Kali ini, saya berkongsi templat e-borang dalam bentuk Google Form beserta salinan spreadsheet berkenaan kutipan PBD 2019.
E borang ini perlu bagi memastikan SU PBS/ SU PBD tahu, guru yang sudah selesai pengisian data Tahap Penguasaan, subjek dan kelasnya. Tidak perlu lah SU PBS/SU PBD buka fail satu-satu untuk melihat siapa yang dah selesai dan siapa yang belum.
Bayangkan SU PBS/SU PBD perlu meneliti semua kelas dan semua guru? Sebagai contoh, satu sekolah mempunyai 50 orang guru. Tahun satu ada 9 subjek. semua aliran ada 3 kelas. Setiap guru ada yang mengajar 4 subjek, ada yang mengajar 10 subjek, ada yang lagi kesian, 20 subjek. Berapa jumlah semua yang perlu disemak status penghantarannya? Kalau tidak disemak, sampai saja tempoh penghantaran, eh? cikgu sekian sekian tidak hantar lagi. Errrr... saya memikirkannya pun dan membuat saya stresss hehehehe..
Maka, bagi mengelak stress melampau, marilah gunakan Google Form. Selepas cikgu sekolah mengisi template pelaporan PBD yang dikongsikan (saya menggunakan templat dalam format Google Sheets), guru akan mengisi form ini. Subjek yang ada dari aliran perdana sehingga pendidikan khas. Subjek Pendidikan Khas akan diisi oleh guru sendiri, kerana saya tidak membuat drop down menu bagi subjek Pendidikan Khas.
Setelah SU PBS/PBD selesai edit nama guru dan nama kelas, jangan lupa kongsikan link form ini kepada semua cikgu. Jika SU PBS/SU PBD ada group telegram sendiri, pinned kan link ini sebagai pinned message.
Jom kita baca langkah-langkahnya. Ok saya bagi besar sikit tulisan ini.
Langkah-langkah mengaktifkan e borang serahan PBD:
1. Copy link di bawah dan paste dalam mana-mana chrome tab
http://bit.ly/eborangserahanPBD2019
2. Pilih make a copy.
3. Sekarang, paparan Spreadsheet akan kelihatan seperti di bawah. Pilih nama guru, copy paste nama guru di situ.
4. Pilih tab status penghantaran PBD. Klik form, edit form. Paparan Google form akan muncul.
5. Edit nama guru dengan cara copy nama guru di langkah no 3, dan paste di ruangan nama guru dalam Google Form.
6. Edit nama kelas mengikuti sekolah masing-masing. (setiap soalan itu telah dibuat section mengikut jawapan, jadi, bahagian itu tidak perlu editan. hanya tukar nama kelas sahaja.)
7. untuk berkongsi pautan Google Form, klik SEND di bahagian atas berdekatan dengan setting. Ambil bahagian link, copy link. Paste link ini ke dalam Group Telegram Sekolah.
Jom kita baca pula cara untuk menjadikan e borang ini mudah diakses dan dipantau oleh diri sendiri, GB, PPD atau Nazir.
Ada dua cara yang boleh saya fikirkan buat masa ini, iaitu,
Cara 1-Qr Code Generator
SU PBS boleh hasilkan satu QR Code bagi sheets ini dengan cara copy paste link sheets ke dalam QR Code Generator. Link boleh diambil dalam butang Share berwarna hijau.QR Code itu dicetak dan disimpan dalam fail PBD sekolah. Label QR Code tersebut bagi comel,dah selesai satu kerja.
Cara 2- Cetak terus dari Google Sheets
Google sheets boleh dicetak. Cuma tekan gambar printer, cetak seperti biasa. Masukkan helaian ke dalam fail PBD Sekolah.
Baiklah, dah sampai bahagian akhir dah ni, cikgu dah cuba belum?
Bagi melihat keputusan pengisian data oleh guru, cikgu boleh lihat di Google Form, bahagian responses. Di sana, cikgu boleh mengesan guru- guru yang belum mengisi dan menyerahkan template pelaporan subjek masing-masing.
Sekian, semoga bermanfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment