Assalammualaikum dan selamat datang ke blog Madam Syuhada.
POST NI DAH DI EDIT, SAYA GANTIKAN TEMPLAT TERBARU EDITAN DARI DR SAGA. LINK DAH DITUKAR YANG BARU. BACA DI BAWAH LAGI BAHAGIAN LANGKAH A.
POST NI DAH DI EDIT, SAYA GANTIKAN TEMPLAT TERBARU EDITAN DARI DR SAGA. LINK DAH DITUKAR YANG BARU. BACA DI BAWAH LAGI BAHAGIAN LANGKAH A.
Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Alhamdulillah,
seminggu tidak menulis, tangan sudah gatal nak menaip. Cuma, masa belum ada.
Seminggu ini, saya berusaha mengedit templat pelaporan bagi
menyediakan satu templat untuk semakan ibu bapa. Impian untuk membolehkan ibu
bapa log in Frog VLE dan melihat sendiri prestasi anak mereka di satu site
Pelaporan PBD. Semoga dengan log in ini, KPI Frog akan meningkat dengan
jayanya.
Bagi amatur, ia nya bukan tugas mudah. Excel bukanlah kepakaran
saya. Kalau FB iye la. Selongkar merata nak boleh edit pun. Fuh, cabaran
sungguh. Hehehehe…
Renungan untuk SU PBS,
sebelum saya teruskan dengan tajuk post kali ini.
“SU Peperiksaan ada juga laman web nya SAPS. SU SEGAK, PAJSK, ada laman web PAJSK. Setiausaha LDP ada laman web SPLKPM, Setiausaha PBS ada apa ya?"
Satu yang ada hanya templat pelaporan yang disediakan dalam
Excel. Excel pula susah untuk dikongsikan melainkan diletakkan dalam satu PC
dan berkongsi lah laporan di situ.
Ataupun, dikongsikan
dalam Telegram. Sesiapa dah siap, sila lah hantar di situ. Cara ini ada
cabarannya. Dengan templat BPK yang baru ini, agak rumit dikongsikan
menggunakan Telegram disebabkan semua templat diletakkan dalam satu fail.
Kesilapan pengisian boleh berlaku kerana tersalah ambil fail yang tidak
terkini. SU PBD akan mulai pening kepala bila melihat banyak fail yang sama
dikongsikan semula dalam satu Group Telegram.
Berbalik kepada tajuk hari ini, templat pelaporan untuk
semakan ibubapa menggunakan no Mykid.
Ha, saya nak cerita satu perkara penting. Templat ini diedit
oleh DR SAGA admin group erph free (Telegram). Dengan izin beliau, saya
berkongsi templat ini bersama semua pembaca blog ini.
Templat ini sama sahaja dengan templat dari BPK, tetapi
templat BPK mengutamakan nama murid dan dicipta untuk akses guru. Sekali kita
klik pelaporan individu, semua nama murid keluar. Cara begini tidak sesuai
untuk semakan ibu bapa. Ini kerana ibu A yang sedang melihat keputusan anaknya,
boleh juga klik nama murid Z untuk saja-saja lah skodeng keputusan murid Z yang
juga berada di dalam kelas yang sama. Apabila ini berlaku, ibu murid A akan
mula berasa gusar melihat keputusan murid Z lebih baik, ataupun mungkin merasa
riak melihat keputusan murid Z yang kurang baik daripada anak beliau. Perkara
begini tidak digalakkan dalam PBD. PBD tidak membuat perbandingan antara murid,
tetapi melihat perkembangan murid secara individu, begitu!
Oleh itu, DR SAGA pun
mulai mengubah formula dan menjadikan templat pelaporan yang mesra no my kid.
Cikgu- cikgu boleh cuba di Site di bawah. Ini Site cubaan saya menggunakan templat
DR SAGA. Nama sekolah pun saya biarkan
begitu. Cuma nama murid dan no mykid saya reka sendiri. Sila cuba. Pilih mana-mana no my kid rekaan itu. Taip di kotak putih pertama. Klik enter. Ingin tukar bahasa, taip 1- Bahasa Melayu, taip 2, Bahasa Cina. Saya hanya isi TP bagi subjek BM dan Bi saja. Jadi hanya dua subjek itu yang ada TP.
