Sunday, April 28, 2019

Bolehkah Sekolah Menengah menggunakan E transit Form ini? Ikuti langkah di bawah.


Assalammualaikum dan salam sejahtera, semua pembaca blog Madam Syuhada . blogspot.com.

Saya memulakan blog ini dengan impian ingin berkongsi pengalaman dan maklumat yang saya ada bagi pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di Malaysia.  Bermula dengan E transit Form Bahasa Inggeris tahun 1. Di atas permintaan daripada guru subjek lain juga, maka saya cuba hasilkan template untuk subjek yang lain. Sehingga kini, saya telah membuat 5 borang transit melibatkan 5 subjek dalam pentaksiran bilik darjah tahun 1.



Begitu pun, saya ada terima pertanyaan bagaimana caranya untuk membuat borang transit bagi darjah lain dan tingkatan lain?

Senang saja. Memandangkan kita sudah ada template ini, kita boleh ubahsuai atau dalam erti kata lain edit di Google Form. Perkara yang membezakan setiap subjek adalah  Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Ubahsuai bahagian tersebut saja, kita sudah memiliki e transit form kita sendiri.

Cikgu boleh melihat caranya melalui video di bawah. Video ini saya rakam kerana menjawab soalan Ustazah Roslina Embong tentang borang transit Pendidikan Islam Tingkatan 3.



Ada dapat sesuatu tak? Harap- harap ada.

Di sini saya sertakan link untuk borang transit secara online yang saya hasilkan. Kali ini, saya buat link comel menggunakan perkhidmatan bitly. Nampak teratur dan tersusun URL tu. Siap boleh letak tajuk fail kita kan?

Baiklah, link comel dah diberi. Bagaimana untuk mengambil template ini dan sesuaikan dengan subjek sendiri?

Caranya, cikgu copy link comel itu, paste dalam mana-mana chrome tab. Lepas tu, ambil Make a copy. Cikgu akan dapat paparan dalam Sheets. Di sini cikgu edit lah seperti dalam video di atas. Jika cikgu sememangnya mengajar tahun 1 lagi mudah, cuma letakkan nama murid di Form.

Selamat mencuba! Don’t give up!

Bahasa Inggeris tahun 1

Bahasa Melayu Tahun 1

Matematik Tahun 1

Sains Tahun 1

Pendidikan Islam Tahun 1        



OPPPSSTTT.. sebelum terlupa, silakan isi borang maklumbalas penggunaan e transit form supaya saya dapat tambahbaik borang ini untuk kegunaan semua.

klik link itu ---->   Borang Maklumbalas Penggunaan E transit Form

Sekian.





No comments:

Post a Comment