sudah selesai pengisian data Tahap Penguasaan, subjek dan kelasnya. Tidak perlu lah SU PBS/SU PBD buka fail satu-satu untuk melihat siapa yang dah selesai dan siapa yang belum.

Bayangkan SU PBS/SU PBD perlu meneliti semua kelas dan semua guru? Sebagai contoh, satu sekolah mempunyai 50 orang guru. Tahun satu ada 9 subjek. semua aliran ada 3 kelas.  Setiap guru ada yang mengajar 4 subjek, ada yang mengajar 10 subjek, ada yang lagi kesian, 20 subjek. Berapa jumlah semua yang perlu disemak status penghantarannya? Kalau tidak disemak, sampai saja tempoh penghantaran, eh? cikgu sekian sekian tidak hantar lagi. Errrr... saya memikirkannya pun dan membuat saya stresss hehehehe..

Maka, bagi mengelak stress melampau, marilah gunakan Google Form. Selepas cikgu sekolah mengisi template pelaporan PBD yang dikongsikan (saya menggunakan templat dalam format Google Sheets), guru akan mengisi form ini. Subjek yang ada dari aliran perdana sehingga pendidikan khas. Subjek Pendidikan Khas akan diisi oleh guru sendiri, kerana saya tidak membuat drop down menu bagi subjek Pendidikan Khas.

Setelah SU PBS/PBD selesai edit nama guru dan nama kelas, jangan lupa kongsikan link form ini kepada semua cikgu. Jika SU PBS/SU PBD ada group telegram sendiri, pinned kan link ini sebagai pinned message.

Jom kita baca langkah-langkahnya. Ok saya bagi besar sikit tulisan ini.

Langkah-langkah mengaktifkan e borang serahan PBD:


1. Copy link di bawah dan paste dalam mana-mana chrome tab

http://bit.ly/eborangserahanPBD2019


2. Pilih make a copy.

3. Sekarang, paparan Spreadsheet akan kelihatan seperti di bawah. Pilih nama guru, copy paste nama guru di situ.


4. Pilih tab status penghantaran PBD. Klik form, edit form. Paparan Google form akan muncul.

5. Edit nama guru dengan cara copy nama guru di langkah no 3, dan paste di ruangan nama guru dalam Google Form.

6. Edit nama kelas mengikuti sekolah masing-masing. (setiap soalan itu telah dibuat section mengikut jawapan, jadi, bahagian itu tidak perlu editan. hanya tukar nama kelas sahaja.)

7. untuk berkongsi pautan Google Form, klik SEND di bahagian atas berdekatan dengan setting. Ambil bahagian link, copy link. Paste link ini ke dalam Group Telegram Sekolah.



Jom kita baca pula cara untuk menjadikan e borang ini mudah diakses dan dipantau oleh diri sendiri, GB, PPD atau Nazir.

Ada dua cara yang boleh saya fikirkan buat masa ini, iaitu,

Cara 1-Qr Code Generator

SU PBS boleh hasilkan satu QR Code bagi sheets ini dengan cara copy paste link sheets ke dalam QR Code Generator. Link boleh diambil dalam butang Share berwarna hijau.

QR Code itu dicetak dan disimpan dalam fail PBD sekolah. Label QR Code tersebut bagi comel,dah selesai satu kerja.

Cara 2- Cetak terus dari Google Sheets


Google sheets boleh dicetak. Cuma tekan gambar printer, cetak seperti biasa. Masukkan helaian ke dalam fail PBD Sekolah.

Baiklah, dah sampai bahagian akhir dah ni, cikgu dah cuba belum?

Bagi melihat keputusan pengisian data oleh guru, cikgu boleh lihat di Google Form, bahagian responses. Di sana, cikgu boleh mengesan guru- guru yang belum mengisi dan menyerahkan  template pelaporan subjek masing-masing.

Sekian, semoga bermanfaat untuk semua.






Wednesday, May 1, 2019

TEMPLAT PELAPORAN PBD 2019 DALAM FORMAT GOOGLE SHEETS.

Assalammualaikum dan selamat malam.


Dah malam dah pun, sempat lagi buka laptop sekejap bagi berkongsi template pelaporan PBD seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ini.



Kenapa saya memilih Google Sheets sebagai medium pengisian data ini, saya dah terangkan dalam post sebelum ini. Antara sebabnya ialah, ia medium online. Sebarang perubahan terus disimpan secara automatik.

Sebenarnya template pelaporan ini kelihatan sama sahaja seperti template di BPK kecuali bahagian ulasan guru kelas. BPK menyediakan template dalam bentuk excel. excel sukar dikongsi, kerana perlu disimpan dalam satu komputer saja. Sedangkan templat terbaru, terdapat banyak subjek dalam satu fail. Ramai guru perlu berkongsi dalam satu fail. jadi solusinya, biarkan guru mengisi secara online dulu. selesai pengisian, cikgu boleh muatturun sebagai excel atau copy paste saja ke dalam templat BPK.

Namun, Excel dan google sheets ada perbezaan sedikit. Pertukaran Excel ke Sheets, ada drop down menu yang tidak boleh dijanakan dalam Sheets. Di sini, memerlukan sedikit editan. Saya terkial-kial membuat editan sebelum saya bertemu dengan Cikgu Hasya Yusof di alam maya.


Saya beroleh template pelaporan dalam bentuk Sheets ini daripada beliau. Terima kasih cikgu di atas perkongsian. Beliau juga bersetuju untuk saya paparkan template pelaporan dalam Google Sheets di blog ini bagi membolehkan guru lain juga berkongsi templat. Alhamdulillah.

Cuma bagi Pendidikan Muzik, template pelaporan diasingkan daripada template gabungan, oleh kerana datanya agak sukar dikepilkan sekali. Buat masa ini, Tahap 2 masih menggunakan template yang sama seperti tahun lepas.

Ok, jadi cadangan saya, jika cikgu ingin mudah kumpul data secara online boleh gunakan google sheets. Selepas itu, jika cikgu ingin menyimpan dalam excel, cikgu download as excel, atau pun copy paste semula data ke dalam template EXCEL BPK.

Link adalah seperti di bawah. SU PBS yang berminat boleh muatturun dengan cara

1.       1. copy link di mana-mana chrome tab.
2.      tekan enter.
3.       Pilih Make a copy.


Siap. Sheet tadi sudah milik anda. Pastikan ingat disimpan dalam Drive email yang mana. Kalau banyak email, memang seksa nak mencari fail ini. Jangan lupa, tukar nama file ini mengikut kelas supaya mudah dicari.

Bagi berkongsi pautan dengan guru lain, cikgu perlu ikuti langkah di bawah:


1. Share(butang berwarna hijau)



2. ambil shareable link, 


3. On-anyone with the link can edit. (link boleh dikongsikan  dalam group Telegram, tetapi kurang privasi)

4. Inginkan privasi, boleh kongsi template ini menggunakan email YES.



 Pautan adalah seperti di bawah. Muatturun dengan mudah.

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4



Tahun 5



 Tahun 6




Jika ada pautan yang silap atau tidak dapat diakses, mohon cikgu respon di comment ya.

Harap bermanfaat untuk semua. Jika berminat untuk berkongsi pengalaman sebagai SU PBS, boleh sertai saya di Telegram.

Sekian,