Bagaimana cikgu? Seronok kan ala-ala SAPS, gitu. Hehehe…. Terima
kasih kepada DR SAGA sudi kongsikan templat ini kepada kita. Andai cikgu-cikgu
dah berkenan nak ada Site sendiri seperti contoh di atas, cikgu perlu bersabar
dan bersedia untuk meneroka langkah-langkah di bawah. Ikut perlahan-lahan,
boleh berjaya. Bila dah berjaya, seronok bukan kepalang, seakan-akan menang cabutan bertuah.
Di bawah langkah-langkah untuk templat pelaporan tahun
1,2,3.
Langkah A.
berkongsi templat dengan guru lain.
1. 1. Copy dan paste link di bawah di mana-mana chrome tab.
Tahun 1
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1FWSy29BbXIGZkU25He_2nXwL3eFPBlxqxnaNXDCp_ek/copy
Tahun 2
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1R8Lt3yzIasBt0R_0fFwhAEbZg32k6HUA0uleOQcCCJ8/copy
Tahun 3
Paparan berikut akan muncul.
pilih make a copy |
2.
2. Tekan
Make a copy.
3.
Paparan google Sheets pula muncul. Sila tukar
tajuk fail supaya mudah dicari.
paparan |
4. 3. SU PBD menamakan fail mengikut kelas supaya
senang dikongsikan bersama guru subjek dan guru kelas.
5.
Klik gambar folder, tekan tambah. Buat folder
baru membezakan PBD tahap 1 dan tahap 2. Senang nak uruskan.
6. 4. Klik butang SHARE. Pilih people seperti dalam
gambar di bawah. Masukkan alamat email guru subjek. Ikon pensel itu bermaksud, penerima
email itu boleh mengedit templat ini. Mereka akan mengisi tahap penguasaan bagi
subjek masing-masing. Guru kelas isikan nama murid, guru subjek isikan di
ruangan subjek masing-masing, keputusan akan auto naik di tab rekod prestasi
murid.
taip email guru di ruangan People |
Jika SU PBD telah pun berkongsi templat BPK dengan guru-guru
di sekolah, tidak mengapa. Teruskan. Saya juga begitu. Saya telah pun berkongsi
templat BPK dengan guru di sekolah saya. Oleh itu, apabila mereka selesai
mengisi, saya akan salin dan tampal (copy dan paste) keputusan ke dalam templat
pelaporan editan DR SAGA ini. Sedikit kerajinan diperlukan bagi menjayakan
misi. :))
Itu baru langkah A.
Sedia tak ni? Perlu bergerak ke Langkah
B. Langkah B boleh diikuti setelah selesai pengisian data tahap penguasaan oleh semua guru subjek.
Langkah B-
Muatturun fail kepada Excel dan Paparan Excel Online.
Kenapa perlu muatturun kepada Excel pula? Ini kerana Google
Sheets hanya embed secara web page. Ibubapa tidak boleh masukkan no my kid anak
di situ. Paparan Excel boleh dimasukkan no my kid. Akan tetapi, Excel perlu di ‘online’
kan. Eh eh dah guna ayat BI dimelayukan pula. Tukar ayat ok?
Excel perlu
dimuatnaik secara maya, gitu.
Ikuti langkah di bawah:
1. 1. Hide tab dengan klik kanan, pilih hide sheet.
(langkah ini perlu setelah semua guru selesai masukkan TP. Jika tidak mahu,
boleh hide semasa dalam bentuk excel)
2. 2. Klik file di google Sheets, ambil download as
Excel.
3. 3. Paparan Excel akan muncul, klik di situ. (jika
belum hide tab, boleh hide sekarang)
4. 4. Buka onedrive.live.com. Jika belum ada akaun,
boleh cipta satu akaun. Di sini kita akan memuatnaik Excel tadi supaya Excel
tadi berada di alam maya. Barulah boleh diakses oleh ibu bapa.
5. 5. Dapat log in one drive, teruskan dengan upload
file Excel tadi.
upload templat excel tadi |
6. 6. Klik Excel yang dimuatnaik tadi, cari butang
share.
7 7. Klik Share, ambil Embed. Paparan berikut akan
diperoleh, tiru saja tick pada kotak di dalam gambar di bawah.
butang share dalam onedrive |
Apabila keluar paparan embed, cikgu perlu untick include a download link kerana itu akan membolehkan waris tgk result kesemuanya.
Bahagian interaction, tick kotak let people type into cell, dan always start with the cell( select sel yg ada no ic)
Width and height ikut kesesuaian. Saya guna 900 dan 700.
8. 8. Copy embed link tersebut. Paste di dalam site
yang kita mahu ia dipaparkan. Ada dua pilihan. Google site atau Frog VLE.
copy embed link ini dan paste di google site atau frog site. |
Langkah C.
Bina Site menggunakan Google Site atau VLE Frog.
Google Site.
1 1. Taip site.new di mana-mana chrome tab.
2. 2. Edit site mengikut citarasa. Sila bermain-main
dengan ikon yang ada. Try and error.
3. 3. Pilih insert, embed. (atau klik dua kali di bahagian putih dalam site akan keluar paparan peta bulatan ini.)
4. 4. Paste embed link tersebut di ruangan yang
disediakan. Klik Insert.
paste embed link tadi di bahagian embed code, klik insert. |
5. 5. Publish bila sudah selesai mekap site lawa-lawa.
6. 6. Klik ikon link, copy link. Boleh cipta QR Code
tampal di papan kenyataan sekolah, ataupun paste link dalam group WhatsApp.
Selesai.
7.
Boleh tonton video di bawah untuk penerangan
lebih lanjut.
Frog VLE
Saya bercadang memuatnaik templat pelaporan ini ke dalam Frog
site. Saya dah cuba buat main-main gitu. Belum buat betul-betul disebabkan
cikgu lain masih mengisi templat pelaporan. Jika berjodoh lama dengan Frog ni,
bolehlah kita cuba muatnaik ke dalam frog. Mudah untuk kita berkongsi akses dengan
ID Murid. Sekurang-kurangnya, kpi penggunaan pun boleh meningkat dengan
jayanya.
gambaran site seperti gambar di bawah.
design dulu. Isi kemudian |
Langkah untuk embed ke dalam Frog Site seperti berikut:
1. 1. Log in Frog VLE
2. 2. Klik gambar kilat, ambil sites.
bina site dalam frog |
3. 3. Create new site.
4. 4. Ikut langkah-langkah buat site seperti biasa.
ikut langkah no 1-4, tekan create. |
5. 5. Taip tajuk dengan cara seret (bi-drag) ikon
notes atau text ke dalam site sehingga keluar line warna biru. Apabila ada line
biru, lepaskan klik seret tersebut.
6. 6. Untuk embed, seret ikon embed websites.
7. 7. Trick untuk embed di frog Vle BERBEZA dengan
google site.
Embed link dalam onedrive seperti di bawah
<iframe width="700" height="900"
frameborder="0" scrolling="no" src="https://onedrive.live.com/embed?resid=E263E7D42E0F8171%21120&authkey=%21AMy1sCuQMoxycZw&em=2&wdAllowInteractivity=False&AllowTyping=True&ActiveCell='LAPORAN%20MURID'!A1&wdDownloadButton=True&wdInConfigurator=True"></iframe>
8. 8. Klik embed link tersebut, copy dan paste bahagian
bertanda http sehingga true saja. (yang berwarna merah) Paste di bahagian URL pada widgets Embed.
9. 9. Share site dengan tekan ikon share. Pilih kelas
yang perlu dikongsikan. Seeloknya buat satu kelas 1 template, dalam satu site.
1
Siap!
Video pun ada, boleh tonton di
bawah:
Sebelum share, ujilah dulu dengan
guru lain yang anak bersekolah di sekolah yang sama. Bukan apa, sekiranya ada
masalah kita dapat kesan lebih awal.
Baiklah setakat ini perkongsian tentang templat semakan ibu bapa versi tahap 1.
TEMPLAT SEMAKAN IBUBAPA VERSI TAHAP 2
Bagaimana pula dengan tahap 2? DR
hanya berkongsi templat tahap 1 saja. Sekiranya cikgu ingin mempunyai templat
yang sama bagi tahap 2, cikgu boleh edit data tahap penguasaan pada templat
tahap 1. Kalau tidak biasa dengan Excel memang rumit. Kalau dah biasa,
klik-klik jadi dah.
Saya sudah menyalin data tahap
penguasaan tahap 2 berdasarkan templat gabungan tahun 6. Andai cikgu berminat,
boleh lah copy link di bawah.
Caranya ada yang sama seperti tahap 1 ada yang berbeza. Berbeza kerana kali ini saya memuatnaik templat dalam Onedrive.
Kedua, langkah A tiada, kerana templat
berbeza.
Cikgu perlu copy paste TP murid di ruangan senarai nama murid berdasarkan
template gabungan BPK. Tahap 2 perlu bekerja lebih sedikit. Copy paste saja
keputusan di REKOD PRESTASI MURID.
Untuk pengetahuan cikgu, laporan ini tidak
disertakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik. Bukan sebab berat sebelah ke
apa, ada sedikit masalah formula ketika saya copy paste data pernyataan
menjadikan subjek itu gagal muncul di laporan. Almaklumlah amatur punya kerja! hehehe..
1. 1. Copy dan paste link dalam mana-mana chrome tab.
Tekan Enter.
https://1drv.ms/x/s!AnGBDy7U52PiekHPM9ie-ONZoI4
2. 2. Paparan excel online akan muncul. Pilih file,
ambil Save as. Cikgu akan membuat salinan ke Onedrive.live.com. Tidak boleh edit di templat asal kerana templat asal ini telah dikongsikan dalam blog ini. WAJIB SAVE AS ya.
save as |
3.
4. 3. Masukkan TP murid tahap 2 dengan cara copy paste
daripada template gabungan ke dalam excel online ini. Copy di template gabungan
BPK, paste di tab rekod prestasi murid.
5. 4. Selesai copy paste, hide tab. Klik kanan pada
tab, pilih hide. Tinggalkan hanya tab Laporan murid.
6. 5. Ambil butang share, pilih embed. Langkah ini
sama dengan tahap 1 di atas. Tiru saja langkah 6,7 dan 8 pada Langkah B di
atas.
7.
Teruskan dengan langkah C. seperti di atas juga.
Siap sedia untuk digunakan oleh ibu bapa/ waris.
Tahniah cikgu kerana berjaya sehingga ke peringkat terakhir.
Usaha tangga kejayaan. Kejayaan berkongsi templat pelaporan bersama ibu bapa ini meletakkan PBD sebaris dengan SAPS. Hasil usaha cikgu, selaku SU PBS/SU PBD. Bersemangat hendaknya waris melihat keputusan anak mereka. Sebagaimana SAPS, satu hari nanti, keputusan di site ini pula yang ditunggu-tunggu mereka.
GOOD JOB!
terima kasih kepada DR SAGA. Tahun depan, sudi lah berkongsi lagi dengan kami, templat terbaru semakan KSSR Tahun 4 pula. Insha-Allah.
semoga bermanfaat.
Sekian,
Assalamu alaikum cgu. Terima kasih perkongsian. Ada tak templet gabungan untuk tahap 2 ?
ReplyDeleteSaya sedang usahakan tapak gabungan PST6, secara semakan no ic juga. Sedikit masa lagi saya kongsikan.
ReplyDeleteagak kepeningan juga ;) ambil masa juga nak faham ni.. terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteTAPAK BARU UTK PBD TAK ADA KE MDM SYUHADA? SBB YG TERKINI PEND. KESENIAN DAH XDA...
ReplyDeleteAda. Ni yg lama ni. Maaf semua pening. Saya akan cuba buat post baru tahun depan. Post lama saya tutup ya. Cikgu2 tengok tarikh post sebelum ambil apa2 dari sini.bpk sentiasa update template baru. Rujuk BPK terlebih dahulu.
ReplyDeleteAssalam, Mdm Syuhada ada tapak yang terkini x?
DeleteSALAM. tumpang tanya. kenapa bila kita isi (online ) tp ikut subjek, tetapi pada bahagian graf pelaporan tak ikut jumlah yg kita dah isi..
ReplyDeletemungkin formula pada graf setakat no sel sekian2. Tengok formula pada graf satu2. Nak belajar caranya lebih kurang dalam video ni https://youtu.be/rkzFnmA32SM
ReplyDeleteSalam. Mdm ada tak template pelaporan semakan keputusan ibu bapa tingkatan 1-5. Kalau ada, minta tolong share yea.
ReplyDelete